Monday, October 31, 2016

16 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Tuala Wanita Lexee

Entri #16 : 16 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Tuala Wanita Lexee
Teks dan Foto: Siti Mariam Morshidi

Tuala Wanita Lexee

Assalammu'alaikum

Di media sosial, saya aktif untuk memberikan maklumat dan menyebarkan kebaikan produk Lexee ini.  Mungkin para wanita di luar sana tertanya-tanya mengapa saya  menyarankan anda memakai tuala wanita Lexee ini.

Baiklah saya cuba memberitahu secara umum ya.


  1. Ia berasaskan 100% kapas asli.
  2. Bukan dari bahan kitar semula dan sisa buangan.
  3. Bebas racun dioksin.
  4. Bertahan sehingga 12 jam.
  5. Sentiasa kering,segar dan selesa.
  6. Mempunyai 8 lapisan untuk pad dan 5 lapisan untuk pantiliner.
  7. Menghilangkan bau busuk.
  8. Mengatasi ketidakselesaan semasa haid.
  9. Menyedut kotoran yang tersimpan.
  10. Menyedut gumpalan darah dalam uterus.
  11. Mengatasi masalah kegatalan.
  12. Mudah dicuci.
  13. Amat nipis dan selesa.
  14. Rasa sejuk dan nyaman
  15. Berbau bunga-bungaan.
  16. Mengelakkan punca kanser pangkal rahim.
  Kalian boleh rujuk entri saya yang lepas untuk maklumat yang lebih mendalam mengenai tuala wanita Lexee.  InsyaAllah, saya akan sentiasa untuk mengemaskini apa sahaja info yang berguna demi kesihatan aset wanita kita ini.

Harga satu pek:

  • Pantiliner Lexee: RM20 (30 keping)
  • Day Use Pad: RM18 (10 keping)
  • Overnight Use Pad: RM18 (8 keping)
Ingin menjadi ahli seumur hidup produk Lexee?
Whatsapp/Telegram: 019 838 2601 (Puan Mariam)

Friday, October 28, 2016

Sederhana Dalam Meraikan Anak-Anak

Entri #15 : Sederhana Dalam Meraikan Anak-Anak
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Hari ini anak-anak semuanya bercuti sempena Deepavali.  Saya sudah membayangkan betapa meriahnya bila semua berkumpul. 
Oleh kerana hari ini hari Jumaat, program yang bersiaran di televisyen pun banyak yang elok untuk ditonton. 

Sebenarnya nak meraikan anak-anak ini tidaklah sesusah mana walaupun kekadang anak-anak bercerita kawan-kawannya menyambut harijadi di restoran terkenal.  Mungkin itulah keinginan mereka tapi bagi saya itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing.  Yang penting ikut kemampuan yang ada pada diri.

Nak dijadikan cerita, pada hari Ahad lepas adalah harijadi yang ke 9 tahun anak saya yang ketiga.  Memang saya diingatkan supaya tidak lupa tarikh tersebut.  Begitulah ragam anak-anak.
Kali ini sambutan memang ringkas sebab banyak jemputan kenduri pada hari tersebut.  Jadi, saya hanya sediakan kek dan hadiah sahaja.

Dengan masa yang suntuk sebab abahnya akan bermesyuarat pada malam tersebut, kami mulakan dengan bacaan doa dan sesi potong kek sebagai kenang-kenangan.
Itupun dah cukup menggembirakan hati anak-anak.  Bagi ibunya pula, ia akan mengimbau kenangan saat-saat melahirkan mereka di dunia.  Setiap anak mempunyai ceritanya tersendiri.
Semoga sambutan kali ini meninggalkan memori yang indah buat mereka nanti.

Thursday, October 27, 2016

Rezeki Di Awal Pagi

Entri #14 : Rezeki Di Awal Pagi
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google dan Koleksi Peribadi

Assalammu'alaikum

Semenjak semalam saya mendapat mesej dari whatsapp untuk order pad dan pantiliner Lexee.  Alhamdulillah, perkongsian mengenai maklumat produk di blog, facebook dan whatsapp amat berkesan.  Yang membelinya ada yang jauh dari Tawau dan ada juga di sekitar kawasan Putatan.  Kita sebagai manusia melengkapi ikhtiar untuk menjemput rezeki datang kepada kita.  Yang menggerakkan hati-hati pelanggan untuk membeli dari kita adalah dari Allah jua.



Ia menandakan semakin ramai wanita mahukan tuala wanita yang berkualiti tanpa dioksin.  Bagi memudahkan pelanggan di sekitar Putatan,  anda juga boleh mendapatkannya di Kedai Tugu Enterprise di Taman Pasir Putih.

Kedai Tugu Enterprise di Taman Pasir Putih, Putatan

Bagi pelanggan yang jauh, biasanya saya akan menggunakan perkhidmatan Poslaju Malaysia.  Caj pos adalah mengikut kawasan dan juga berat bungkusan.  InsyaAllah barang akan sampai di depan pintu kalian.  Saya amat menggalakkan kuantiti pembelian yang banyak bagi yang jauh nun di Semenanjung Malaysia atau Sarawak.  Ataupun boleh juga menjadi rakan niaga atau ahli Syarikat Redlife Sdn Bhd yang mengeluarkan produk berkualiti seperti pad Lexee ini.

