Monday, December 26, 2016

Braxton Hicks Di Fasa Akhir Kehamilan

Entri #37 : Braxton Hicks Di Fasa Akhir Kehamilan
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Di fasa trimester ketiga ini, saya sudah mula merasakan kontraksi Braxton Hicks ( BH ) atau kontraksi palsu.  Walaupun palsu ia masih menyebabkan rasa kesakitan terutamanya di bahagian perut dan ari-ari.  Perut rasa mengeras dan kekadang rasa sukar bernafas.  Sesetengah ibu tidak merasai kontraksi ini dan sesetengahnya pula akan merasainya seawal minggu yang ke 30.

Hikmah di sebalik kontraksi BH ini ialah ia melatih diri ibu agar bersedia dengan situasi sebenar bersalin nanti.  Tapi, apa bezanya dengan kontraksi sebenar nanti ?  Jom kita lihat secara umum perbandingan supaya tidak berlaku kekeliruan.

Kontraksi Braxton Hicks :

  • hanya berlaku beberapa kali sehari
  • kebiasaannya akan berhenti apabila si ibu melakukan aktiviti lain.Contohnya jika si ibu sedang berdiri, ia akan berhenti bila si ibu duduk.
  • tidak teratur
  • berlaku sekejap sahaja
  • tidak beritma
  • biasanya berlaku kurang dari 1 minit
Kontraksi Sebenar :
  • tahan lama
  • lebih teratur
  • lebih kerap
  • lebih menyakitkan
  • lebih panjang dan lebih berkala
Bagaimana nak mengurangkan kesakitan ketika berlaku Braxton Hicks?
Saya perasan apabila duduk terlalu lama, berjalan tanpa berehat, memandu kereta dan melakukan aktiviti rutin sebagai surirumah boleh menyebabkan berlakunya BH.  Saya cuba kurangkan kesakitan BH ini dengan meminum air mineral, berehat sebentar, bernafas dengan lebih dalam, mengusap-ngusap di bahagian perut sambil bercakap dengan bayi di dalam hati dan menukar aktiviti kepada yang lebih ringan.  Ada juga saranan supaya mandi air panas dapat mengurangkan BH.

Walaubagaimanapun jika berlaku;
  • pendarahan
  • lelehan yang melekit dan berdarah
  • sakit pinggang atau kekejangan
segeralah berjumpa dengan doktor untuk kepastian.  Ia mungkin petanda bahawa kalian akan bersalin.  Semoga artikel kali ini akan membantu diri saya dan ibu-ibu agar bertenang dan menikmati proses mengandung.



Ibu-ibu sudah mempunyai tuala wanita bersalin Lexee ?
Hubungi saya;
Whatsapp/Telegram  : 019 838 2601 ( Puan Mariam )



Thursday, December 15, 2016

Persediaan Bersalin Siri 2

Entri #36 : Persediaan Bersalin Siri 2
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Sudah 2 minggu berlalu cuti sekolah, rehat untuk anak-anak tetapi sibuk pula untuk umminya di rumah.  Walaupun begitu ada perkara yang boleh kita didik mereka lakukan di rumah yang mungkin di sekolah kurang ditekankan.  Aktiviti-aktiviti tersebut ialah seperti memasak, menyidai pakaian dan membersihkan bilik tidur.  Perkara seperti ini memang berkaitan dengan disiplin dan ia lebih mudah jika ia telah dibiasakan dari kecil.  Mungkin nampak seperti hal yang kecil tetapi percayalah ia akan menjadi kebiasaan bila sudah meningkat dewasa nanti.

Untuk siri kedua persediaan bersalin ini, ada dua perkara yang ingin saya tambahkan dari siri yang lepas.  Bukannya apa, untuk mengelakkan kelam kabut bila dah tiba masanya nanti.  Hati pun tenang bila dah lengkap segalanya.


Kain Batik
Saya lebih selesa berkain batik jika dalam pantang.  Bagi ibu-ibu yang lain saya tidak pasti, terpulang kepada keselesaan masing-masing.  Dengan berkain batik, ia memudahkan saya memakai barut atau bengkung, tidak panas dan mudah bila di tandas.  Kain batik pun ada pelbagai pilihan sama ada dari sudut jenama atau jahitan.  Ada yang sudah siap sedia dijahit dan ada juga yang belum. Malah, harganya pun berbeza-beza.  Ikutlah bajet masing-masing, jika nak pakai untuk jangka masa yang lama maka eloklah beli yang mahal sedikit.   Lagipun ia tahan luntur dan coraknya pun cantik.  Kain batik ini senang juga didapati di kedai-kedai biasa atau kedai kain.
  
Seluar Bersalin Mamapride


Seluar Bersalin Mamapride
Saya sangat bersyukur apabila seluar bersalin ini diperkenalkan.  Saya tidak teragak-agak untuk membelinya kali ini kerana ia membantu wanita muslimah terutamanya agar bersalin dengan lebih yakin dan tidak perlu membuka bahagian aurat yang tidak perlu.  Seluarnya boleh dipakai banyak kali dan tiada pembaziran berlaku.  Seluar bersalin ini mempunyai bukaan di bahagian tengahnya dan boleh ditutup semula.  Saiz, corak dan warnanya pun ada banyak pilihan mengikut kegemaran masing-masing.  Seluar ini boleh dibeli secara online atau melalui pengedarnya di setiap negeri.  Walaubagaimanapun seluar ini hanya boleh digunakan untuk wanita yang bersalin secara normal.  

Perancangan rapi perlu dilakukan bersama pasangan masing-masing supaya ia berada dalam rangka bajet.  Para suami juga perlu menyokong emosi si isteri seperti selalu bertanya tentang keperluannya.  InsyaAllah saya akan lanjutkan lagi persediaan bersalin ke siri yang seterusnya.


Jika anda mencari tuala wanita bersalin yang berkualiti dan boleh merawat sekaligus,boleh hubungi :
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )
  




Wednesday, December 14, 2016

Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 3

Entri #35 : Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 3
Teks : Sumber dari Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Siti Mariam Morshidi

Soalan :
Macam mana rupa dan sifat keputihan yang bermasalah ?

Jawapan:
Keputihan terbahagi kepada 2 jenis :

  1. Keputihan Fisiologi : Normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit.  Ia berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitar haid.  Lelehan normal ini berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak gatal di bahagian faraj.  Lendir keluar sedikit, kadang-kadang banyak dan berbentuk cecair.
  2. Keputihan Patologi : Bersifat kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti keluar lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan faraj.
Keputihan fisiologi itu adalah NORMAL dan semua wanita sihat mengalaminya.Manakala, keputihan patalogi adalah TIDAK NORMAL dan ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman, bakteria atau kulat.

Penggunaan tuala wanita Lexee secara berterusan boleh membantu merawat keputihan yang tidak normal.


SOALAN :
Mengapa pelekat kiri dan kanan tuala wanita Lexee tak berapa kuat ?

