Wednesday, November 23, 2016

Hadiri Kelas Super Empowering di Alamesra

Entri #30 : Hadiri Kelas Super Empowering di Alamesra
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Kelas Super Empowering yang dianjurkan oleh Syarikat Redlife ini telah berlangsung di HQ Alamesra, Kota Kinabalu.  Ia diadakan pada 20 Disember 2016 (Ahad) yang lepas.  Perjalanan dari Putatan ke sana agak jauh dan ia memakan masa 40 minit jika jalan tidak sesak.

Perkongsian ilmu ini disampaikan oleh Tuan Razif, Pengarah Eksekutif Syarikat Redlife.  Antara perkara penting yang kami pelajari ialah :

  • hindari dari selalu berbuat alasan.  Kebanyakan alasan menghalang kejayaan kerana kita menangguhkan peluang untuk berjaya.
  • perbezaan Minda Miskin vs Minda Kaya.  Contohnya, rajin vs malas, sangka baik vs sangka buruk, rajin vs malas, impian besar vs tiada impian dan sabar vs marah.
  • sentiasa mencari kawan yang positif dan hindari mengumpat.
  • kita gagal kerana selalu fikir apa yang orang lain kata.
  • resepi kejayaan ialah 3S iaitu Sabar, Sanggup dan Sacrifice (Pengorbanan)
  • niat bisnes ialah untuk membantu orang lain BUKAN semata-mata nakkan kekayaan.
  • bisnes merapatkan ukhuwwah sesama insan, dari tak kenal menjadi kenal.

Pada sebelah petangya, kami didedahkan kepada cara bagaimana nak bermula bisnes, macam mana nak mencari prospek, pelan pemasaran syarikat, pelan bonus dan menggunakan kemudahan laman web syarikat untuk mendaftarkan ahli baru.  Bila dah dengar sendiri barulah senang nak faham.  Kalau sebelum ni masih lagi rasa kabur-kabur kata orang Sabah.

Bagi yang masih baru, peluang untuk menghadiri kelas sebegini janganlah dilepaskan.  Ia PERCUMA sahaja tanpa bayaran.  Antara perkara yang seronok juga ialah dapat merasa beberapa produk seperti minuman kopi, coklat dan capuccino juga tanpa bayaran.  Nanti saya kongsikan dalam entri yang akan datang, memang sedap rasanya👍.




No comments:

Post a Comment