Bergabung bersama menyebarkan manfaat Produk Lexee:
Whatsapp/Telegram: 019- 838 2601 (Puan Mariam)


Wednesday, October 26, 2016

Testimoni Pengguna Lexee Siri 2

Entri #13 : Testimoni Pengguna Lexee Siri 2
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Saya rasa terharu dan bersyukur apabila pelanggan-pelanggan berkongsi manfaat menggunakan tuala wanita Lexee.  Hari ini saya ingin berkongsi beberapa testimoni pengguna yang menggunakan tuala wanita Day Use dan Overnight Use Lexee.

Ia bukan direka, tetapi ia adalah pengalaman sebenar mereka yang menggunakannya.  Nama ditutup atas permintaan pelanggan sendiri.  Ia adalah hasil edit dari 'screenshot' perbualan bersama pelanggan di media sosial.










InsyaAllah saya akan kongsikan lagi testimoni dari semasa ke semasa.  Setiap kali pelanggan membeli dari saya, saya akan doakan agar ia membawa manfaat dan dapat membantu meningkatkan kesihatannya.

Bagi yang ingin menjadi rakan niaga Lexee atau nak order bolehlah menghubungi saya ya:
Whatsapp/Telegram: 019-838 2601 (Puan Mariam)

Tuesday, October 25, 2016

Overnight Use Lexee; Pelindung Wanita Di Waktu Aliran Haid Yang Banyak

Entri #12 : Overnight Use Lexee; Pelindung Wanita Di Waktu Aliran Haid Yang Banyak
Teks; Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Bagi wanita, melalui tempoh haid yang tenat dan banyak menimbulkan rasa letih, kurang yakin, takut bocor, kurang selesa, senak di bahagian perut malah senggugut hingga tahap tidak dapat melakukan sebarang aktiviti.  Oleh itu tuala wanita Overnight Lexee amat memahami situasi ini.

Mari kita lihat apakah ciri-ciri tuala wanita Overnight Use Lexee:

  • Ukuran panjang 32cm
  • Bersayap untuk melindungi bahagian tepi seluar
  • Potongan bahagian belakang yang lebar mengikut bahagian punggung
  • 100% bahan semulajadi kapas
  • Tahan kebocoran kerana mempunyai 8 lapisan
  • Menggunakan gel halus iaitu sebatian kolagen yang mampu menyerap bau hanyir
  • Lapisan terakhir mempunyai lubang udara untuk pengaliran udara yang sempurna
  • Dibungkuskan dalam pek aluminium yang berwarna BIRU
  • Mempunyai stiker yang boleh lekat semula untuk menjamin kebersihan. Habuk dan serangga tidak boleh masuk
  • Terdapat 8 keping tuala wanita dalam setiap pek
  • PERCUMA Vagina Health Test Kit dalam setiap pek bernilai RM15

Tuala Wanita Overnight Use Lexee
Keistimewaan Overnight Use Lexee pula ialah :
  • Sesuai bagi aliran haid yang banyak
  • Wanita yang haid dan sedang dalam perjalanan yang jauh.  Sesuai untuk pemusafiran
  • Wanita yang mengalami keputihan yang kronik dan discaj yang banyak
  • Para ibu yang hamil yang mengalami discaj semasa di penghujung kehamilan
  • Ibu-ibu di dalam pantang
  • Pesakit buasir berdarah
  • Mereka yang mengalami kencing yang tidak lawas
  • Warga tua yang sukar bangun ke tandas untuk pembuangan air kecil
  • Semua tetamu Allah yang mengerjakan umrah atau haji.  Ia membantu di saat-saat kecemasan kerana perjalanan mungkin  memakan masa yang lama (8 jam)
Mudah-mudahan entri kali ini membantu wanita di luar sana agar lebih sihat dan yakin.  Gunakanlah tuala wanita Lexee demi menjaga aset wanita kita yang paling berharga.

Mari lihat testimoni pelanggan Lexee DI SINI


Ingin mendapatkannya? Atau berminat untuk menjadi ahli keluarga Lexee?
Whtasapp/Telegram: 019 838 2601 (Puan Mariam)



Monday, October 24, 2016

3 Pesanan Ayahanda Yang Masih Kekal Di Ingatan

Entri #11 : 3 Pesanan Ayahanda Yang Masih Kekal Di Ingatan
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Suatu pagi sambil melambai anak-anak dalam kereta ke sekolah terdengar bunyi siulan burung.  Subhanallah, indah sungguh bunyinya sehinggakan saya terkenang kembali masa indah zaman kanak-kanak.  Tak jauh bezanya bunyi tersebut dengan masa lalu.  Syukur saya dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan hal agama dan hubungan kekeluargaan.

Apabila terbaca kisah-kisah kehidupan kanak-kanak lain di zaman sekarang, terus terlintas di hati apa sudah jadi dengan ayah zaman sekarang.  Kes haruan makan anak, pencabulan dan penderaan seksual sangat menyentap isi jantung ini. Ya Allah, lindungilah kami dan anak-anak serta generasi kami dari perlakuan zalim ini.

