Tuesday, January 24, 2017

Saya Nak Jadi Pengedar Tuala Wanita Lexee Sekarang

Entri #41 : Saya Nak Jadi Pengedar Tuala Wanita Lexee Sekarang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum.

Alhamdulillah, ramai sudah wanita yang mendapat manfaat tuala wanita Lexee ini.  Boleh dikatakan tanpa Lexee, hidup seolah kurang lengkap kerana mereka sudah selesa dan menjadikan Lexee teman karib ke mana sahaja pergi !

Jadi apa kata anda terus sahaja mendaftar sebagai ahli untuk seumur hidup.  Selain mendapat keuntungan sehingga 70%, anda juga boleh mendapat kelebihan lain seperti networking usahawan dan bonus-bonus yang hebat.  Yang penting usaha yang berterusan tanpa jemu dari anda sendiri.

Berikut perbezaan antara harga ahli usahawan Redlife dan bukan ahli :

HARGA
PANTILINER
LEXEE
DAY USE LEXEE
OVERNIGHT USE LEXEE
AHLI
RM13
RM11
RM11
BUKAN AHLI
RM20
RM18
RM18

Terdapat 4 pilihan pakej dalam Syarikat Redlife yang boleh anda pilih :


PAKEJ 1: Pakej Pengguna ( Red Member )
Harga Pendaftaran          

RM 519.40
Diberi:
ü 10 pek Overnight Use
ü 10 pek Day Use
ü 10 pek Overnight Use

Juga dapat:
Ø Kad keahlian + 1 pakej nama dalam sistem

👉Potensi pendapatan sebulan :  

RM 10800

PAKEJ 2: Pakej Usahawan ( Red Pro )
Harga Pendaftaran             

 RM 1558.20
Diberi:
ü 30 pek Overnight Use
ü 30 pek Day Use
ü 30 pek Overnight Use

Juga dapat:
Ø Kad keahlian + 3 pakej nama dalam sistem
Ø Rebate terus      RM 60 ke dalam akaun Redlife anda
Ø Kelayakan bonus

👉Potensi pendapatan sebulan:       

RM 32400

PAKEJ 3: Pakej Usahawan ( Red Biz )
Harga Pendaftaran              

RM 3635.80
Diberi:
ü 70  pek Overnight Use
ü 70 pek Day Use
ü 70 pek Overnight Use

Juga dapat:
Ø Kad keahlian + 7 pakej nama dalam sistem
Ø Rebate terus RM 300 ke dalam akaun Redlife anda
Ø Kelayakan bonus

👉Potensi pendapatan sebulan:         

 RM 75600

PAKEJ 4: Pakej Jutawan ( Red Kiosk )
Harga Pendaftaran              

RM 5830
Diberi:
ü 100  pek Overnight Use
ü 100 pek Day Use
ü 100 pek Overnight Use

Juga dapat:
Ø Kad keahlian + 10 pakej nama dalam sistem
Ø Rebate terus      RM 420 ke dalam akaun Redlife anda
Ø Kelayakan bonus + Lesen “Key In”

👉Potensi pendapatan sebulan: 

UNLIMITED


Selain itu, antara bonus-bonus yang bakal diperoleh ialah :

  1. Bonus memperkenalkan ahli : RM 30 ( Pakej Pengguna/Red Member ), RM 90 ( Pakej Red Pro ), RM 210 ( Pakej Red Biz ) dan RM 360 ( Pakej Red Kiosk ).
  2. Bonus pasangan ( pairing ) : RM 60 bagi setiap rangkaian pasangan yang berlaku dalam hierarki keahliannya
  3. Bonus 6% jika ahli tajaan langsung membuat belian ulangan secara runcit atau harga ahli ( 50BV ke atas ).
  4. Bonus 10% dari pembelian peribadi ( 50 BV ke atas ).
Sekiranya anda meminati bisnes networking, apa kata daftar Pakej Red Kiosk terus.  Ini kerana anda bakal mendapat lebih banyak lagi keistimewaan :
  1. Dapat bonus kiosk sponsor kiosk  : sebanyak RM 500 terus ke akaun anda jika mendaftarkan ahli yang memilih pakej Kiosk
  2. Bonus Key In : RM 10 ( Pakej Red Member ), RM 30 ( Pakej Red Pro ), RM 70 ( Pakej Red Biz ) dan RM 100 ( Pakej Kiosk )
  3. Rebate belian
Bagaimanakah pendaftaran dilakukan?
  1. Pendaftaran ahli seumur hidup dilakukan di laman web www.goredlife.com secara online oleh saya ( Pn Mariam : 019 838 2601 ) atau ahli di bawah tajaan saya.
  2. Maklumat penting yang diperlukan ialah :
  • Nama / Nama Syarikat
  • Tarikh Lahir
  • Alamat
  • Nombor Kad Pengenalan/Nombor Pendaftaran Syarikat
  • Nombor Akaun Bank / Syarikat
  • Nama Bank
  • Cadangan nama Username
Panduan Pendaftaran Untuk Menjadi Pengedar Sah Lexee :