JAWAPAN :
Faktor lekatan tuala wanita Lexee pada seluar dalam yang dipakai bergantung kepada 2 faktor iaitu :
  1. Pastikan seluar dalam yang dipakai dalam keadaan kering.
  2. Jenis fabrik seluar dalam juga mempengaruhi.  Fabrik dari kain kapas ( cotton ) LEBIH mudah melekat.  Fabrik dari polyster pula kurang melekat.
Semoga jawapan ini dapat membantu dan menjawab persoalan anda 😊


Wednesday, December 07, 2016

Persediaan Bersalin Siri 1

Entri #34 : Persediaan Bersalin Siri 1
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Masa berlalu pantas, seperti dalam mimpi sudah pun masuk trimester 3.  Patutlah pinggang semakin sakit, nak tidur mengiring ke kiri pun salah ke kanan pun salah.  Tidur pun rasa kurang lena dan tak cukup.  Adakala mata rasa seakan 'mata panda' bila bangun pagi.  Rupanya inilah yang dialami lebih separuh wanita yang mengandung.  Ini bermakna saya tidak keseorangan dalam hal ini 😊.

Untuk persediaan bersalin saya sudah membeli secara sedikit demi sedikit supaya tidaklah terlalu beban bila dah sampai masanya nanti.  Baju bayi pula saya tidak membelinya terlalu banyak kerana baju abang dan kakaknya masih ada, hanya tinggal untuk basuh sahaja nanti.  Tidak dinafikan baju bayi yang comel membuatkan saya teruja dan geram dibuatnya.  Fitrah wanita agaknya πŸ˜‚. Warna baju pula saya belikan yang umum seperti warna putih, kuning dan hijau.  Untuk anak perempuan pun boleh, anak lelaki pun boleh.  Anak-anak pula asyik meneka-neka jantina adiknya.  Maaflah, saya merahsiakan hinggalah tiba masanya nanti ya.  Sabar-sabar dulu semua.

Inilah persediaan untuk saya bersalin buat masa ini yang belum lagi lengkap.

Set Bersalin Afiat
Saya pernah menggunakan set ini semasa bersalin anak yang ketiga.  Apa yang saya suka set bersalin ini ialah aroma gel mandian serai wanginya yang menyegarkan.  Selain daripada itu, pil dan makjunnya pun mudah, hanya telan sahaja.  Boleh dikatakan lengkap jika kita membelinya dalam bentuk set.  Cuma kali ini saya membelikan ekstra gel mandian serai wangi sebab sebotol tidak mencukupi semasa saya bersalin anak ketiga dulu.  Set ini saya beli secara online bersama dengan kawan yang bakal bersalin bulan yang sama iaitu bulan Februari.
Dalam satu kotak set ini terdapat :


  • Bedak Hangat Afiat
  • Pil Jamu Afiat
  • Makjun Bawang Putih
  • Minyak Afiat
  • Akar Kayu Periuk Afiat
  • Barut Afiat
  • Tali Pembentan Afiat
  • Pati Afiat Balm
  • Feminine Care
  • Gel Mandian Serai Wangi
Bengkung Berzip Danita

Bengkung Berzip Danita

Sebenarnya saya sendiri dah ada dua set bengkung dijahit sendiri.  Tapi kali ini saya belikan bengkung ini kerana direka dengan tambahan zip supaya mudah semasa di tandas nanti.  Malah untuk memasangnya sendiri pun nampak agak tidak cerewet seperti bengkung biasa.  Ini sekadar pemerhatian sahaja sebab belum lagi ada pengalaman.  Bengkung ini juga saya beli secara online.

Tuala Wanita Lexee
Tuala Wanita Lexee yang mempunyai ion negatif untuk membasmi kuman dan bakteria

Persediaan tuala wanita juga sepenting menjaga pemakanan.  Minggu-minggu pertama kebiasaannya banyak berbaring, darah nifas juga banyak dan luka jahitan pun masih terasa sakit.  Jadi, yang sesuai ialah tuala wanita Lexee jenis Overnight sebab potongannya yang lebar di bahagian belakang.  Jika dah berkurang barulah tuala wanita jenis Day Use digunakan.  Pantiliner pula digunakan bila darah nifas dah hampir kering.

Rujuk dan klik di sini untuk info lebih lanjut:
Semoga entri kali ini membawa manfaat buat semua.  Kebanyakannya adalah berdasarkan pengalaman berpantang kelima-lima anak sebelum ini.


Nak guna tuala wanita Lexee untuk berpantang?
Whatsapp/Telegram ke 019 838 2601  ( Puan Mariam )
InsyaAllah saya cuba bantu 





Monday, December 05, 2016

Tips Cucian Mudah Tuala Wanita Lexee

Entri #33 : Tips Cucian Mudah Tuala Wanita Lexee
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum

Secara fitrah semua kita sukakan kebersihan sama ada dari sudut bau yang wangi dan juga dari sudut pakaian yang bersih termasuklah pakaian dalam.  Tuala wanita yang telah dipakai hendaklah dibuang ke tempat yang sepatutnya tetapi sebelum itu, ia haruslah dibersihkan terlebih dahulu.  Tuala wanita yang tidak dicuci boleh menimbulkan bau yang kurang menyenangkan dan menimbulkan rasa kurang selesa.

Tuala wanita Lexee amat mudah diurus, kerana gelnya tidak menyumbatkan lubang tandas.

Ikuti cara mudah dan langkah demi langkah membasuh tuala wanita Lexee :

  1. Koyakkan hujung tuala wanita di bahagian atas dan bawah.
  2. Halakan salah satu hujung tuala wanita tadi ke lubang tandas.
  3. Semburkan air masuk ke dalam tuala wanita tadi hingga keluar isi pad ( gel ).
  4. Sarung yang tertinggal tadi basuhkan dahulu dan seeeloknya dilipat atau digulung dahulu sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

 
Halakan hos ke dalam pad


Baik, selesai sudah tugas dan tak sampai pun 5 minit.  Mudah bukan ?  Tips ini boleh sahaja dikongsikan dengan anak-anak perempuan kita agar berasa amanah dengan kebersihan diri.


Ingin sebarkan kebaikan tuala wanita Lexee ? Jom jadi pengedar sah bersama saya.
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Tuesday, November 29, 2016

Lexee Feminine Hygiene Wash

Entri #32 : Lexee Feminine Hygiene Wash
Teks : Siti Mariam Morshidi dan Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Lexee Feminine Hygiene Wash
Entri kali ini mengenai satu lagi produk istimewa iaitu Lexee Feminine Hygiene Wash atau Pembersih Peribadi Wanita Lexee yang dirumus khas untuk wanita.  Sesetengah pembersih harian boleh menganggu keseimbangan pH dan mengakibatkan penyakit-penyakit tertentu.  pH yang seimbang ialah antara 3.8-4.5 bagi membersihkan bahagian intim anda.  Oleh itu Pembersih Peribadi Wanita Lexee sememangnya dirumus khas dengan teliti bagi memastikan julat pH sesuai bagi penggunaan berterusan.

