Friday, November 04, 2016

Jangan Risau,Blog Kan Ada

Entri #19 : Jangan Risau, Blog Kan Ada
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalamualaikum

Hari ini cuaca cerah, jemuran di luar pun cepat kering Alhamdulillah.

Bagi seorang usahawan, pernah tak berlaku situasi seperti di bawah :
- Jual produk kepada keluarga, ditolak mentah-mentah
- Jual pada kawan, tiada respon dan bila ditanya pula senyap sunyi pula
- Jual di gerai pula, modal boleh hangus
- Nak buka kedai, bajet pula tidak mencukupi

Kecewa tak? Normal lah tu jika ada perasaan begini tapi jangan dibiarkan lama-lama, nanti memakan diri.

Jadi, solusinya apa? Apa kata kita bina blog. Blog ni percuma dan ia 'berkawan baik' dengan Google.
Cuma ia perlu ada usaha yang konsisten untuk menulis.  Dengan kata carian yang betul, memang ia membantu blog berada di halaman pertama
.
Satu lagi kelebihan blog ialah maklumat yang nak dikongsikan lebih banyak dan teratur berbanding facebook.  Label pun boleh diatur mengikut keutamaan.  Maklumat pun boleh tersimpan bertahun-tahun dan boleh digunakan semula.

Jika kita masukkan lagi aplikasi linkwithin, tajuk blog yang lama pun boleh muncul.  Bayangkan pembaca nak tahu mengenai masalah keputihan tetapi nampak pula produk kita yang boleh merawatnya, tidakkah ia satu keuntungan?

Blog juga menunjukkan kesungguhan kita sebagai usahawan untuk memberikan maklumat mengenai produk dan tips.  Pelanggan yang pertama kali nak mencuba produk kita pasti timbul rasa yakin nak membeli dari kita. Malah, bonusnya terus mahu turut serta sebagai ahli atau ejen.
Jadi, jangan kecewa dulu blog kan ada.  InsyaAllah niat kita berkongsi kebaikan hasilnya juga yang baik-baik.Jangan putus asa ya.

Testimoni Pad Lexee

Ingin mendapatkan pad Lexee pada harga borong?
Whatsapp/Telegram: 019 8382601 (Puan Mariam)

No comments:

Post a Comment