Ayahanda Haji Morshidi dan Bonda Hajah Taibah
Setiap insan yang mempunyai ibu dan ayah pasti mempunyai memori yang tersimpan.  Begitu juga pesanan atau nasihat mereka yang masih kita ingat walaupun lama sudah masa berlalu dan kita pun telah dewasa.  Ayah saya seorang yang pendiam, rajin,penyayang dan suka memasak.   Bila menasihati dia seorang yang bersahaja dan tidak keras.  Dalam banyak-banyak pesanannya 3 perkara inilah yang selalu saya pegang hingga ke hari ini:

  1. Bila ada kereta dari simpang, bagilah laluan kerana ia adalah sedekah.  Tak perlu nak berlumba-lumba siapa dulu yang menang semasa di jalan raya.
  2. Kamu orang perempuan banyakkan bersedekah sebab ia boleh menolong kamu di akhirat nanti.
  3. Bila kerja bertimbun anggap sahaja ia mudah diselesaikan supaya kita boleh buat sesuatu kerja dengan keadaan yang tenang dan tidak marah-marah.Kerja pun jadi ringan sebab 'mindset' sudah ditukar ke arah positif.
Nampak ringkas sahaja pesanan ini, tapi bagi saya ia mendidik hati supaya mengingati insan lain yang lebih memerlukan.  Hati muda ni kekadang tersasar dan mudah timbul rasa keakuan terutamanya bila berada di jalan raya.  Begitu juga bila kerja rumah yang tidak pandai habis, mudah sahaja rasa marah tu menerpa.

Terima Kasih ayahanda kerana bersabar mendidik kami.  Moga dirimu damai dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di sana.  Al-Fatihah

Sunday, October 23, 2016

Tuala Wanita Dan Dioksin;Pembunuh Wanita Dalam Senyap

Entri #10 : Tuala Wanita Dan Dioksin; Pembunuh Wanita Dalam Senyap
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto: Google dan Koleksi Peribadi

Assalammua'laikum

Tuala wanita dalam kehidupan seorang wanita memang tidak dapat dipisahkan.  Ia digunakan semasa wanita mengalami sedang haid dan nifas untuk menyerap darah yang keluar.  Secara puratanya wanita menggunakan sebanyak 15,000 keping dalam tempoh haid sepanjang hidupnya.  Itu tidak termasuk penggunaan pantiliner yang biasanya digunakan secara harian.


Dioksin
Dioksin pula ialah bahan kimia yang disifatkan paling toksik oleh saintis.  Ia adalah 900 kali ganda lebih beracun dan berbahaya daripada Arsenik.  Kebanyakan tuala wanita di pasaran dibuat daripada sisa kertas atau kertas kitar semula.  Proses kitar semula ini menggunakan bahan kimia  seperti klorin, fluoresen dan bahan pelembut untuk menghilangkan warna dan bau.
Proses Pemutihan Pulpa Kayu

Kanser Rahim

Kajian perubatan membuktikan toksin dioksin ini walaupun pada kadar yang rendah masih berupaya menyebabkan kanser rahim, kanser payudara, kanser usus, kanser ovari, kemandulan dan sakit puan yang lain.  Yang paling mengejutkan kanser serviks merupakan kanser ketiga paling BANYAK dihidapi oleh wanita Malaysia.  Di Amerika Syarikat pula,  peningkatan penyakit endometriosis meningkat dengan banyaknya dan menurut kajian ia memang berkaitan dengan dioksin.

Saranan saya,jom bertukar ke tuala wanita Lexee. Tuala wanita Lexee ini tidak mengandungi racun dioksin.  Ia berasaskan 100% kapas asli dan BUKAN dari bahan kitar semula dan sisa buangan.  Ia melindungi dan merawat aset terpenting wanita daripada penyakit yang merbahaya.  Ramai yang bertanya adakah tuala wanita Lexee ini berbau herba kuat atau tidak dengan saya.  Untuk makluman salah satu sebab saya menyukainya ialah ia mempunyai haruman bunga-bungaan, tiada bau herba langsung yang keluar apabila dipakai ! Yakinlah dengan tuala wanita Lexee, sangat berbaloi dengan wang yang anda laburkan.

Sekiranya berminat dan ingin menjadi pengedar:
Whatsapp/Telegram : 019-838 2601 (Puan Mariam)

Wednesday, October 19, 2016

Day Use Pad Lexee Untuk Wanita Dalam Haid Dan Nifas

Entri #9 : Day Use Pad Lexee Untuk Wanita Dalam Haid Dan Nifas
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi


Day Use Pad Lexee ( berwarna pink )

Assalammu'alaikum

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai satu lagi tuala wanita yang mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan iaitu Day Use Pad Jenama Lexee.  Mengapa saya memilih jenama ini padahal banyak lagi jenama lain di luar sana adalah kerana ia bebas dari acaman kimia dioksin.  Ancaman kimia dioksin ini saya akan ceritakan pada entri yang lain.

Mari kita ketahui dahulu ciri-ciri Day Use Pad Lexee:

  • Ukuran panjang 24cm
  • Rekabentuk bersayap
  • 100% kapas
  • Direka khas dengan 8 lapisan untuk menjamin keselesaan tanpa kebocoran
  • Menggunakan gel halus bebas kimia yang mengandungi sebatian kolagen dan penyerap bau
  • Lapisan terakhir yang mempunyai lubang-lubang udara bagi pengaliran udara sempurna
  • Dibungkuskan di dalam pek aluminium foil berwarna MERAH JAMBU/PINK
  • Mempunyai stiker untuk menutup semula pek memastikan kebersihan ( hygiene ) produk
  • Terdapat 10 keping Day Use Pad dalam setiap pek
  • Setiap pek produk Lexee mempunyai tarikh luput kerana ianya sangat penting bagi menjaga kualiti kebersihan kepada pengguna
  • PERCUMA  Vagina Health Test Kit dalam setiap pek ( bernilai RM15 )
Ciri-ciri Day Use Pad Lexee