4 Kandungan herba UTAMA:

  1. Ekstrak Minyak Daun Sirih (Piper Betle) : Sangat dikenali oleh masyarakat tempatan atas khasiat terkandung di dalamnya.  Kegunaan secara saintifiknya termasuk anti-mikrob, anti-kulat dan anti-keradangan.
  2. Ekstrak Akar Pueraria Mirifica : Sejenis herba asli yang mengandungi kelas kumpulan isofalvonoid yang dikenali sebagai fitoestrogen.  Digunakan secara meluas oleh golongan pasca menopaus.  Fitoestrogen yang terkandung dalam tumbuhan ini dipercayai dapat merangsang keserlahan ciri-ciri kewanitaan dengan meningkatkan peredaran darah, mengawal kitaran haid serta mencantikkan wajah.
  3. Ekstrak Labisia Pumila : Dikenali sebagai kacip fatimah dan ianya digunakan turun menurun oleh wanita Melayu selepas bersalin.  Kajian saintifik mendapati ia mampu menghalang kecederaan kulit akibat pendedahan sinaran ultra ungu dan seterusnya mencegah penuaan pra-matang sel-sel kulit.
  4. Ekstrak buah Quercus Infectoria : Ia adalah sejenis tumbuhan renek yang terdapat di Greece, Syria dan Iran.  Di negara-negara Asia, tumbuhan ini digunakan sejak dahulu lagi sebagai ubatan tradisional untuk merawat penyakit-penyakit keradangan.
Kelebihan Lexee Feminine Hygiene Wash :
  • Didatangkan dalam bentuk 'foam' atau buih yang mudah dibilas dan menjimatkan.
  • Menghasilkan bauan yang lembut dan harum serta dapat memberikan ketenangan.
  • Mengurangkan rasa pedih dan membantu menyeimbangkan hormon kulit yang sensitif.
  • Mencerahkan warna kulit di bahagian keintiman.
  • Campuran daun sirih yang membantu merapatkan dan menganjalkan bahagian keintiman.
  • Bebas daripada bahan kimia Lodium Laureth Sulfat ( SLS ) atau Sodium Lauril Ether Sulfat       ( SLES )
  • Boleh digunakan sebagai pencuci muka atau shaving (pencukur muka) untuk lelaki
  • Sesuai untuk semua wanita sama ada anda seorang gadis, isteri, ibu berpantang atau yang telah menopaus.
Dalam bentuk 'foam' yang menjimatkan

Ingin mendapatkan Lexee Feminine Hygiene Wash ?
Whatsapp/Telegram: 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Thursday, November 24, 2016

Perbandingan Di Antara Tuala Wanita Biasa dan Tuala Wanita Lexee

Entri #31 : Perbandingan Di Antara Tuala Wanita Biasa dan Tuala Wanita Lexee.
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Yang mana lebih power ?
Yang mana lebih jimat ?
Yang mana lebih selamat ?

Mari kita perhatikan perbandingan tuala wanita biasa dan tuala wanita Lexee dalam bentuk jadual ringkas yang mudah difahami.



Tuala Wanita Biasa
Tuala Wanita Lexee
Pembungkusan
·       Plastik bungkusan tidak dapat ditutup semula selepas dibuka.
·       Kurang kemas

·       Menggunakan plastik aluminium dan mempunyai stiker boleh lekat semula
·       Sangat kemas

Bahan kimia
Kemungkinan mengandungi bahan kimia dioksin walaupun tahap rendah

Tanpa bahan kimia merbahaya dioksin
Kandungan
Bukan menggunakan kapas berkualiti sebaliknya menggunakan bahan kitar semula

Menggunakan 100% kapas dan polimer semulajadi
Penyerapan
Tidak tahan serap dan mudah bocor

Tahan serap sehingga 8 jam
Cucian
Sukar dicuci dan boleh menyebabkan tandas tersumbat

Mudah dicuci dan tidak menyebabkan tandas tersumbat
Anggaran pemakaian sehari
6-8 kali perlu ditukar
(aliran berat)

3-4 kali ditukar
(aliran berat)
Vagina Test Kit
Tidak diberikan
Diberikan PERCUMA

Tarikh Luput
Tidak dipamerkan tarikh luput
Tarikh luput selama 3 tahun dipamerkan pada pek




Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah,sila :
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 (Puan Mariam) 

Wednesday, November 23, 2016

Hadiri Kelas Super Empowering di Alamesra

Entri #30 : Hadiri Kelas Super Empowering di Alamesra
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Kelas Super Empowering yang dianjurkan oleh Syarikat Redlife ini telah berlangsung di HQ Alamesra, Kota Kinabalu.  Ia diadakan pada 20 Disember 2016 (Ahad) yang lepas.  Perjalanan dari Putatan ke sana agak jauh dan ia memakan masa 40 minit jika jalan tidak sesak.

Perkongsian ilmu ini disampaikan oleh Tuan Razif, Pengarah Eksekutif Syarikat Redlife.  Antara perkara penting yang kami pelajari ialah :

  • hindari dari selalu berbuat alasan.  Kebanyakan alasan menghalang kejayaan kerana kita menangguhkan peluang untuk berjaya.
  • perbezaan Minda Miskin vs Minda Kaya.  Contohnya, rajin vs malas, sangka baik vs sangka buruk, rajin vs malas, impian besar vs tiada impian dan sabar vs marah.
  • sentiasa mencari kawan yang positif dan hindari mengumpat.
  • kita gagal kerana selalu fikir apa yang orang lain kata.
  • resepi kejayaan ialah 3S iaitu Sabar, Sanggup dan Sacrifice (Pengorbanan)
  • niat bisnes ialah untuk membantu orang lain BUKAN semata-mata nakkan kekayaan.
  • bisnes merapatkan ukhuwwah sesama insan, dari tak kenal menjadi kenal.

Pada sebelah petangya, kami didedahkan kepada cara bagaimana nak bermula bisnes, macam mana nak mencari prospek, pelan pemasaran syarikat, pelan bonus dan menggunakan kemudahan laman web syarikat untuk mendaftarkan ahli baru.  Bila dah dengar sendiri barulah senang nak faham.  Kalau sebelum ni masih lagi rasa kabur-kabur kata orang Sabah.

Bagi yang masih baru, peluang untuk menghadiri kelas sebegini janganlah dilepaskan.  Ia PERCUMA sahaja tanpa bayaran.  Antara perkara yang seronok juga ialah dapat merasa beberapa produk seperti minuman kopi, coklat dan capuccino juga tanpa bayaran.  Nanti saya kongsikan dalam entri yang akan datang, memang sedap rasanyaπŸ‘.




