Tuesday, November 22, 2016

Pentingnya Tarikh Luput

Entri #29 : Pentingnya Tarikh Luput
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Belek-belek roti, tarikh luputnya 2 hari lagi.  Tak jadilah beli, nanti kejap sahaja dah tumbuh kulat.  Tengok lagi jenama lain roti, 4 hari lagi tarikh luput.  Yang ni elok dibeli supaya tak membazir.  Ini fenomena biasa bagi produk makanan.  Adanya tarikh luput ialah supaya kita sebagai pengguna mendapat makanan yang berkualiti dan tidak menjejaskan kesihatan.

Tapi, bagaimana pula tarikh luput pada tuala wanita?  Adakah ia sepenting produk makanan tadi?  Sebenarnya tuala wanita juga adalah produk yang diproses.  Walaupun dipek sebaik mungkin ia akan melalui suatu jangkamasa dan bahan didalamnya juga akan rosak.  Sama seperti produk makanan dalam tin, tepung dan mi, pembungkusannya sangat bagus tetapi ia akan rosak juga setelah beberapa tempoh kerana kehadiran bakteria tidak dapat dielakkan.

Jika anda sekalian perasan, tuala wanita di pasaran tidak diletakkan tarikh luput.  Tarikh luput sangat penting kerana tuala wanita yang tercemar boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kesihatan hanya dalam masa yang singkat.

Bagi tuala wanita Lexee, tempoh tarikh luputnya ialah selama 3 tahun.  Ia juga bermaksud jangka hayat ion negatif.  Selepas habis tempoh, kadar ion negatif telah berkurangan dan ia tidak lagi berfungsi melindungi rahim wanita.

Begitu juga pada lapisan keempat, iaitu polimer.  Selepas tarikh luput habis, ia boleh menimbulkan kegatalan dan keradangan pada kulit sebab bakteria sudah boleh membiak ! 😲 Salah satu punca penyakit keputihan, keradangan, kegatalan dan senggugut ialah penggunaan tuala wanita yang telah tercemar.

Tarikh Luput pada Tuala Wanita Lexee
Saranan saya, sebelum  membuat pembelian pastikan dahulu tarikh luputnya untuk mengelakkan mudarat pada rahim kita.  Semoga entri kali ini dapat membuka minda para wanita yang saya sayangi 💓.  Jom jaga aset wanita kita dari sekarang.



  • Ingin menambah pendapatan?
  • Ingin mendapatkan produk Lexee?
Whatsapp/Telegram: 019 838 2601 ( Puan Mariam )



2 comments:

  1. Bagusnya. Baru tahu pad pun kena semak tarikh luput.

    ReplyDelete
  2. Ya,Puan Zainab.Memang penting tarikh luput ni.Hati-hati membeli pad ya

    ReplyDelete