Monday, December 26, 2016

Braxton Hicks Di Fasa Akhir Kehamilan

Entri #37 : Braxton Hicks Di Fasa Akhir Kehamilan
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Di fasa trimester ketiga ini, saya sudah mula merasakan kontraksi Braxton Hicks ( BH ) atau kontraksi palsu.  Walaupun palsu ia masih menyebabkan rasa kesakitan terutamanya di bahagian perut dan ari-ari.  Perut rasa mengeras dan kekadang rasa sukar bernafas.  Sesetengah ibu tidak merasai kontraksi ini dan sesetengahnya pula akan merasainya seawal minggu yang ke 30.

Hikmah di sebalik kontraksi BH ini ialah ia melatih diri ibu agar bersedia dengan situasi sebenar bersalin nanti.  Tapi, apa bezanya dengan kontraksi sebenar nanti ?  Jom kita lihat secara umum perbandingan supaya tidak berlaku kekeliruan.

Kontraksi Braxton Hicks :

  • hanya berlaku beberapa kali sehari
  • kebiasaannya akan berhenti apabila si ibu melakukan aktiviti lain.Contohnya jika si ibu sedang berdiri, ia akan berhenti bila si ibu duduk.
  • tidak teratur
  • berlaku sekejap sahaja
  • tidak beritma
  • biasanya berlaku kurang dari 1 minit
Kontraksi Sebenar :
  • tahan lama
  • lebih teratur
  • lebih kerap
  • lebih menyakitkan
  • lebih panjang dan lebih berkala
Bagaimana nak mengurangkan kesakitan ketika berlaku Braxton Hicks?
Saya perasan apabila duduk terlalu lama, berjalan tanpa berehat, memandu kereta dan melakukan aktiviti rutin sebagai surirumah boleh menyebabkan berlakunya BH.  Saya cuba kurangkan kesakitan BH ini dengan meminum air mineral, berehat sebentar, bernafas dengan lebih dalam, mengusap-ngusap di bahagian perut sambil bercakap dengan bayi di dalam hati dan menukar aktiviti kepada yang lebih ringan.  Ada juga saranan supaya mandi air panas dapat mengurangkan BH.

Walaubagaimanapun jika berlaku;
  • pendarahan
  • lelehan yang melekit dan berdarah
  • sakit pinggang atau kekejangan
segeralah berjumpa dengan doktor untuk kepastian.  Ia mungkin petanda bahawa kalian akan bersalin.  Semoga artikel kali ini akan membantu diri saya dan ibu-ibu agar bertenang dan menikmati proses mengandung.



Ibu-ibu sudah mempunyai tuala wanita bersalin Lexee ?
Hubungi saya;
Whatsapp/Telegram  : 019 838 2601 ( Puan Mariam )



Thursday, December 15, 2016

Persediaan Bersalin Siri 2

Entri #36 : Persediaan Bersalin Siri 2
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Sudah 2 minggu berlalu cuti sekolah, rehat untuk anak-anak tetapi sibuk pula untuk umminya di rumah.  Walaupun begitu ada perkara yang boleh kita didik mereka lakukan di rumah yang mungkin di sekolah kurang ditekankan.  Aktiviti-aktiviti tersebut ialah seperti memasak, menyidai pakaian dan membersihkan bilik tidur.  Perkara seperti ini memang berkaitan dengan disiplin dan ia lebih mudah jika ia telah dibiasakan dari kecil.  Mungkin nampak seperti hal yang kecil tetapi percayalah ia akan menjadi kebiasaan bila sudah meningkat dewasa nanti.

Untuk siri kedua persediaan bersalin ini, ada dua perkara yang ingin saya tambahkan dari siri yang lepas.  Bukannya apa, untuk mengelakkan kelam kabut bila dah tiba masanya nanti.  Hati pun tenang bila dah lengkap segalanya.


Kain Batik
Saya lebih selesa berkain batik jika dalam pantang.  Bagi ibu-ibu yang lain saya tidak pasti, terpulang kepada keselesaan masing-masing.  Dengan berkain batik, ia memudahkan saya memakai barut atau bengkung, tidak panas dan mudah bila di tandas.  Kain batik pun ada pelbagai pilihan sama ada dari sudut jenama atau jahitan.  Ada yang sudah siap sedia dijahit dan ada juga yang belum. Malah, harganya pun berbeza-beza.  Ikutlah bajet masing-masing, jika nak pakai untuk jangka masa yang lama maka eloklah beli yang mahal sedikit.   Lagipun ia tahan luntur dan coraknya pun cantik.  Kain batik ini senang juga didapati di kedai-kedai biasa atau kedai kain.
  