Tuesday, November 22, 2016

Pentingnya Tarikh Luput

Entri #29 : Pentingnya Tarikh Luput
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Belek-belek roti, tarikh luputnya 2 hari lagi.  Tak jadilah beli, nanti kejap sahaja dah tumbuh kulat.  Tengok lagi jenama lain roti, 4 hari lagi tarikh luput.  Yang ni elok dibeli supaya tak membazir.  Ini fenomena biasa bagi produk makanan.  Adanya tarikh luput ialah supaya kita sebagai pengguna mendapat makanan yang berkualiti dan tidak menjejaskan kesihatan.

Tapi, bagaimana pula tarikh luput pada tuala wanita?  Adakah ia sepenting produk makanan tadi?  Sebenarnya tuala wanita juga adalah produk yang diproses.  Walaupun dipek sebaik mungkin ia akan melalui suatu jangkamasa dan bahan didalamnya juga akan rosak.  Sama seperti produk makanan dalam tin, tepung dan mi, pembungkusannya sangat bagus tetapi ia akan rosak juga setelah beberapa tempoh kerana kehadiran bakteria tidak dapat dielakkan.

Jika anda sekalian perasan, tuala wanita di pasaran tidak diletakkan tarikh luput.  Tarikh luput sangat penting kerana tuala wanita yang tercemar boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kesihatan hanya dalam masa yang singkat.

Bagi tuala wanita Lexee, tempoh tarikh luputnya ialah selama 3 tahun.  Ia juga bermaksud jangka hayat ion negatif.  Selepas habis tempoh, kadar ion negatif telah berkurangan dan ia tidak lagi berfungsi melindungi rahim wanita.

Begitu juga pada lapisan keempat, iaitu polimer.  Selepas tarikh luput habis, ia boleh menimbulkan kegatalan dan keradangan pada kulit sebab bakteria sudah boleh membiak ! 😲 Salah satu punca penyakit keputihan, keradangan, kegatalan dan senggugut ialah penggunaan tuala wanita yang telah tercemar.

Tarikh Luput pada Tuala Wanita Lexee
Saranan saya, sebelum  membuat pembelian pastikan dahulu tarikh luputnya untuk mengelakkan mudarat pada rahim kita.  Semoga entri kali ini dapat membuka minda para wanita yang saya sayangi πŸ’“.  Jom jaga aset wanita kita dari sekarang.



  • Ingin menambah pendapatan?
  • Ingin mendapatkan produk Lexee?
Whatsapp/Telegram: 019 838 2601 ( Puan Mariam )



Saturday, November 19, 2016

Dalam Sakit Ada Rahmat

Entri #28 : Dalam Sakit Ada Rahmat
Teks : Siti Mariam Morshidi

Assalamualaikum

Batuk
Sakit Tekak
Demam

Satu ujian buat diri yang sudah hampir masuk ke trimester ketiga mengandung.  Dari ubat klinik kerajaan, klinik swasta, air asam jawa malah madu telah ditelan sebagai ikhtiar rawatan.  Ulang alik ke tandas agar air wudhu diperbaharui hingga banyak kali akibat terkucil.  Mujur ada pad Lexee sebagai pelindung supaya tidak basah.

Bantal ditinggikan supaya batuk berkurang semasa tidur.  Di dalam hati selalu berdoa mengharapkan anak dalam kandungan sihat.  Begitulah seorang ibu, walau dirinya sakit tetap ingat insan yang disayanginya.

Maafkan saya kali ini jika entri ini berbaur negatif.  Saya juga insan biasa adakalanya ditimpa juga rasa sakit.  Saya pasti ada rahmat dan hikmah di sebalik apa juga ujian.

Thursday, November 17, 2016

Produk Lexee; Produk Paling Laris

Entri #27 : Produk Lexee; Produk Paling Laris
Teks : Siti Mariam Morshidi dan Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Untuk maklumat lanjut klik pautan di bawah:

PANTILINER LEXEE
DAY USE LEXEE
OVERNIGHT USE LEXEE
" Alhamdulillah, tak bocor kak walaupun pakai yang Day Use "
" Rasa macam lebih jimat lagi pakai Lexee sebab tak payah balik-balik tukar "
" Selalunya ada rasa sakit senggugut, tapi bila pakai Lexee sedap pula rasa perut ni "


Syukur, tuala wanita Lexee sudah semakin mendapat tempat di hati.  Ini terbukti dari pembelian ulangan setiap bulan dan juga testimoni yang positif.  Saya sendiri bermula dengan menggunakannya untuk diri sendiri dan akhirnya menjadi ahli Lexee supaya manfaat tuala wanita Lexee ini dapat disebarkan pada semua wanita khususnya.  Saya ucapkan tahniah bagi yang telah berubah daripada pemakaian tuala wanita yang biasa kepada tuala wanita Lexee.

Dalam Syarikat Redlife, 3 produk ini merupakan terlaris dan paling diminati.  Ini adalah kerana ia banyak membantu merawat wanita yang mengalami haid yang teruk, keputihan kronik dan kegatalan.  Apa pun jadikan produk Lexee ini sebagai ikhtiar, yang menyembuhkan hanya Allah jua.

Sebenarnya tuala wanita Lexee ini mempunyai 8 lapisan yang unik :

LAPISAN PERTAMA
Permukaan kapas yang halus lembut dengan fungsi penyerapan cecair yang unik meningkatkan kadar penyerapan dengan 3 kali ganda lebih cepat dan juga dapat mengelakkan kebocoran pada bahagian sisi ataupun belakang.  Rekaan ini juga dapat mengekalkan kesegaran dan keselesaan pada bahagian permukaan.

LAPISAN KEDUA
Pita berwarna putih (yang terbaru) menggunakan teknologi nano silver yang bermagnetik tidak perlu dibasahkan untuk mengaktifkan ion negatif.  Ramuan ini berfungsi menghilangkan bau serta membasmi bakteria.  Penyerapan oksigen aktif ke dalam tisu vagina dapat mengawal sisitem endokrin, meningkatkan perdaran darah serta kadar metabolisme.

LAPISAN KETIGA
Polimer penyerap cecair dibalut 360 darjah dengan kertas airlaid yang mempunyai kebolehan menghalanag pembiakan bakteria, anti lembap serta perlindungan daripada habuk.

LAPISAN KEEMPAT
Teknologi polimer penyerap yang lutisnar dari Jepun (gel) berpaksikan kuasa penguncian air yang tinggi.  Polimer ini bercirikan kriteria mesra alam, keterlarutan air yang penuh serta keselarasan pH badan membolehkan ia selamat digunakan tanpa kesan sampingan.  Penyerapan cecair adalah 10 kali ganda lebih berkesan daripada tuala wanita ekonomi.

LAPISAN KELIMA
Lapisan cepat serap yang unik serta eksklusif memberi perlindungan yang lebih hebat dan menyeluruh daripada kebocoran pada bahagian sisi.

