Skip to main content

Membina Blog Yang Berpengaruh Dengan Akademi Bekerja Di Rumah ( ABDR )

Entri #38 ; Membina Blog Yang Berpengaruh Dengan Akademi Bekerja Di Rumah ( ABDR )
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada pembaca blog ini.  Bermula sudah rutin surirumah dan para ibu untuk menguruskan anak-anak ke sekolah.  Semoga usaha dan perbelanjaan kita digantikan dengan mendapat anak-anak yang soleh dan berakhlak mulia.  Pada masa cuti sekolah yang lepas saya akur untuk menulis entri baru di blog agak mencabar dengan anak-anak di sekeliling.  Oleh itu saya memilih untuk menumpukan perhatian kepada mereka dan cuba sedaya upaya mencari ruang untuk menulis.

Untuk membina blog yang menjadi tumpuan dan berpengaruh dan bermanfaat sebenarnya tidaklah mudah.  Sebab itulah saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah untuk belajar dan menulis dengan niat untuk memperbaiki diri.  Walaupun saya dah biasa dengan beberapa perkara teknikal  'berblogging' tapi saya agak lemah dalam bidang penulisan.  Oleh itu saya tidak teragak-agak untuk mengambil pakej belajar blog dan penulisan sekaligus.  Saya hanya belajar secara online dengan guru yang telah dilantik iaitu Puan Aishah Hussein.  Walaupun masa tidak ditetapkan iaitu mengikut masa yang terluang, sudah pasti saya sebagai pelajar perlu serius untuk menghabiskan tugasan yang diberikan iaitu menyiapkan sebanyak 44 entri blog.

Kami diajar untuk menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan sebarang kesilapan dari sudut tatabahasa, koma, huruf besar atau kecil juga dititikberatkan.  Blog yang caca marba memberikan gambaran yang kurang bagus.  Dalam masa yang sama ia masih mengekalkan penulisan yang bersahaja, santai dan paling penting dari hati !  Pengalaman setiap orang bukankah  SANGAT UNIK 😍.

Gambar di bawah menunjukkan satu entri yang popular di blog saya.  Hanya konsisten menulis lebih kurang 3 bulan, entri berbentuk tips buat ibu bapa merupakan entri yang paling banyak dibaca.  Yang kedua pula ialah berkenaan dengan pantiliner Lexee.  Dengan blog, kita dapat menukar pembaca menjadi pelanggan.  Bayangkan 100 orang yang membaca dan bertukar menjadi pelanggan selepas itu.

Entri Blog Yang Popular


Dua lagi kelebihan bergabung dengan ABDR ( pakej Blog dan Penulisan ) ialah :

  • PERCUMA 10 E-Book yang hebat 
  • Layak menjadi Rakan niaga / Pengurus Online ABDR
Harga sebuah e-book ialah RM 50,tetapi dengan menyertai pakej ini seronoknya dapat percuma.  Ilmu pun dapat.

Kebetulan bulan ini ( Januari 2017 ) terdapat promosi 3 E-Book dengan harga hanya RM 50.  Jom kita surirumah baca ketiga-tiga e-book ini untuk motivasi agar bersemangat selalu.  Malah, yang berimpian untuk menjadi surirumah amatlah digalakkan 👍.  Untuk menempah atau mengetahui butiran lanjut mengenai ABDR sila e-melkan ke : pn.sitimariammorshidi@gmail.com atau whatsapp/telegram ke 019 838 2601



Promosi  Januari 2017
RM 50 untuk 3 E-Book 








Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )

Entri #60 : Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Lazada dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Sudah pun memasuki 6 Ramadhan hari ini dan syukur masih diberi kesempatan untuk menambahkan amalan di bulan yang penuh dengan keberkatan.  Kali ini anak-anak bercuti dan cabarannya ialah melayani karenah anak-anak berpuasa dan juga yang tidak termasuklah meneruskan penyusuan sepenuhnya susu ibu untuk 'baby Arfan'.  Di samping memenuhkan masa mereka dengan aktiviti supaya tidak terlalu lalai menonton televisyen.

Salah satu aktiviti yang boleh kita libatkan mereka ialah menyediakan makanan untuk berbuka.  Tentu mereka semakin seronok dan bersemangat untuk berpuasa dan pasti meninggalkan memori yang indah buat mereka apabila sudah dewasa nanti.  Memang tidak rugi pun kerana selain daripada mempelajari ilmu memasak ia dapat menambah kasih sayang dan mengeratkan lagi hubungan kita sebagai ibu dan a…