Keistimewaan Day Use Pad Lexee:
  • Ia mampu menampung cecair sehingga 100ml isipadu air iaitu bersamaan 1 kali buangan air kecil normal
  • Ia  mampu menyerap 27 kali ganda penyerapan tuala wanita biasa yang menjadikan Day Use Pad Lexee begitu menjimatkan.  Ia boleh bertahan tanpa bocor 6-8 jam
  • Kuasa penyerapan ini akan sentiasa membuatkan pengguna Day Use Pad Lexee berada di dalam keadaan kering sepanjang pemakaian.
  • Penggunaan teknologi Terapi Ion Negatif yang ada pada Day Use Pad Lexee membantu memperbetulkan kelancaran darah di dalam sistem tubuh pemakai
  • Fungsi Terapi Ion Negatif ini membantu merawat senggugut dan kitaran haid yang tidak normal.
  • Gel halus bebas kimia yang mengandungi sebatian kolagen menyerap bau hamis darah dengan berkesan sekali
  • Keupayaan Terapi Ion Negatif yang membantu mengecutkan  bahagian bengkak pesakit buasir berdarah
  • Terapi Active Oxygen pada Day Use Pad Lexee pula membantu memberikan keperluan oksigen untuk diresap masuk ke dalam vagina yang membantu merawat keputihan kronik

Siapakah yang memerlukan Day Use Pad Lexee ini ? Mungkinkah anda ?
  • Wanita yang melalui hari-hari kehadiran haid mereka
  • Wanita yang mengalami kehadiran haid yang berbau
  • Wanita yang kedatangan haid yang sedang dalam perjalanan jauh
  • Wanita yang mengalami keputihan kronik dengan discaj yang banyak
  • Ibu-ibu hamil yang mengalami discaj di hari-hari terakhir sebelum bersalin
  • Ibu-ibu selepas bersalin / sedang berpantang selepas seminggu. Menggantikan Overnight Pad
  • Pesakit buasir berdarah
  • Mereka yang mengalami kencing tidak lawas
  • Semua tetamu Allah / bakal tetamu Allah yang mengerjakan haji dan umrah yang mengalami masalah keputihan kronik/banyak. Day Use Pad Lexee amat membantu di saat kecemasan
Alhamdulillah, setakat ini pelanggan yang telah menggunakannya amat berpuas hati.  Tiada lagi kebocoran dan membantu mereka menghadapi hari haid yang sukar.  Bagi yang ingin mencubanya atau mahu mengetahui lebih lanjut produk ini, boleh menghubungi saya melalui whatsapp/telegram: 019 838 2601 (Puan Mariam).








Tuesday, October 18, 2016

Etika Batuk

Entri #8 : Etika Batuk
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Alhamdulillah

Hari ini merupakan temujanji saya di klinik untuk pemeriksaan rutin ibu mengandung.  Walaupun jaraknya tidak terlalu jauh daripada rumah tetapi saya perlu datang awal untuk memastikan saya dapat tempat letak kereta yang dekat dengan pintu masuk.  Faham-faham sajalah bila mengandung, berjalan dua tiga langkah pun seperti 100 meter jaraknya.

Semasa menunggu giliran yang hampir 1 jam, saya terlihat satu pamplet yang dilekatkan di satu papan kenyataan.  Ia adalah mengenai Etika Batuk.  Rupa-rupanya batuk pun ada adabnya.  Nampak seperti perkara remeh tetapi sebenarnya perlu kita prihatin.  Dari situ datang idea untuk entri blog seterusnya :-) .

Dari maklumat pamplet tersebut, antara penyakit serius yang berpunca dari batuk dan bersin ialah influenza, batuk kokol, sindrom pernafasan akut yang teruk ( SARS ) dan tibi.

Oleh sebab itu, untuk mencegah penyakit ini merebak kita perlulah mengikuti langkah-langkah berikut :

1-Pakai penutup hidung dan mulut.

2-Palingkan muka daripada orang lain dan makanan.

3-Ketika bersin atau batuk, tutup hidung dan mulut dengan menggunakan tisu atau sapu tangan. Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam bakul sampah.

Jika tiada pilihan lain, tutup dengan lengan baju atau skaf.  Elakkan daripada bersentuhan selagi baju tidak ditukar.

4-Elakkan dari tempat yang sesak.

5-Elakkan dari menyentuh muka, mulut dan hidung.

6-Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala muka.

Maklumat ini sangat berguna terutamanya bagi para pelajar dan pekerja yang pekerjaannya melibatkan ramai orang. Mencegah sememangnya lebih BAIK daripada mengubati.  Jom hargai kesihatan kita sekarang sebelum terlewat.

Monday, October 17, 2016

Tips Ringkas Bagi Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Yang Menghadapi Peperiksaan

Entri #7 : Tips Ringkas Bagi Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Yang Menghadapi Peperiksaan
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Pusat Pendidikan Islam An Nur Tahfiz,Austral

Assalammu'alaikum

Hari ini merupakan minggu peperiksaan buat anak-anak saya.  Bila anak-anak ada ujian, sebenarnya ibu bapa pun menghadapi pelbagai emosi termasuklah rasa risau, tekanan dan stress.  Tak senang duduk kita dibuatnya.  Itulah fitrah kita sebagai ibu bapa yang ingin melihat anak-anak kita berjaya.