LAPISAN KEENAM
Polimer penyerap cecair dibalut 360 darjah dengan kertas airlaid yang mempunyai kebolehan menghalang pembiakan bakteria, anti lembap serta perlindungan daripada habuk.


LAPISAN KETUJUH
Lapisan bawah yang lembut selesa dengan ciri peredaran udara yang baik.  Peredaran udara yang baik dari lapisan pertama ke lapisan ketujuh membolehkan oksigen aktif berfungsi dengan lebih giat lagi pada permukaan kulit.

LAPISAN KELAPAN
Direka mengikut lekuk tubuh wanita untuk keselesaan tambahan.  Pelekat jalur bersumberkan gam makanan yang tidak bertoksik serta tida kesan sampingan.

8 Lapisan Yang Unik





Bagi wanita yang bergelar surirumah, apa kata kita jana pendapatan sampingan dengan produk Lexee ini.  Wanita yang berkerjaya juga digalakkan untuk menjana pendapatan kedua, sambil pakai sambil jual.  

Maklumat lanjut sila whatsapp/telegram: 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Wednesday, November 16, 2016

Kelebihan dan Kekurangan 'Shopping Online'

Entri #26 : Kelebihan dan Kekurangan 'Shopping Online'
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Semenjak internet diperkenalkan pelbagai kemudahan kita boleh dapati termasuklah boleh membeli-belah atas talian atau 'shopping online'.  Daripada bisnes berasaskan produk seperti pakaian hinggalah bisnes berasaskan servis seperti khidmat tukang urut wujud walaupun di alam maya.  Macam-macam ada 😊😊😊.  Hanya di hujung jari kita maklumat semua boleh sampai dengan beberapa saat sahaja.

Saya sendiri merupakan salah seorang penggemar 'shopping online' dan apa yang saya suka tentangnya ialah :

  • menjimatkan masa kerana tidak perlu sibuk nak cari tempat letak kereta, mengharungi kesesakan lalulintas dan tengah malam pun boleh lagi 'shopping'.  Tak perlu nak tunggu kedai buka.
  • tak stress sebab tak perlu bawa anak-anak.  Jika keluar, keperluan anak-anak perlu dibawa sekali seperti susu, 'standby' baju tukar, pampers dan banyak lagi keperluan.  
  • jimat duit minyak dan duit jajan anak-anak.  Malah kalau dikira mungkin ia lebih lagi dari perbelanjaan duit caj pengeposan.
  • hanya perlu tunggu dirumah barang yang diorder akan sampai.  Rasa macam istimewa sebab ianya seolah-olah kejutan dapat hadiah dari seseorang, padahal kita sendiri yang beli.  Yang ni mungkin masuk dalam bab 'perasan sendiri' πŸ˜‚.
Dalam kelebihan pasti ada kekurangannya kan, jadi ini perkara yang saya kurang gemar mengenai 'shopping online' :
  • perlu berhati-hati semasa membuat pembelian kerana ada juga peniaga yang menipu dan mengambil kesempatan dalam urusniaga.
  • barang yang sampai tidak seperti yang digambarkan.  Boleh jadi salah kita sendiri kerana tidak melihatnya dengan teliti.  Nak tukar biasanya perlukan kita mengeposnya semula dan caj pos kita tanggung sendiri.
  • barang tidak sampai pada masanya atau pihak pos sampai semasa kita tiada di rumah.  Penantian memang satu penyeksaan 😫.
Nasihat saya, sebelum membuat pembelian pastikan penjual tersebut merupakan 'trusted seller'.  Antara ciri-ciri penjual online yang jujur ialah mempunyai laman web, blog niaga, ada aktiviti seperti gambar dan nombor 'tracking'.  Pastikan maklumat diteliti terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.  

Semoga artikel kali ini mendatangkan manfaat buat kita semua.



Pad/Pantiliner Lexee sukar didapati di tempat anda?
Jangan risau,whatsapp atau telegram ke : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Tuesday, November 15, 2016

Fokus Pada Yang Baik-Baik

Entri #25 : Fokus Pada Yang Baik-Baik
Teks : Siti Mariam Moshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum

Setiap hari banyak perkara yang kita lalui sehinggakan ada juga perkara yang menganggu fokus kita sebagai hamba Allah.  Adakala terleka sangat dengan menguruskan anak sehinggakan kita lupa sabagai tanggungjawab sebagi isteri.  Leka sangat dengan bisnes sehinggakan solat pun di hujung waktu.

Saya nak ajak diri sendiri terutamanya dan juga saudari sekalian supaya sentiasa berada dalam landasan dengan memastikan :

  • niat yang betul
  • rancang aktiviti seharian
  • cari hikmah di sebalik perkara yang berlaku
  • muhasabah selalu
  • bertolak ansur jika pendapat orang lain tidak sama dengan kita
  • mengurus masa sebaiknya seawal Subuh
Ya, saya akui memang sukar terutamanya apabila tiada pembantu rumah dan suami bekerja di luar kawasan.  Semuanya dihadapi sendiri dan memerlukan ketahanan mental yang tinggi.  Saya akhiri dengan satu kata-kata dari Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, "Berpergian dari satu tempat ke tempat yang lain tidak akan membahagiakanmu selama engkau tetap membawa kesedihan dalam hatimu.  Oleh itu, campakkanlah kegelisahan dari relung-relung hatimu dan isilah dengan kegembiraan."

Monday, November 14, 2016

Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 2

Entri #24 : Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 2
Teks : Sumber dari Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Koleksi Peribadi ( Hasil Edit dari blog )

Soalan:
Mengapa Lexee menggunakan gel ya sebab saya kurang gemar tuala wanita yang ada gel.  Sukar dibasuh pula tu dan tandas pun boleh tersumbat.

Jawapan:
Gel yang digunakan di dalam tuala wanita Lexee ini mengandungi sebatian kolegen.  Ia berfungsi untuk menyerap bau dan cecair sehingga 8-12 jam.  Teknologi ini merupakan teknologi polimer penyerap lutsinar dari Jepun dan ia mempunyai kuasa penguncian air yang tinggi.  Polimer ini (gel) larut sepenuhnya dalam air dan bercirikan mesra alam.  Jadi jangan risau, kerana ia tidak menyumbatkan tandas.

Soalan:
Harga pad Lexee mahal sangat.Tak berbaloi membelinya.

Jawapan:
Saya setuju dan mengakuinya.

Untum makluman, pad Lexee ini bukanlah pad biasa.  Ia adalah pad yang direka untuk kesihatan vagina wanita.

Pad Lexee dibuat daripada 100% kapas yang berkualiti, bebas bahan kimia dioksin, merawat senggugut, merawat keputihan dan memberikan keselesaan kepada si pemakainya.  Pad Lexee ini membolehkan seorang wanita tidak merasai kedatangan haid.

Satu lagi maklumat yang penting ialah kos rawatan kanser mencecah RM500,00 di Malaysia manakala harga pad Lexee hanya serendah RM18 untuk anda laburkan demi kesihatan yang berpanjangan.  Sayangilah satu-satunya aset wanita kita dengan menggunakan pad Lexee yang berkualiti tinggi.