Seluar Bersalin Mamapride


Seluar Bersalin Mamapride
Saya sangat bersyukur apabila seluar bersalin ini diperkenalkan.  Saya tidak teragak-agak untuk membelinya kali ini kerana ia membantu wanita muslimah terutamanya agar bersalin dengan lebih yakin dan tidak perlu membuka bahagian aurat yang tidak perlu.  Seluarnya boleh dipakai banyak kali dan tiada pembaziran berlaku.  Seluar bersalin ini mempunyai bukaan di bahagian tengahnya dan boleh ditutup semula.  Saiz, corak dan warnanya pun ada banyak pilihan mengikut kegemaran masing-masing.  Seluar ini boleh dibeli secara online atau melalui pengedarnya di setiap negeri.  Walaubagaimanapun seluar ini hanya boleh digunakan untuk wanita yang bersalin secara normal.  

Perancangan rapi perlu dilakukan bersama pasangan masing-masing supaya ia berada dalam rangka bajet.  Para suami juga perlu menyokong emosi si isteri seperti selalu bertanya tentang keperluannya.  InsyaAllah saya akan lanjutkan lagi persediaan bersalin ke siri yang seterusnya.


Jika anda mencari tuala wanita bersalin yang berkualiti dan boleh merawat sekaligus,boleh hubungi :
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )
  




Wednesday, December 14, 2016

Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 3

Entri #35 : Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 3
Teks : Sumber dari Syarikat Redlife Sdn Bhd
Foto : Siti Mariam Morshidi

Soalan :
Macam mana rupa dan sifat keputihan yang bermasalah ?

Jawapan:
Keputihan terbahagi kepada 2 jenis :

  1. Keputihan Fisiologi : Normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit.  Ia berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum kitar haid.  Lelehan normal ini berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak gatal di bahagian faraj.  Lendir keluar sedikit, kadang-kadang banyak dan berbentuk cecair.
  2. Keputihan Patologi : Bersifat kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti keluar lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan faraj.
Keputihan fisiologi itu adalah NORMAL dan semua wanita sihat mengalaminya.Manakala, keputihan patalogi adalah TIDAK NORMAL dan ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman, bakteria atau kulat.

Penggunaan tuala wanita Lexee secara berterusan boleh membantu merawat keputihan yang tidak normal.


SOALAN :
Mengapa pelekat kiri dan kanan tuala wanita Lexee tak berapa kuat ?

JAWAPAN :
Faktor lekatan tuala wanita Lexee pada seluar dalam yang dipakai bergantung kepada 2 faktor iaitu :
  1. Pastikan seluar dalam yang dipakai dalam keadaan kering.
  2. Jenis fabrik seluar dalam juga mempengaruhi.  Fabrik dari kain kapas ( cotton ) LEBIH mudah melekat.  Fabrik dari polyster pula kurang melekat.
Semoga jawapan ini dapat membantu dan menjawab persoalan anda 😊


Wednesday, December 07, 2016

Persediaan Bersalin Siri 1

Entri #34 : Persediaan Bersalin Siri 1
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Masa berlalu pantas, seperti dalam mimpi sudah pun masuk trimester 3.  Patutlah pinggang semakin sakit, nak tidur mengiring ke kiri pun salah ke kanan pun salah.  Tidur pun rasa kurang lena dan tak cukup.  Adakala mata rasa seakan 'mata panda' bila bangun pagi.  Rupanya inilah yang dialami lebih separuh wanita yang mengandung.  Ini bermakna saya tidak keseorangan dalam hal ini 😊.

Untuk persediaan bersalin saya sudah membeli secara sedikit demi sedikit supaya tidaklah terlalu beban bila dah sampai masanya nanti.  Baju bayi pula saya tidak membelinya terlalu banyak kerana baju abang dan kakaknya masih ada, hanya tinggal untuk basuh sahaja nanti.  Tidak dinafikan baju bayi yang comel membuatkan saya teruja dan geram dibuatnya.  Fitrah wanita agaknya 😂. Warna baju pula saya belikan yang umum seperti warna putih, kuning dan hijau.  Untuk anak perempuan pun boleh, anak lelaki pun boleh.  Anak-anak pula asyik meneka-neka jantina adiknya.  Maaflah, saya merahsiakan hinggalah tiba masanya nanti ya.  Sabar-sabar dulu semua.