Apa yang saya kongsikan disini adalah merupakan sedikit sebanyak pengalaman saya sebagai seorang ibu.

 1.  Mengatur Jadual Waktu Anak-anak

Jika anak-anak belum pandai lagi mengatur jadual waktu, kita sebagai ibu bapa perlulah mengatur jadual waktu harian mereka.   Waktu-waktu untuk melihat televisyen, bermain dan mengaji perlu diperhatikan. Jangan dibiarkan mereka sewenang-wenangnya menggunakan masa yang ada dengan perkara yang kurang berfaedah.  Semakin dekat dengan waktu peperiksaan semakin ketatlah jadual mereka.  Bukan bermakna tiada waktu rehat atau santai, tetapi jadual tersebut mestilah fleksibel supaya mereka tidak tertekan.  Ibu bapa mestilah kreatif dalam hal ini. Cuma,bila waktu peperiksaan sahaja ia agak ketat sedikit.

2.  Membuat Persediaan Awal
Persediaan seperti alatulis dan kelengkapan lain perlulah diambil perhatian.  Tanyakan kepada anak-anak adakah pensel, pen, pembaris dan sebagainya masih elok untuk dipakai.  Jika belum, ibu bapa perlu prihatin untuk menyediakan semua ini mengikut kemampuan diri masing-masing.  Pastikan juga sehari sebelum peperikasaan, semuanya sudah diletak di dalam beg.  InsyaAllah anak-anak pun melangkah dengan yakin ke sekolah.

3. Tidur Awal
Walaupun mungkin ada rancangan yang kita gemari atau anak-anak suka, tidurlah lebih awal supaya boleh bangun dengan keadaan segar dan sihat.  Berkorbanlah sementara untuk anak-anak supaya menutup televisyen atau boleh jadi wi-fi dalam zaman sekarang.  Anak-anak akan melihat apa yang kita buat sebagai contoh dan teladan.  Disiplin kita; disiplinlah juga anak-anak.    

4. Doa dan Solat Hajat
Tiada lain tempat untuk kita bergantung kecuali kepada Allah semata-mata.  Luahkan rasa dan harapan kita dalam doa.  Semasa ibu bapa tengah bekerja pun sentiasa ulang doa di dalam hati.  Sebut nama mereka satu persatu semasa Solat Hajat.  Anak-anak juga seperti kita, ada rasa stress dan berdebar-debar ketika peperiksaan.  Elakkan juga meletakkan harapan terlalu tinggi.  Letaklah sasaran mengikut kemampuan mereka.  Misalnya, jika subjek tersebut dapat D, dorong anak untuk berusaha lebih gigih agar mendapat C atau B.  Jika mendapat A pun ia adalah satu bonus.

Cukuplah dahulu tips yang ringkas ini.  Alhamdulillah syukur, suami saya turut berperanan dalam menjayakan tips ini.  Saya pasti ibu bapa di luar sana lebih hebat dalam memastikan anak-anak berjaya.  Apa yang penting sentiasalah berdoa agar anak-anak kita berjaya di dunia dan juga di akhirat.  Moga ada manfaatnya entri kali ini buat kalian yang bergelar ibu bapa.

Friday, October 14, 2016

Testimoni Pengguna Lexee Siri 1

Entri #6 : Testimoni Pengguna Lexee Siri 1
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah, beberapa orang pelanggan saya sudah merasai manfaat dan kehebatan produk Lexee.  Kebanyakannya meminta saya menutup nama atau identiti mereka.  Saya menghormati permintaan pelanggan dan saya akan kongsikan respon mereka yang positif.

Untuk Siri 1 ini,saya akan kongsikan dahulu beberapa testimoni pengguna pantiliner Lexee ya.






Bagi yang belum mengetahui maklumat mengenai Pantiliner Lexee, sila klik DI SINI.

Thursday, October 13, 2016

Mudahnya Berblog Dengan Aplikasi Blogger Untuk Android

Entri #5 : Mudahnya Berblog Dengan Aplikasi Android
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Semasa membuat kerja mengemaskini  blog yang diamanahkan oleh Guru Blog saya Puan Aishah Hussein, saya sebagai pelajar Akademi Bekerja Di Rumah perlu membuat sebanyak 44 entri untuk peringkat awal.  Dengan gigihnya saya berusaha seawal pagi dari hari Isnin hingga Jumaat untuk cuba menyiapkan satu entri untuk satu hari.

Walaupun saya berusaha untuk mengelakkan kesalahan ejaan dan struktur ayat, namun atas kecuaian ia berlaku juga setelah beberapa kali disemak sebelum menekan butang 'publish'.  Kesalahan ini kebiasaannnya saya perasan apabila saya semak melalui telefon bimbit.  
Tajuk blog saya dalam aplikasi android

Daripada masalah tersebut saya pun terfikir ada tak aplikasi blogger khas buat android.  Bukannya apa, ia lebih mudah dicapai berbanding menggunakan komputer atau pun komputer riba.  Sambil baring, sambil duduk, sambil masak pun boleh edit.  Bila saya membuat carian melalui aplikasi 'Playstore',  syukur saya terjumpa aplikasi yang dicari-cari dan terus memuat turun aplikasi tersebut.

Saya masih baru lagi untuk menceritakan apa kelebihan aplikasi ini.  Buat masa ini ia nampak sesuai digunakan untuk mengedit dan membuat draf blog.  Dengan itu,kita tidak kehilangan idea untuk menulis.  Untuk mengemaskini keseluruhan entri atau blog,  penggunaan komputer atau komputer riba masih lagi diperlukan memandangkan aplikasi ini masih terhad dari sudut yang lain.  Jika entri kita adalah ringkas mungkin tidak mengapa, terus sahaja tekan butang 'publish' (dalam bentuk anak panah).

Antara kemudahan blog dalam aplikasi android
Jika anda mempunyai banyak blog pun tidak perlu risau kerana ia akan memberi pilihan akaun mana yang kita gunakan untuk mengemaskini blog tersebut.  Jadi, selepas ini tiadalah alasan tiada masa atau malas untuk mengemaskini blog.  Hanya manfaatkan sahaja telefon bimbit yang anda ada sekarang.



Wednesday, October 12, 2016

3 Tips Penting Untuk Menjadi Surirumah Yang Berjaya Di Dalam Perniagaan

Entri #4 : 3 Tips Penting Untuk Menjadi Surirumah Yang Berjaya Di Dalam Perniagaan
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi


Pernah tak diri kita didenda oleh cikgu semasa di sekolah dulu? Saya pasti setiap diri kita menyimpan memori ini dan bila dikenang kembali boleh membuatkan kita tersenyum sendirian. Tujuan denda tersebut tidak lain dan tidak bukan agar kita menjadi pelajar yang berdisiplin.

"Dengan adanya disiplin barulah kita berjaya"


Stok Disusun Kemas Di Rak Khas

Untuk menjadi surirumah yang berjaya di dalam perniagaan,ada 3 disiplin yang PENTING untuk dilakukan :

  1. Perancangan Jadual Waktu Yang Efisien Setiap Hari : Jadual waktu bagi setiap kita adalah berbeza.Jika mempunyai anak yang masih kecil jadualnya banyak mengikut masa mereka tidur,makan dan bangun.  Malah jika ibu sedang menyusukan bayi juga mengambil masa yang panjang dalam sehari.  Jika ini berlaku, mungkin para ibu boleh membuat sesuatu kerja semasa anak sedang tidur.  Bagi yang mempunyai anak yang sudah besar sedikit, jadual mungkin lebih fleksibel.  Apa yang penting buat satu senarai kerja atau "list to do" setiap hari.  Sebaiknya ia dibuat malam sebelumnya, contohnya jika kerja dan aktiviti pada hari Selasa, maka hari Isnin malamnya kita dah siapkan senarai tersebut.  
  2. Ruang Khas Kerja : Sebaik-baiknya ruang khas ini dibuat di bilik, tetapi jika ruang di rumah kita agak TERHAD maka pilihlah satu sudut yang sesuai.  Anak-anak perlu dilatih dan diingatkan ia adalah zon khas buat ibu melakukan kerja, maka sebarang alat atau barang perlulah meminta kebenaran dan tidak boleh diganggu.  Mungkin susah pada mulanya tapi lama kelamaan mereka akan biasa.PERCAYALAH !
  3. Sokongan Dari Suami Dan Keluarga : Tips ini juga penting agar mereka memahami tugas kita sebagai peniaga online merangkap surirumah.  Isteri perlu memahami waktu mana yang sesuai untuk menjawab pertanyaan pelanggan, membungkus dan mengepos barang.  Suami pula sama-sama bertolak ansur menjaga anak-anak semasa isterinya sedang sibuk.  Apapun berbincanglah agar seimbang masa bersama keluarga dan berniaga.
Buat masa ini saya sendiri melakukan tugas sebagai peniaga online di siang hari terutamanya pada waktu pagi.  Mungkin jadual ini berubah bila sudah melahirkan anak yang keenam nanti.  Semoga setiap hari yang dilalui mendatangkan manfaat dan menjadi amalan kita di kemudian hari.  Pasakkan niatkan semuanya untuk mendapat redha Allah semata-mata.










Tuesday, October 11, 2016

Pantiliner Lexee; Pelindung Harian Wanita Yang Istimewa

Entri #3 : Pantiliner Lexee; Pelindung Harian Wanita Yang Istimewa
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Hari ini saya ingin berkongsi satu produk yang banyak membantu saya sebagai wanita dan muslimah iaitu Pantiliner Lexee.Saya bukan mengatakan pantiliner di luar sana tidak baik; kerana pilihan dan keputusan yang bijak adalah di tangan anda juga. Saya yakin kerana saya sendiri yang sudah memakainya dan merasai banyak perubahan positif jadi apa salahnya saya mempromosi produk yang bagus ini.
Pantiliner Lexee
Pantiliner Lexee Mempunyai Tarikh Luput


Ciri-ciri Pantiliner Lexee:

  • Ukurannya ialah 10.5cm
  • Merupakan 100% daripada kapas
  • Direka dengan 5 lapisan kapas, namun nipis untk keselesaan pemakai
  • Lapisan terakhir yang mempunyai lubang udara bagi memastikan pengaliran udara yang baik
  • Pembungkusan yang terbaik di dalam pek aluminium foil berwarna hijau
  • Mempunyai stiker yang boleh ditutup semula agar tidak dimasuki serangga atau habuk.  Dari sudut ini,kualiti kebersihan sangat terjamin berbanding pantiliner di pasaran
  • Mempunyai tarikh luput untuk keselamatan pengguna
  • Setiap pek mengandungi 30 keping pantiliner
  • PERCUMA Vagina Health Test Kit dalam setiap pek (bernilai RM10)