Thursday, November 10, 2016

Aplikasi Android Pregnancy + : Perkembangan Bayi 25 Minggu

Entri #23 : Aplikasi Android Pregnancy + : Perkembangan Bayi 25 Minggu
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi


Assalammu'alaikum

Sebagai ibu perkara antara perkara yang bermain di mindanya ialah apakah bayi dalam kandungan sihat atau tidak.  Saya juga tidak terlepas dari perkara ini.  Alhamdulillah teknologi sekarang seperti 'ultrasound' memudahkan doktor memantau perkembangan bayi kita dalam kandungan.

Malah, ada banyak aplikasi di 'Playstore' boleh dimuat turun secara percuma di telefon bimbit.  Antara aplikasi yang saya gunakan ialah 'Pregnancy +'.  Aplikasi ini juga menawarkan maklumat yang lebih tetapi perlu dibayar.  Kelebihan aplikasi ini ialah ia memberitahu minggu kehamilan kita, anggaran saiz bayi mengikut minggu, tarikh temujanji di klinik dan yang seronoknya gambarnya yang cukup menarik bagi saya :-).

Pada minggu kehamilan yang ke-25 misalnya, berat bayi dianggarkan di antara 660-1000g dan panjangnya di antara 13-15 inci.  Ia digambarkan seperti saiz buah betik!

Aplikasi Pregnancy + 

Selain daripada itu, ia juga memberikan tips untuk kesihatan ibu dan beberapa isu yang berlaku di sepanjang kehamilan.  Hari ini isu yang dikongsikan ialah mengenai 'stretch marks'.  Antara yang dibincangkan ialah adakah ia berlaku kepada semua wanita yang mengandung, mengapa ia berlaku dan cara mengatasinya.  Bagi ibu yang mengandung, pastikan kulit tidak dibiarkan terlalu kering dan gunakan minyak dan losyen yang selamat supaya peluang untuk mendapat 'stretch marks' berkurangan.

Bagi wanita yang hamil di luar sana, bolehlah memuat turun aplikasi ini ya.  Keprihatinan kita mengenai kesihatan insyaAllah melahirkan bayi yang kuat dan sihat.


Mahu berpantang dengan ceria?Klik DI SINI

Wednesday, November 09, 2016

Vagina Health Test Kit

Entri #22 : Vagina Health Test Kit
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto: Google dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Memandangkan ramai pelanggan yang bertanya, jadi hari ini saya nak kongsikan mengenai satu alat uji yang diberikan PERCUMA bagi setiap pek pantiliner atau tuala wanita Lexee iaitu Vagina Health Test Kit.

Sebelum saya teruskan,  mari kita tengok gambar di bawah di manakah lokasi sebenar vagina.





Kegunaan Vagina Health Test Kit:

  • Untuk menguji tahap kesihatan vagina kita
  • Menentukan apakah vagina kita sihat atau memerlukan rawatan
Anda boleh lakukan sendiri dirumah dan hasil ujian hanya dalam masa 30 saat sahaja ! Mudah bukan.

Kandungan Vagina Health Test Kit:
Mengandungi 2 item:
  1. Putik Kapas (Yang telah disteril)
  2. Kad Measuring Indicator



Cara penggunaannya ialah:
  1. Ambil cecair di sekeliling vagina menggunakan putik kapas yang diberikan.
  2. Calitkan cecair tadi bahagian 'measuring tape' berwarna kuning.
  3. Tunggu selama 30 saat.  'Measuring tape' tadi akan menunjukkan hasil ujian dalam bentuk  perubahan warna.
  4. Sila rujuk hasil ujian tadi pada 6 kotak yang berwarna.
Keputusan hasil ujian adalah seperti berikut :
  1. Normal : Tiada perubahan warna pada 'measuring tape'.
  2. Little Inflammation : Ada sedikit perubahan warna.
  3. Serious Vaginitis : Apabila warna semakin menggelap kehitaman.
Jika warna hasil ujian adalah kehitaman, saya cadangkan anda berjumpalah dengan doktor SEGERA kerana dibimbangi penyakit yang lebih serius seperti kanser serviks.

Ada juga yang bertanya, dekat farmasi ada tak dijual alat uji ini.  Setakat yang saya tahu, farmasi di sekitar Putatan memang belum ada,   tapi jangan risau dengan pembelian mana-mana pek pantiliner atau tuala wanita jenama Lexee, anda BERTUAH kerana ia didapati  secara PERCUMA.

Jadi,whatsapp/telegram order anda ke:
019 838 2601 (Puan Mariam)

InsyaAllah saya akan cuba membantu anda

Tuesday, November 08, 2016

Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 1

Entri #21 : Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 1
Teks : Sumber dari Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Siti Mariam Morshidi

Soalan :
Mengapa pita hijau pada pad Lexee sudah bertukar kepada berwarna putih? Adakah ia produk ciplak?

Jawapan:
Terima Kasih kerana menjadi pengguna bijak Tuala Wanita Lexee.

Bagi menjaga kepentingan, kualiti dan keistimewaan Lexee, pihak syarikat telah bertanggungjawab dengan mempatenkan Lexee agar pihak yang tidak bertanggungjawab tidak mengambil kesempatan untuk meniru atau menciplak produk serta tidak menyamakan mana-mana produk yang berada di pasaran ketika ini.

Ia juga dipatenkan agar para pengedar LEBIH berasa selamat, tidak keliru dan yakin untuk mempromosikannya.  Ia juga merupakan satu KEISTIMEWAAN bagi para pengedar kerana Lexee  merupakan satu-satunya tuala wanita yang pertama kali dipatenkan di pasaran Malaysia.

Untuk makluman, tuala wanita Lexee kini berinovasi baru dengan penambahan teknologi baru iaitu Nano Silver.  Lexee yang dahulunya mempunyai lapisan kedua pita ion negatif (5800-6070cm3), infra red, aktif oksigen dan kini ditambahkan dengan Nano Silver.  Untuk mengaktifkan ion negatif pada pita hijau tersebut, ia perlu dibasahkan dan hijau itu diambil dari alga.

Kini lapisan kedua Lexee pita berwarna putih adalah kerana :

  •  menggunakan teknologi Nano Silver 
  • tidak perlu dibasahkan untuk mengaktifkan ion negatif
  • hanya dengan kuasa geseran (pergerakan), ion negatif dapat berfungsi !
  • kadar ion negatif meningkat ke 5800-7200cm3 !
Nano Silver daripada teknologi nano jet dengan ukuran partikel 1 per 1.000.000.000, lebih kecil dari ukuran bakteria dan virus.  Dapat membunuh bakteria lebih pantas.

Penggunaan Silver pada teknologi nano pada Lexee bertujuan sebagai antibiotik dan anti virus alami dengan rentang yang luas dan kuat, selamat dan tidak menimbulkan alergi.

