Skip to main content

Tips Ringkas Bagi Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Yang Menghadapi Peperiksaan

Entri #7 : Tips Ringkas Bagi Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Yang Menghadapi Peperiksaan
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Pusat Pendidikan Islam An Nur Tahfiz,Austral

Assalammu'alaikum

Hari ini merupakan minggu peperiksaan buat anak-anak saya.  Bila anak-anak ada ujian, sebenarnya ibu bapa pun menghadapi pelbagai emosi termasuklah rasa risau, tekanan dan stress.  Tak senang duduk kita dibuatnya.  Itulah fitrah kita sebagai ibu bapa yang ingin melihat anak-anak kita berjaya.


Apa yang saya kongsikan disini adalah merupakan sedikit sebanyak pengalaman saya sebagai seorang ibu.

 1.  Mengatur Jadual Waktu Anak-anak

Jika anak-anak belum pandai lagi mengatur jadual waktu, kita sebagai ibu bapa perlulah mengatur jadual waktu harian mereka.   Waktu-waktu untuk melihat televisyen, bermain dan mengaji perlu diperhatikan. Jangan dibiarkan mereka sewenang-wenangnya menggunakan masa yang ada dengan perkara yang kurang berfaedah.  Semakin dekat dengan waktu peperiksaan semakin ketatlah jadual mereka.  Bukan bermakna tiada waktu rehat atau santai, tetapi jadual tersebut mestilah fleksibel supaya mereka tidak tertekan.  Ibu bapa mestilah kreatif dalam hal ini. Cuma,bila waktu peperiksaan sahaja ia agak ketat sedikit.


Jom gandakan usaha dan ilmu anak-anak.
2.  Membuat Persediaan Awal
Persediaan seperti alatulis dan kelengkapan lain perlulah diambil perhatian.  Tanyakan kepada anak-anak adakah pensel, pen, pembaris dan sebagainya masih elok untuk dipakai.  Jika belum, ibu bapa perlu prihatin untuk menyediakan semua ini mengikut kemampuan diri masing-masing.  Pastikan juga sehari sebelum peperikasaan, semuanya sudah diletak di dalam beg.  InsyaAllah anak-anak pun melangkah dengan yakin ke sekolah.

3. Tidur Awal
Walaupun mungkin ada rancangan yang kita gemari atau anak-anak suka, tidurlah lebih awal supaya boleh bangun dengan keadaan segar dan sihat.  Berkorbanlah sementara untuk anak-anak supaya menutup televisyen atau boleh jadi wi-fi dalam zaman sekarang.  Anak-anak akan melihat apa yang kita buat sebagai contoh dan teladan.  Disiplin kita; disiplinlah juga anak-anak.    

4. Doa dan Solat Hajat
Tiada lain tempat untuk kita bergantung kecuali kepada Allah semata-mata.  Luahkan rasa dan harapan kita dalam doa.  Semasa ibu bapa tengah bekerja pun sentiasa ulang doa di dalam hati.  Sebut nama mereka satu persatu semasa Solat Hajat.  Anak-anak juga seperti kita, ada rasa stress dan berdebar-debar ketika peperiksaan.  Elakkan juga meletakkan harapan terlalu tinggi.  Letaklah sasaran mengikut kemampuan mereka.  Misalnya, jika subjek tersebut dapat D, dorong anak untuk berusaha lebih gigih agar mendapat C atau B.  Jika mendapat A pun ia adalah satu bonus.

Cukuplah dahulu tips yang ringkas ini.  Alhamdulillah syukur, suami saya turut berperanan dalam menjayakan tips ini.  Saya pasti ibu bapa di luar sana lebih hebat dalam memastikan anak-anak berjaya.  Apa yang penting sentiasalah berdoa agar anak-anak kita berjaya di dunia dan juga di akhirat.  Moga ada manfaatnya entri kali ini buat kalian yang bergelar ibu bapa.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )

Entri #60 : Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Lazada dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Sudah pun memasuki 6 Ramadhan hari ini dan syukur masih diberi kesempatan untuk menambahkan amalan di bulan yang penuh dengan keberkatan.  Kali ini anak-anak bercuti dan cabarannya ialah melayani karenah anak-anak berpuasa dan juga yang tidak termasuklah meneruskan penyusuan sepenuhnya susu ibu untuk 'baby Arfan'.  Di samping memenuhkan masa mereka dengan aktiviti supaya tidak terlalu lalai menonton televisyen.

Salah satu aktiviti yang boleh kita libatkan mereka ialah menyediakan makanan untuk berbuka.  Tentu mereka semakin seronok dan bersemangat untuk berpuasa dan pasti meninggalkan memori yang indah buat mereka apabila sudah dewasa nanti.  Memang tidak rugi pun kerana selain daripada mempelajari ilmu memasak ia dapat menambah kasih sayang dan mengeratkan lagi hubungan kita sebagai ibu dan a…