LANGKAH  1
Pilih Pakej Anda:
1. Pakej Red Member / Pengguna
2. Pakej Red Pro
3. Pakej Red Biz
4. Pakej Red Kiosk
LANGKAH 2
Buat Pembayaran berdasarkan Harga Pakej Pilihan anda dan lakukan transaksi ke akaun Syarikat Redlife Sdn Bhd sama ada melalui mesin ATM atau Pembayaran Online ke no akaun berikut :
Bank Syarikat : Maybank
No Akaun : 5070 9533 8224
Atas Nama : REDLIFE SDN BHD
Atau
Bank Syarikat : Public Bank
No. Akaun : 3127 651 208
Atas Nama : REDLIFE SDN BHD

Jika melalui pembayaran secara online,sila masukkan e-mel berikut : pn.sitimariammorshidi@gmail.com

Lakukan pembayaran ke akaun Syarikat bukan ke akaun saya.

LANGKAH 3
Sms / Whatsapp / Telegram  Bukti Pembayaran Anda kepada saya
Tarikh / masa / Jumlah wang / Kaedah bayaran
Contoh :120714 / 10:14 AM / RM1558.20 / ATM transfer@Online banking
Hantar ke 019 838 2601 ( Puan Mariam )






Thursday, January 19, 2017

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

  • Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya sudah disediakan, baju yang dibawa ini adalah untuk discaj keluar nanti.
  • Baju sejuk : Di hospital biasanya mempunyai penghawa dingin, pakailah supaya tidak terlalu kesejukan nanti.
  • Stokin tebal : Fungsinya sama dengan baju sejuk, ia melindungi kaki daripada kesejukan.  Lagipun elok dipakai selepas bersalin supaya tidak masuk angin.  Sekiranya menunggu masa bersalin, stokin inipun boleh digunakan untuk solat.
  • Tudung jenis sarung : Tak perlu yang berfesyen sangat.  Cukuplah untuk melindungi aurat kita.
  • Seluar bersalin Mamapride : Yang ini sudah saya terangkan pada entri yang lepas kegunaannya.
  • Kain Batik : Boleh digunakan selepas bersalin nanti.
  • Bra menyusu untuk penyusuan : Memudahkan si ibu menyusukan anak 
  • Seluar dalam khas untuk selepas bersalin : Memudahkan pergerakan ibu dan menukar tuala wanita dalam keadaan selesa.
  • Tuala wanita bersalin : Sudah tentu saya pakai tuala wanita Overnight jenama Lexee 😉
  • Toiletteries : Ubat gigi, berus gigi, sikat rambut dan sabun seadanya.  Tak perlu bawa yang besar.  Sekiranya ada sabun hotel yang comel-comel tu, gunakan saja.  Tak perlu membazir beli yang baru.  Selain itu, bawakan juga tuala yang sederhana besar untuk kegunaan di sana nanti.
  • Mini telekung : Selagi belum bersalin dan kita masih larat, solatlah mengikut keadaan kita.  Jika tak mampu berdiri, duduk atau berbaringlah.  InsyaAllah semakin kita dekat pada Allah, semakin mudah kita bersalin.
  • Beg plastik besar : Untuk diletakkan baju kotor dan mengelakkan bercampur dengan barangan atau pakaian yang masih elok.
  • Buku rawatan klinik : Buku ini biasanya dimasukkan sebelum ke hospital.  Buku ini sangat PENTING untuk dibawa.Ada yang memanggil buku ini buku pink.
  • Powerbank telefon bimbit : Biasanya di hospital tidak dibenarkan mencas.  Bawalah ia supaya mudah kita berhubung dan mengelakkan kita terputus hubungan dengan keluarga.
  • Bengkung bersalin : Biasanya saya gunakan bila sudah dibenarkan discaj.  Saya dapat berjalan dengan selesa bila menggunakan bengkung.
  • Minyak angin : Mungkin boleh digunakan bila berasa pening atau lenguh-lenguh di badan.  Pilihlah botol yang kecil supaya mudah dibawa.
  • Untuk yang bersalin ke hospital kerajaan, asingkan juga di dalam plastik khas yang mengandungi : seluar dalam yang sesuai dan tuala wanita bersalin untuk di bawa ke Bilik Bersalin ( Labour Room ).  Sebaiknya labelkan plastik tersebut supaya jururawat mudah nampak.  Biasanya jururawat akan bertanya dan lebih menggalakkan kita menggunakan barang sendiri kerana tuala wanita di hospital adalah jenis yang bertali.
Beg Bersalin

B.  Untuk Bayi :
  • Lampin pakai buang : Elok bawa paket yang kecil.  Boleh juga belikan khas untuk 'Newborn' dan mempunyai satu ruang kosong untuk keselesaan pusat bayi.  Maksudnya bahagian depan diaper tersebut sudah dipotong siap-siap supaya tidak terkena bahagian pusat bayi yang sensitif dan belum tanggal.  Saya gunakan jenama Pet Pet kali ini.
  • Baju dan seluar tiga pasang : Bagi saya baju bayi yang berbutang di depan lebih memudahkan.  Baju bayi jenis romper atau jumper pun bagus.  Ikutlah kesukaan ibu masing-masing.  Nak bawa lebih pun tiada masalah.
  • Kain bedung : Biasa saya bawa dua helai sahaja.  Saya bawakan bedung jenis strap, jadi tak perlu pening nak 'adjust' sana sini 😊.
  • Tuala Mandi : Dua helai dah memadai bagi saya.    
  • Tuala kecil : Digunakan untuk lap lelehan susu di mulut bayi.  Boleh bawa 2-3 helai sebab bayi ni kuat juga muntah.
  • Tisu basah :  Boleh bawa 2 pek yang sederhana.  Kebiasaannnya di hospital, si ibu tak berapa kuat lagi untuk basuh bayi di sinki.  Tisu basah amat membantu.  Bagi yang kurang suka menggunakan tisu basah, saya cadangkan bawa botol spray yang kecil yang diisi dengan air dan tisu tandas untuk lap punggung bayi.
  • Stokin dan sarung tangan : Bawalah 3 pasang untuk kegunaan di hospital.
  • Minyak angin untuk bayi atau minyak telon : Boleh disapu pada bayi untuk mengelakkan kembung perut.  
  • Topi bayi : Melindungi bahagian ubun-ubun bayi yang masih lembut.
  • Losyen dan mandian bayi : Bawa yang jenis kecil supaya mudah diletakkan dalam beg.
  • Seperti juga untuk ibu tadi, asingkan juga di dalam plastik khas dilabelkan yang mengandungi : sepasang baju dan seluar bayi, sepasang sarung tangan dan stokin bayi, 2-3 keping diaper, bedung dan topi bayi untuk di bawa ke Bilik Bersalin ( Labour Room ).  
Plastik khas yang telah dilabelkan

Lampin pakai buang khas untuk bayi baru lahir dan mempunyai kelebihan untuk keselesaan untuk pusat bayi

BARANG LAIN YANG JUGA PENTING :
  • Termos : Digunakan untuk meletakkan air panas.  Biasanya air panas berada di luar bilik, jadi dengan adanya termos, kita tak perlu ulang alik keluar untuk minum.  Boleh pesan suami untuk membantu menyediakannya
  • Minuman segera seperti 3 dalam 1
  • Biskut atau bubur segera
  • Kurma untuk tenaga.
  • Sebotol air mineral
Semoga proses bersalin saya dan ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran kali ini dipermudahkan Nya.  Sekiranya kalian sukakan artikel ini, silakan kongsi dengan rakan anda di media sosial.


Koleksi TESTIMONI tuala wanita Lexee, SILAKAN klik: DI SINI

Thursday, January 12, 2017

7 Kelebihan Blog Sebagai Medium Pemasaran Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Entri #39 : 7 Kelebihan Blog Sebagai Medium Pemasaran Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Sudah memasuki tahun 2017 ini adakah kalian masih menggunakan medium facebook sebagai cara nak buat duit ?  Atau masih menggunakan medium whatsapp untuk mendapatkan 'sales' ?  Jika jawapannya YA, anda bukanlah keseorangan dalam hal ini kerana memang ramai dalam situasi yang sama.

Saya tidak mengatakan ia adalah salah tetapi apa kata tahun ini kita tambah satu lagi saluran yang HEBAT juga iaitu melalui medium blog.Sebelum itu, mari kenali apa itu blog.  Blog ialah sebutan yang ringkas bagi Weblog.  Blog ialah sebuah laman web tetapi ia menggunakan perisian yang telah diformat dan membolehkan sesiapa sahaja menggunakannya tanpa memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam.¹

Blog juga merupakan salah satu cara 'soft selling' yang kurang menyakitkan hati ❤ bakal atau pelanggan anda.  Maklumat pula nampak lebih tersusun dan profesional.

Perbandingan medium pemasaran lain berbanding medium blog :

  1. Jika anda menggunakan 'group' iklan sama ada di whatsapp,telegram atau facebook.  Boleh jadi iklan anda akan tenggelam jika ia kurang menarik atau tidak mendapat respon dari pelanggan.  Pengiklan pula terlalu ramai hingga tidak sempat pun pelanggan melihatnya.
  2. Jika anda menggunakan medium facebook peribadi pula ada kemungkinan kawan-kawan pun mula muak dan 'unfriend' anda jika tak kena caranya.  Sedihnya bila kawan-kawan buat begitu bukan?
  3. Jika anda menggunakan 'facebook page' atau fanpage boleh jadi yang nak LIKE pun terlalu sedikit.  Nak tak nak kena belajar FBads dan ianya adalah berbayar.  Pengiklanan berbayar pula jika tak kena duit kita boleh hangus kerana pelanggan tidak berkenan atau kesilapan teknikal boleh terjadi contohnya salah 'setting' sasaran pembeli.
  4. Jika anda menggunakan pemasaran e-mel atau autoreponder pula, yang selalu berlaku ialah pelanggan tidak memperdulikan e-mel yang dikirim.  Malah mungkin malas nak buka sebab terlalu banyak e-mel yang masuk ke dalam akaun mereka.
  5. Jika menggunakan pemasaran melalui instagram pastikan kamera telefon bimbit anda adalah yang terbaik.  Ini kerana gambar yang kurang jelas boleh menyebabkan pelanggan mendapat maklumat yang kurang tepat.
Kelebihan lain medium blog sebagai medium pemasaran:
  1. Pelanggan yang mencari anda berdasarkan carian di Google.  Ya, bukannya kita yang terhegeh-hegeh dan penat nak cari pelanggan.  Contohnya, cuba klik tuala wanita Lexee atau Akademi Bekerja Di Rumah.  Lihat apa yang keluar 😉.
  2. Membantu meletakkan kedudukan kita sebagai pemilik bisnes, perniagaan atau produk di depan prospek.
  3. Anda akan nampak pakar atau boleh dipercayai di dalam sesuatu bidang atau perniagaan.  Bila pelanggan dah mula percaya, urusan seperti urusniaga lebih mudah.
  4. Blog membenarkan kita memperkenalkan sesuatu produk atau servis dengan lebih giat dan kita dapat memberi penekanan mengapa ia diperlukan tanpa rasa dipaksa.
  5. Maklumat lebih mudah diperolehi kerana ia mengandungi pautan atau 'link' kepada sumber maklumat yang lain dari blog asal.
  6. Artikel yang disiarkan di blog juga selamat dan tidak hilang.  Jika anda gunakan medium lain, nak skrol pun pening.
  7. Anda boleh membuat 'sales' berulang-ulang kali jika artikel itu masih wujud di blog anda.  Tak perlu 'copy paste' ayat iklan banyak kali.
Kesimpulannya, saya harap anda dapat memanfaatkan medium blog untuk pemasaran kali ini.  Sekiranya berminat untuk belajar membuat blog, blogshop atau penulisan yang berkualiti apa kata anda sertai Akademi Bekerja Di Rumah ( ABDR ).  Anda akan dibimbing secara online oleh guru yang mahir.

Akademi Bekerja Di Rumah ( ABDR )

Promosi E-Book sila klik:DI SINI

Hubungi saya:
E-Mel : pn.sitimariammorshidi@gmail.com
Whatsapp/Telegram: 019 838 2601

¹Rujukan :Blogger Blog Blogging Untuk Semua; Rosli Jamal; Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd; Februari 2007


Wednesday, January 04, 2017

Membina Blog Yang Berpengaruh Dengan Akademi Bekerja Di Rumah ( ABDR )

Entri #38 ; Membina Blog Yang Berpengaruh Dengan Akademi Bekerja Di Rumah ( ABDR )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada pembaca blog ini.  Bermula sudah rutin surirumah dan para ibu untuk menguruskan anak-anak ke sekolah.  Semoga usaha dan perbelanjaan kita digantikan dengan mendapat anak-anak yang soleh dan berakhlak mulia.  Pada masa cuti sekolah yang lepas saya akur untuk menulis entri baru di blog agak mencabar dengan anak-anak di sekeliling.  Oleh itu saya memilih untuk menumpukan perhatian kepada mereka dan cuba sedaya upaya mencari ruang untuk menulis.

Untuk membina blog yang menjadi tumpuan dan berpengaruh dan bermanfaat sebenarnya tidaklah mudah.  Sebab itulah saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah untuk belajar dan menulis dengan niat untuk memperbaiki diri.  Walaupun saya dah biasa dengan beberapa perkara teknikal  'berblogging' tapi saya agak lemah dalam bidang penulisan.  Oleh itu saya tidak teragak-agak untuk mengambil pakej belajar blog dan penulisan sekaligus.  Saya hanya belajar secara online dengan guru yang telah dilantik iaitu Puan Aishah Hussein.  Walaupun masa tidak ditetapkan iaitu mengikut masa yang terluang, sudah pasti saya sebagai pelajar perlu serius untuk menghabiskan tugasan yang diberikan iaitu menyiapkan sebanyak 44 entri blog.

Kami diajar untuk menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan sebarang kesilapan dari sudut tatabahasa, koma, huruf besar atau kecil juga dititikberatkan.  Blog yang caca marba memberikan gambaran yang kurang bagus.  Dalam masa yang sama ia masih mengekalkan penulisan yang bersahaja, santai dan paling penting dari hati !  Pengalaman setiap orang bukankah  SANGAT UNIK 😍.

Gambar di bawah menunjukkan satu entri yang popular di blog saya.  Hanya konsisten menulis lebih kurang 3 bulan, entri berbentuk tips buat ibu bapa merupakan entri yang paling banyak dibaca.  Yang kedua pula ialah berkenaan dengan pantiliner Lexee.  Dengan blog, kita dapat menukar pembaca menjadi pelanggan.  Bayangkan 100 orang yang membaca dan bertukar menjadi pelanggan selepas itu.

Entri Blog Yang Popular


Dua lagi kelebihan bergabung dengan ABDR ( pakej Blog dan Penulisan ) ialah :

  • PERCUMA 10 E-Book yang hebat 
  • Layak menjadi Rakan niaga / Pengurus Online ABDR
Harga sebuah e-book ialah RM 50,tetapi dengan menyertai pakej ini seronoknya dapat percuma.  Ilmu pun dapat.

Kebetulan bulan ini ( Januari 2017 ) terdapat promosi 3 E-Book dengan harga hanya RM 50.  Jom kita surirumah baca ketiga-tiga e-book ini untuk motivasi agar bersemangat selalu.  Malah, yang berimpian untuk menjadi surirumah amatlah digalakkan 👍.  Untuk menempah atau mengetahui butiran lanjut mengenai ABDR sila e-melkan ke : pn.sitimariammorshidi@gmail.com atau whatsapp/telegram ke 019 838 2601



Promosi  Januari 2017
RM 50 untuk 3 E-Book