Magnetik pula berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan mengalirkan haid menjadi lebih cepat.

Lexee masih mempunyai semburan ekstrak herba semulajadi yang selamat digunakan.  Kepekaan rasa dan bau telah didominasi oleh Nano Silver.  Ada sesetengah pengguna masih merasa mentol dan ada yang tidak.

Keistimewaan Tuala Wanita Lexee

Monday, November 07, 2016

Jangan Lupa 3 Perkara Ini Walaupun Sibuk

Entri #20 : Jangan Lupa 3 Perkara Ini Walaupun Sibuk
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Anak-anak sudah lega sebab peperiksaan akhir tahun sudah pun tamat.  Sekarang mereka menghitung hari untuk cuti sekolah pula.  Saya pasti guru-guru pula sibuk untuk menanda kertas jawapan dan juga membuat persediaan majlis penghargaan buat pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan.

Para surirumah pula masih lagi dengan rutin harian mereka untuk menyiapkan sarapan pagi, menggosok baju sekolah dan seterusnya menghantar anak-anak ke sekolah.  Rutin ini bakal berubah di masa cuti sekolah nanti.  Para suri sekalian sudah memikirkan aktiviti yang sesuai anak-anak tak nanti?  Anak-anak saya mahu belajar masak dan menjahit katanya.  Tak apa, nantilah ummi fikirkan apa yang patut.

Dalam kesibukan kita menguruskan kehidupan sehari-hari, jangan lupa 3 perkara ini :

  1. Solat Sunat : Buatlah mana yang mampu seperti solat sunat Dhuha, solat Hajat, solat Witir  atau solat Tahajud.  Jika dapat buat semua setiap hari, itulah yang TERBAIK.
  2. Berzikir : Sambil kita ke tempat kerja atau tengah melakukan pekerjaan bacalah zikir.  Bila berzikir, lintasan negatif pun tak mendapat tempat di hati.  Bila hati bersih, hati pun tenang insyaAllah.
  3. Baca Al-Quran : Usahakan supaya membaca walaupun satu muka surat setiap hari.  Itulah yang paling minimum,  jika tak dapat juga pasanglah VCD Al Quran yang banyak terjual di kedai sekarang.
Bagi saya 3 perkara ini adalah yang paling minimum yang kita boleh lakukan selain dari yang amalan yang WAJIB.  Kita ini hanyalah hamba Allah yang terlalu banyak kekurangan terutamanya dari sudut amalan berbanding dengan para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w.  Semoga amalan yang kita lakukan selama ini mendapat redha Allah.


Butik Faraheen di Putatan
Dapatkan juga Pad/Pantiliner Lexee di Butik Faraheen
#FaraheenVendor


Friday, November 04, 2016

Jangan Risau,Blog Kan Ada

Entri #19 : Jangan Risau, Blog Kan Ada
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalamualaikum

Hari ini cuaca cerah, jemuran di luar pun cepat kering Alhamdulillah.

Bagi seorang usahawan, pernah tak berlaku situasi seperti di bawah :
- Jual produk kepada keluarga, ditolak mentah-mentah
- Jual pada kawan, tiada respon dan bila ditanya pula senyap sunyi pula
- Jual di gerai pula, modal boleh hangus
- Nak buka kedai, bajet pula tidak mencukupi

Kecewa tak? Normal lah tu jika ada perasaan begini tapi jangan dibiarkan lama-lama, nanti memakan diri.

Jadi, solusinya apa? Apa kata kita bina blog. Blog ni percuma dan ia 'berkawan baik' dengan Google.
Cuma ia perlu ada usaha yang konsisten untuk menulis.  Dengan kata carian yang betul, memang ia membantu blog berada di halaman pertama
.
Satu lagi kelebihan blog ialah maklumat yang nak dikongsikan lebih banyak dan teratur berbanding facebook.  Label pun boleh diatur mengikut keutamaan.  Maklumat pun boleh tersimpan bertahun-tahun dan boleh digunakan semula.

Jika kita masukkan lagi aplikasi linkwithin, tajuk blog yang lama pun boleh muncul.  Bayangkan pembaca nak tahu mengenai masalah keputihan tetapi nampak pula produk kita yang boleh merawatnya, tidakkah ia satu keuntungan?

Blog juga menunjukkan kesungguhan kita sebagai usahawan untuk memberikan maklumat mengenai produk dan tips.  Pelanggan yang pertama kali nak mencuba produk kita pasti timbul rasa yakin nak membeli dari kita. Malah, bonusnya terus mahu turut serta sebagai ahli atau ejen.
Jadi, jangan kecewa dulu blog kan ada.  InsyaAllah niat kita berkongsi kebaikan hasilnya juga yang baik-baik.Jangan putus asa ya.

Testimoni Pad Lexee

Ingin mendapatkan pad Lexee pada harga borong?
Whatsapp/Telegram: 019 8382601 (Puan Mariam)

Thursday, November 03, 2016

Rutin Temujanji Di Klinik

Entri #18 : Rutin Temujanji Di Klinik
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Dah masuk trimester yang kedua, langkah saya semakin perlahan, mengah dan semakin berselera untuk makan.  Anak-anak pun sudah menegur perut umminya semakin gemuk, semakin membesarlah maknanya tu.  Saya bersyukur klinik tidak jauh daripada rumah, cuma saya perlu datang awal untuk mengambil nombor giliran.Temujanji dengan doktor atau jururawat yang bertugas amat penting untuk memastikan si ibu dan anak yang dikandung berada dalam kesihatan yang baik.

Saya ada dua temujanji, sekali dengan doktor dan sekali lagi dengan jururawat.  Temujanji dengan jururawat kebiasaannya pemeriksaan adalah berbentuk umum seperti pengambilan darah dan air kencing di makmal, berat ibu, pemeriksaan di bahagian perut dan tekanan darah.  Jika ada masalah mereka rujuk terus kepada doktor tetapi jika sebaliknya mereka sendiri yang memberikan tips dan nasihat kesihatan kepada ibu. Manakala temujanji dengan doktor pula, doktor akan memeriksa :

  •  tekanan darah
  •  menganalisis keputusan makmal seperti keputusan HB darah, keputusan air kencing dan bacaan gula
  • 'scan' bayi dalam perut.  Di sini dia akan melihat tahap perkembangan bayi seperti berat,ukuran badan, kedudukan uri dan air ketuban
Antara soalan yang akan diajukan setiap kali berjumpa ialah adakah saya mengalami keputihan.  Saya fikir ia adalah soalan yang sama diajukan untuk semua kami yang mengandung.  Keputihan adalah normal jika ia berwarna putih dan tidak gatal. Jika sebaliknya, bertukar ke warna kehijauan dan mengalami kegatalan, ia bermakna ada jangkitan sudah berlaku.  Doktor menasihatkan saya supaya tidak menggunakan sabun, basuh dari arah depan ke belakang dengan air biasa dan elakkan kelembapan dengan menggunakan pantiliner.