Keistimewaan Pantiliner Lexee:

  • Mempunyai 5 lapisan kapas yang membuatkan pemakai sentiasa berasa kering dan selesa
  • Tidak mudah bergerak, bergulung atau renyuk kerana gamnya yang kukuh.  Jangan risau gamnya dibuat dari bahan semulajadi (gula-gula getah) berbanding pantiliner di luar yang menggunakan gam kimia (gam perabot)
  • Teknologi Terapi Ion Negatif  pada Pantiliner Lexee membantu merawat masalah senggugut, kitaran haid tidak normal dan migrain.Malah ia membantu pengedaran darah dan membuang angin dalam sisitem tubuh pemakai
  • Satu lagi kekuatan pantiliner ialah ia mempunyai Terapi Aktif Oksigen yang memberikan keperluan oksigen untuk diresap masuk ke dalam vagina yang membantu merawat keputihan yang kronik
Pantiliner Lexee Membantu mereka yang mengalami masalah berikut:
  1. Wanita yang mengalami masalah senggugut teruk dan yang mempunyai kitaran haid tidak normal.  Masalah ini boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil
  2. Keputihan yang serius
  3. Wanita hamil yang mengalami masalah GBS
  4. Angin dalam badan seperti migrain dan kembung.  Pemakai akan membuang angin (kentut) buat beberapa tempoh awal penggunaan
  5. Penggunaan tempoh terakhir semasa haid,nifas dan istihadhah
  6. Kegatalan  alat sulit kerana kelembapan
  7. Semua tetamu Allah yang mengerjakan Haji dan Umrah.  Pengurusan kebersihan lebih mudah kerana tidak perlu menukar pakaian dalam dengan kerap kerana kekurangan kemudahan tandas.
  8. Boleh juga digunakan untuk mengurangkan demam dan panas badan bagi bayi, kanak-kanak atau orang dewasa

Berikut ialah di antara testimoni Pantiliner Lexee:


Rasa Selesa dengan Pantiliner Lexee


Seolah ada penghawa dingin apabila memakai Pantiliner Lexee




InsyaAllah sekiranya ada lagi testimoni baru, saya akan kongsikan pada anda semua.Kesembuhan itu datang dari Allah juga, ini adalah ikhtiar untuk rawatan.Harap maklum

LAGI TESTIMONI PANTILINER LEXEE,KLIK:DI SINI

Jika ingin tahu lebih lanjut dan ingin menjadi ahli:
Hubungi saya (Whatsapp/Telegram): 019 838 2601

Monday, October 10, 2016

Program Terokai Kreativiti Dan Inovasi 2016

Entri #2 : Program Terokai Kreaviti Dan Inovasi 2016
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Banner Program Terokai Kreativiti Dan Inovasi
Meraikan hujung minggu anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat adalah satu perkara yang mesti diisi agar anak-anak tidak bosan di hujung minggu.  Alhamdulillah,pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas (7-9 Oktober 2016),  satu program Terokai Kreativiti Dan Inovasi anjuran Perpustakaan Negeri Sabah telah diadakan.  Program ini bertujuan untuk memupuk minat anak-anak seawal umur 4 tahun untuk minat dalam bidang Sains khususnya dalam bidang rekacipta.  Ia juga membangkitkan agar minda kreatif dan memantapkan kemahiran berfikir .

Sebelum bermula, semua peserta akan mendaftar di kaunter pendaftaran dan mendapat pasport.  Pasport dalam bentuk kad tersebut bertujuan untuk mengumpul markah.  Markah yang minimum ialah 100 dan hadiah boleh ditebus berdasarkan markah tadi.  Semakin besar markah, semakin tinggi peluang mendapat hadiah yang hebat secara PERCUMA.  Saya suka konsep begini sebab ia melatih peserta agar berusaha untuk mencapai sasaran.

Setiap stesen ada aktiviti masing-masing.  Dari segi bahan rekacipta, ia memang disediakan oleh pihak penganjur.  Secara umumnya bahan yang disediakan ialah meja, gunting, pelekat, gam dan selotep.
Brush Robot Station

Robot yang dihasilkan dari kepala berus gigi,wayar dan bateri

Stesen ini memerlukan robot berus yang bergerak.  Jika ia berjaya, 25 markah dapat dikumpul dan dicopkan di passport.
Robot berus akan berlumba untuk mendapat markah

Kalau nak markah yang lebih, robot berus tadi akan berlumba dalam masa yang diberikan. Seronoknya anak-anak bila melihat robot yang mereka cipta dapat bergerak-gerak.  Kalau laju, lagilah mereka teruja.

Dodomons Station




Di stesen ini pula, anak-anak berpeluang belajar menggunting dan melipat kertas yang mempunyai watak-watak tertentu.  Kemahiran untuk membaca arahan agar ia tepat amat penting.  Bagi pendapat saya, ia adalah aktiviti origami tetapi dalam bentuk yang lebih ceria.

Selain daripada itu,stesen yang agak menarik ialah mencipta kereta dan bergerak dengan belon yang ditiup.  Jika laju bergerak,  markah yang diperolehi ialah 50 dan paling sedikit ialah 10.

Oleh kerana waktu yang singkat dan menghampiri waktu zohor, kami pun bercadang untuk berhenti rehat.  Ada stesen lain yang tidak kurang hebatnya  tetapi masa seperti mencemburui kami.  Markah yang dikumpulkan sudah pun ditebus dengan hadiah.  Anak-anak pasti pulang dengan gembira.  Aktiviti sebegini bagi saya amat menyeronokkan kerana ia merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan menjadi pengalaman yang sangat berharga buat anak-anak.
Kereta buatan sendiri :-)




Friday, October 07, 2016

Hari Jadi Yang Ke 38 Tahun

Entri #1 : Hari Jadi Yang Ke 38 Tahun
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Kek Harijadi Dari Suami

Alhamdulillah

Genap 38 tahun sudah diri ini berada di muka bumi Allah pada 5 Oktober yang lepas.  Jika dihitung segala nikmat yang telah Allah kurniakan; tidaklah terkira banyaknya.  Terasa seakan banyaknya hutang amalan untuk bekal di akhirat nanti.

Sebenarnya, dari pagi lagi anak-anak bertanya,ada kek tak nanti.  Saya hanya tersenyum dan menjawab, kek harijadi dibeli oleh orang lain bukan si penyambutnya.  Sebenarnya hadiah adalah suatu tanda kasih sayang dan keprihatinan buat insan yang disayangi.  Rasulullah s.a.w pun menyarankan agar kita saling hadiah menghadiahkan kerana ia mengeratkan hubungan sesama insan, apatah lagi jika ia adalah pasangan kita.  Bentuk hadiah itu terpulanglah kepada si pemberi mengikut kemampuan masing-masing.

Harijadi juga mengingatkan kita tentang jerih payahnya ibu kita ketika bersalin.  Ibu pernah bercerita, mudahnya dia bersalinkan saya.  Sakitnya tak lama.  Jarak umur di antara saya dan kakak yang merupakan anak ketujuh ialah 7 tahun.  Boleh dikatakan agak manja juga; anak bongsulah katakan.

Walaupun jarak ibu dan saya sekarang jauh, tapi ibu tetap dihati.  Orang merantau ni kena kuat dari sudut dalaman, walaupun keluar juga air mata  sesekali.  Berdoalah selalu agar hati sentiasa tenang dan mendapat petunjuk dari Nya.


Thursday, October 06, 2016

Salam Ukhuwwah Dari Siti Mariam Morshidi

Teks: Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum wrt brt

Salam Keceriaan dan Selamat Berkenalan

Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana diberikan peluang dan kesempatan untuk mewujudkan blog Inspirasi Keluarga Sihat.  Saya merupakan surirumah sepenuh masa dan sangat berminat dengan dunia bisnes terutamanya dari rumah.  Dalam masa saya menulis ini,saya mengandungkan anak yang keenam dan ini menggambarkan tekad saya untuk berjuang dalam dunia blog.

Sebelum itu saya ingin memperkenalkan diri sedikit sebanyak tentang diri saya.  Saya dilahirkan di Kuching, Sarawak dan merupakan anak bongsu dari lapan adik beradik.  Pernah bersekolah rendah di SRK Abang Aing, Sri Aman, kemudian berpindah ke SRK Batu Lintang,Kuching.  Seterusnya, pendidikan sekolah menengah juga diteruskan di SMK Batu Lintang, Kuching.

Walaupun mendapat tawaran yang lain selepas SPM, saya meneruskan mencari ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Ekonomi (Ekonometrik).  Pengajian di universiti memang memerlukan keazaman dan disiplin yang tinggi.  Bidang pengkhususan yang saya pilih tidak ramai yang mahu kerana mungkin banyak bermain dengan rumus dan nombor.  Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya.

Di universiti juga saya bertemu jodoh dengan suami yang belajar di bidang undang-undang.  Beliau banyak mendidik saya erti kehidupan sebenar dalam mempraktikkan keluarga yang Islami.  Di rumah, kami saling bekerjasama untuk membuat kerja rutin di rumah.  Ketiadaan pembantu rumah membuatkan kami sekeluarga lebih berdikari.

Pada tahun 2009, saya mula berjinak-jinak dalam bisnes online.  Bisnes saya yang pertama ialah menjadi pembekal tudung labuh dan juga telekung solat.  Selepas hampir 6 tahun dalam bidang ini, saya mula berminat dalam bidang kesihatan.  Kecenderungan ini bermula apabila melihat mertua sakit kronik.Di situ saya, tersedar betapa kesihatan penting untuk dijaga sejak dari awal lagi.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengajak para surirumah untuk menambahkan pendapatan sendiri.  Kehidupan di era moden ini memerlukan pendapatan tambahan untuk keperluan seperti dalam bidang pendidikan yang terbaik,makanan yang berkhasiat dan kenderaan yang selesa.  Oleh itu, blog adalah salah satu cara yang mudah untuk menjadi medium promosi bisnes yang dijalankan.

Harapan dan azam saya ialah agar perkongsian saya di blog ini dapat dijadikan rujukan, iktibar dan panduan khususnya wanita di luar sana.  Ibu yang sihat mampu memberikan keceriaan dalam rumahtangga.

Terima Kasih buat yang sudi membaca

Wassalam

Siti Mariam Morshidi