Wednesday, November 02, 2016

Tuala Wanita Overnight Use Lexee Membantu Ibu Ceria Di Masa Pantang

Entri #17 : Tuala Wanita Overnight Use Lexee Membantu Ibu Ceria Di Masa Pantang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Mengimbau kenangan semasa berpantang, saya teringat susah payah seorang ibu bukan setakat sakit semasa bersalin tetapi ia berterusan selepas itu.  Patutlah dalam masyarakat kita Melayu khasnya, penjagaan semasa dalam pantang amat PENTING untuk memastikan seorang ibu sihat sepenuhnya.

Dari aspek pemakanan memang amat dijaga supaya ibu tidak mudah terkena angin, sakit urat, bentan, tumpah darah, sembelit,meroyan dan luka di bahagian intim.  Bagi ibu yang bersalin normal, jahitan di bahagian intim adakalanya boleh terbuka semula jika tidak dijaga sebaiknya.  Perkara inilah antara yang ditakuti oleh para ibu.  Syukur, saya dijaga sepenuhnya oleh ibu mertua semasa dalam pantang.  Memang ibu mertua amat tegas dalam hal ini, malah jika saya berjalan agak laju dia akan menegur supaya beringat-ingat.  Pemakaian seperti stokin, barut dan minyak panas jangan sekali diabaikan.  Walaupun nampak leceh tapi kesan tidak mengamalkannya bukan dilihat masa sekarang tetapi ia boleh berlaku di masa tua nanti.  Itulah antara pesanan orang tua kita.  Saya pun pernah berjumpa seseorang yang tidak mengamalkan pantang bersalin dan dia sendiri mengingatkan agar berpantanglah supaya tak sakit-sakit macam dia alami sekarang.

InsyaAllah saya akan menulis entri khas pengalaman dalam pantang dalam entri yang lain selepas bersalin nanti.  Namun satu perkara yang ibu dalam pantang mudah lupa iaitu pemilihan tuala wanita sesuai semasa dalam pantang.  Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi mengenai ciri-ciri tuala wanita Overnight Use Lexee yang bagus untuk wanita bersalin.


  • Semasa dalam minggu pertama bersalin, kebanyakan wanita akan kerap dalam posisi baring. Potongan yang mengembang dan melebar di bahagian belakang akan menampung aliran darah nifas yang banyak.  Jadi, ibu-ibu tidak perlu berasa risau akan kebocoran, malah lebih selesa dan yakin.
  • Penyerapan 27 kali ganda pad ini malah bertahan hingga 12 jam (aliran sederhana) menjadikan para ibu lebih tenang dan dapat berehat lebih lama tanpa kerap ke tandas untuk menukar pad.
  • Selain itu, penyerapan pantas pad ini akan mengurangkan peluang bakteria membiak. Teknologi gel dan "Active Oxygen" yang ada pad ini menjadikan bahagian intim kita dijaga dengan BAIK. Ibu-ibu juga tidak akan merasa gatal dan tidak berbau hanyir semasa memakainya.
  • Teknologi Terapi Ion Negatif yang ada pad ini membantu merawat dan menguatkan otot-otot sekitar rahim yang telah bekerja keras semasa bersalin.  Luka di bahagian intim juga cepat sembuh
  • Penggunaan pad lexee ini amat menjimatkan kerana kita tidak perlu menukarnya berkali-kali.
  • Berbaloi untuk kesihatan kerana ia bukan sekadar menyerap tetapi ia merawat,menyembuh dan menceriakan pemakainya.  
  Ibu-ibu memang berhak mendapat yang TERBAIK memandangkan anda telah bertungkus lumus untuk melahirkan seorang insan di muka bumi ini.  Tuala wanita Lexee ini telah dipatenkan supaya tidak ada sebarang peniruan untuk mejaga kualiti produk.

Sekiranya anda ingin menjadi ahli seumur hidup produk Lexee,sila:
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 (Puan Mariam)

No comments:

Post a Comment