Skip to main content

Aplikasi Android Pregnancy + : Perkembangan Bayi 25 Minggu

Entri #23 : Aplikasi Android Pregnancy + : Perkembangan Bayi 25 Minggu
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi


Assalammu'alaikum

Sebagai ibu perkara antara perkara yang bermain di mindanya ialah apakah bayi dalam kandungan sihat atau tidak.  Saya juga tidak terlepas dari perkara ini.  Alhamdulillah teknologi sekarang seperti 'ultrasound' memudahkan doktor memantau perkembangan bayi kita dalam kandungan.

Malah, ada banyak aplikasi di 'Playstore' boleh dimuat turun secara percuma di telefon bimbit.  Antara aplikasi yang saya gunakan ialah 'Pregnancy +'.  Aplikasi ini juga menawarkan maklumat yang lebih tetapi perlu dibayar.  Kelebihan aplikasi ini ialah ia memberitahu minggu kehamilan kita, anggaran saiz bayi mengikut minggu, tarikh temujanji di klinik dan yang seronoknya gambarnya yang cukup menarik bagi saya :-).

Pada minggu kehamilan yang ke-25 misalnya, berat bayi dianggarkan di antara 660-1000g dan panjangnya di antara 13-15 inci.  Ia digambarkan seperti saiz buah betik!

Aplikasi Pregnancy + 

Selain daripada itu, ia juga memberikan tips untuk kesihatan ibu dan beberapa isu yang berlaku di sepanjang kehamilan.  Hari ini isu yang dikongsikan ialah mengenai 'stretch marks'.  Antara yang dibincangkan ialah adakah ia berlaku kepada semua wanita yang mengandung, mengapa ia berlaku dan cara mengatasinya.  Bagi ibu yang mengandung, pastikan kulit tidak dibiarkan terlalu kering dan gunakan minyak dan losyen yang selamat supaya peluang untuk mendapat 'stretch marks' berkurangan.

Bagi wanita yang hamil di luar sana, bolehlah memuat turun aplikasi ini ya.  Keprihatinan kita mengenai kesihatan insyaAllah melahirkan bayi yang kuat dan sihat.


Mahu berpantang dengan ceria?Klik DI SINI

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )

Entri #60 : Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Lazada dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Sudah pun memasuki 6 Ramadhan hari ini dan syukur masih diberi kesempatan untuk menambahkan amalan di bulan yang penuh dengan keberkatan.  Kali ini anak-anak bercuti dan cabarannya ialah melayani karenah anak-anak berpuasa dan juga yang tidak termasuklah meneruskan penyusuan sepenuhnya susu ibu untuk 'baby Arfan'.  Di samping memenuhkan masa mereka dengan aktiviti supaya tidak terlalu lalai menonton televisyen.

Salah satu aktiviti yang boleh kita libatkan mereka ialah menyediakan makanan untuk berbuka.  Tentu mereka semakin seronok dan bersemangat untuk berpuasa dan pasti meninggalkan memori yang indah buat mereka apabila sudah dewasa nanti.  Memang tidak rugi pun kerana selain daripada mempelajari ilmu memasak ia dapat menambah kasih sayang dan mengeratkan lagi hubungan kita sebagai ibu dan a…