Alhamdulillah, saya menggunakan pantiliner Lexee sebagai ikhtiar untuk mengelakkan daripada keputihan yang kronik.  Ia selamat untuk ibu yang mengandung dipakai secara harian.  Keputihan yang tidak normal boleh menyebabkan bahaya kepada kandungan di anataranya ialah keguguran, bayi pra-matang (lahir sebelum waktu), jangkitan pada mata bayi hingga boleh menyebabkan kebutaan dan gangguan pencernaan pada bayi.  

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, mari kita banyakkan berdoa dan jagalah kesihatan diri.  Pencegahan sesuatu penyakit lebih baik dari mengubati.

Testimoni pelanggan yang berpuas hati dengan pantiliner Lexee boleh klik DI SINI

Percuma Vagina Health Test Kid dalam setiap pek Lexee






Ingin menambah kewangan keluarga dengan produk Lexee?
Whatsapp/Telegram: 019 838 2601 (Puan Mariam)




Wednesday, November 02, 2016

Tuala Wanita Overnight Use Lexee Membantu Ibu Ceria Di Masa Pantang

Entri #17 : Tuala Wanita Overnight Use Lexee Membantu Ibu Ceria Di Masa Pantang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Mengimbau kenangan semasa berpantang, saya teringat susah payah seorang ibu bukan setakat sakit semasa bersalin tetapi ia berterusan selepas itu.  Patutlah dalam masyarakat kita Melayu khasnya, penjagaan semasa dalam pantang amat PENTING untuk memastikan seorang ibu sihat sepenuhnya.

Dari aspek pemakanan memang amat dijaga supaya ibu tidak mudah terkena angin, sakit urat, bentan, tumpah darah, sembelit,meroyan dan luka di bahagian intim.  Bagi ibu yang bersalin normal, jahitan di bahagian intim adakalanya boleh terbuka semula jika tidak dijaga sebaiknya.  Perkara inilah antara yang ditakuti oleh para ibu.  Syukur, saya dijaga sepenuhnya oleh ibu mertua semasa dalam pantang.  Memang ibu mertua amat tegas dalam hal ini, malah jika saya berjalan agak laju dia akan menegur supaya beringat-ingat.  Pemakaian seperti stokin, barut dan minyak panas jangan sekali diabaikan.  Walaupun nampak leceh tapi kesan tidak mengamalkannya bukan dilihat masa sekarang tetapi ia boleh berlaku di masa tua nanti.  Itulah antara pesanan orang tua kita.  Saya pun pernah berjumpa seseorang yang tidak mengamalkan pantang bersalin dan dia sendiri mengingatkan agar berpantanglah supaya tak sakit-sakit macam dia alami sekarang.

InsyaAllah saya akan menulis entri khas pengalaman dalam pantang dalam entri yang lain selepas bersalin nanti.  Namun satu perkara yang ibu dalam pantang mudah lupa iaitu pemilihan tuala wanita sesuai semasa dalam pantang.  Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi mengenai ciri-ciri tuala wanita Overnight Use Lexee yang bagus untuk wanita bersalin.


  • Semasa dalam minggu pertama bersalin, kebanyakan wanita akan kerap dalam posisi baring. Potongan yang mengembang dan melebar di bahagian belakang akan menampung aliran darah nifas yang banyak.  Jadi, ibu-ibu tidak perlu berasa risau akan kebocoran, malah lebih selesa dan yakin.
  • Penyerapan 27 kali ganda pad ini malah bertahan hingga 12 jam (aliran sederhana) menjadikan para ibu lebih tenang dan dapat berehat lebih lama tanpa kerap ke tandas untuk menukar pad.
  • Selain itu, penyerapan pantas pad ini akan mengurangkan peluang bakteria membiak. Teknologi gel dan "Active Oxygen" yang ada pad ini menjadikan bahagian intim kita dijaga dengan BAIK. Ibu-ibu juga tidak akan merasa gatal dan tidak berbau hanyir semasa memakainya.
  • Teknologi Terapi Ion Negatif yang ada pad ini membantu merawat dan menguatkan otot-otot sekitar rahim yang telah bekerja keras semasa bersalin.  Luka di bahagian intim juga cepat sembuh
  • Penggunaan pad lexee ini amat menjimatkan kerana kita tidak perlu menukarnya berkali-kali.
  • Berbaloi untuk kesihatan kerana ia bukan sekadar menyerap tetapi ia merawat,menyembuh dan menceriakan pemakainya.  
  Ibu-ibu memang berhak mendapat yang TERBAIK memandangkan anda telah bertungkus lumus untuk melahirkan seorang insan di muka bumi ini.  Tuala wanita Lexee ini telah dipatenkan supaya tidak ada sebarang peniruan untuk mejaga kualiti produk.

Sekiranya anda ingin menjadi ahli seumur hidup produk Lexee,sila:
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 (Puan Mariam)

Monday, October 31, 2016

16 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Tuala Wanita Lexee

Entri #16 : 16 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Tuala Wanita Lexee
Teks dan Foto: Siti Mariam Morshidi

Tuala Wanita Lexee

Assalammu'alaikum

Di media sosial, saya aktif untuk memberikan maklumat dan menyebarkan kebaikan produk Lexee ini.  Mungkin para wanita di luar sana tertanya-tanya mengapa saya  menyarankan anda memakai tuala wanita Lexee ini.

Baiklah saya cuba memberitahu secara umum ya.


  1. Ia berasaskan 100% kapas asli.
  2. Bukan dari bahan kitar semula dan sisa buangan.
  3. Bebas racun dioksin.
  4. Bertahan sehingga 12 jam.
  5. Sentiasa kering,segar dan selesa.
  6. Mempunyai 8 lapisan untuk pad dan 5 lapisan untuk pantiliner.
  7. Menghilangkan bau busuk.
  8. Mengatasi ketidakselesaan semasa haid.
  9. Menyedut kotoran yang tersimpan.
  10. Menyedut gumpalan darah dalam uterus.
  11. Mengatasi masalah kegatalan.
  12. Mudah dicuci.
  13. Amat nipis dan selesa.
  14. Rasa sejuk dan nyaman
  15. Berbau bunga-bungaan.
  16. Mengelakkan punca kanser pangkal rahim.
  Kalian boleh rujuk entri saya yang lepas untuk maklumat yang lebih mendalam mengenai tuala wanita Lexee.  InsyaAllah, saya akan sentiasa untuk mengemaskini apa sahaja info yang berguna demi kesihatan aset wanita kita ini.

Harga satu pek:

  • Pantiliner Lexee: RM20 (30 keping)
  • Day Use Pad: RM18 (10 keping)
  • Overnight Use Pad: RM18 (8 keping)
Ingin menjadi ahli seumur hidup produk Lexee?
Whatsapp/Telegram: 019 838 2601 (Puan Mariam)