Inilah persediaan untuk saya bersalin buat masa ini yang belum lagi lengkap.

Set Bersalin Afiat
Saya pernah menggunakan set ini semasa bersalin anak yang ketiga.  Apa yang saya suka set bersalin ini ialah aroma gel mandian serai wanginya yang menyegarkan.  Selain daripada itu, pil dan makjunnya pun mudah, hanya telan sahaja.  Boleh dikatakan lengkap jika kita membelinya dalam bentuk set.  Cuma kali ini saya membelikan ekstra gel mandian serai wangi sebab sebotol tidak mencukupi semasa saya bersalin anak ketiga dulu.  Set ini saya beli secara online bersama dengan kawan yang bakal bersalin bulan yang sama iaitu bulan Februari.
Dalam satu kotak set ini terdapat :


  • Bedak Hangat Afiat
  • Pil Jamu Afiat
  • Makjun Bawang Putih
  • Minyak Afiat
  • Akar Kayu Periuk Afiat
  • Barut Afiat
  • Tali Pembentan Afiat
  • Pati Afiat Balm
  • Feminine Care
  • Gel Mandian Serai Wangi
Bengkung Berzip Danita

Bengkung Berzip Danita

Sebenarnya saya sendiri dah ada dua set bengkung dijahit sendiri.  Tapi kali ini saya belikan bengkung ini kerana direka dengan tambahan zip supaya mudah semasa di tandas nanti.  Malah untuk memasangnya sendiri pun nampak agak tidak cerewet seperti bengkung biasa.  Ini sekadar pemerhatian sahaja sebab belum lagi ada pengalaman.  Bengkung ini juga saya beli secara online.

Tuala Wanita Lexee
Tuala Wanita Lexee yang mempunyai ion negatif untuk membasmi kuman dan bakteria

Persediaan tuala wanita juga sepenting menjaga pemakanan.  Minggu-minggu pertama kebiasaannya banyak berbaring, darah nifas juga banyak dan luka jahitan pun masih terasa sakit.  Jadi, yang sesuai ialah tuala wanita Lexee jenis Overnight sebab potongannya yang lebar di bahagian belakang.  Jika dah berkurang barulah tuala wanita jenis Day Use digunakan.  Pantiliner pula digunakan bila darah nifas dah hampir kering.

Rujuk dan klik di sini untuk info lebih lanjut:
Semoga entri kali ini membawa manfaat buat semua.  Kebanyakannya adalah berdasarkan pengalaman berpantang kelima-lima anak sebelum ini.


Nak guna tuala wanita Lexee untuk berpantang?
Whatsapp/Telegram ke 019 838 2601  ( Puan Mariam )
InsyaAllah saya cuba bantu 





Monday, December 05, 2016

Tips Cucian Mudah Tuala Wanita Lexee

Entri #33 : Tips Cucian Mudah Tuala Wanita Lexee
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum

Secara fitrah semua kita sukakan kebersihan sama ada dari sudut bau yang wangi dan juga dari sudut pakaian yang bersih termasuklah pakaian dalam.  Tuala wanita yang telah dipakai hendaklah dibuang ke tempat yang sepatutnya tetapi sebelum itu, ia haruslah dibersihkan terlebih dahulu.  Tuala wanita yang tidak dicuci boleh menimbulkan bau yang kurang menyenangkan dan menimbulkan rasa kurang selesa.

Tuala wanita Lexee amat mudah diurus, kerana gelnya tidak menyumbatkan lubang tandas.

Ikuti cara mudah dan langkah demi langkah membasuh tuala wanita Lexee :

  1. Koyakkan hujung tuala wanita di bahagian atas dan bawah.
  2. Halakan salah satu hujung tuala wanita tadi ke lubang tandas.
  3. Semburkan air masuk ke dalam tuala wanita tadi hingga keluar isi pad ( gel ).
  4. Sarung yang tertinggal tadi basuhkan dahulu dan seeeloknya dilipat atau digulung dahulu sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

 
Halakan hos ke dalam pad


Baik, selesai sudah tugas dan tak sampai pun 5 minit.  Mudah bukan ?  Tips ini boleh sahaja dikongsikan dengan anak-anak perempuan kita agar berasa amanah dengan kebersihan diri.


Ingin sebarkan kebaikan tuala wanita Lexee ? Jom jadi pengedar sah bersama saya.
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )