Thursday, January 19, 2017

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

  • Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya sudah disediakan, baju yang dibawa ini adalah untuk discaj keluar nanti.
  • Baju sejuk : Di hospital biasanya mempunyai penghawa dingin, pakailah supaya tidak terlalu kesejukan nanti.
  • Stokin tebal : Fungsinya sama dengan baju sejuk, ia melindungi kaki daripada kesejukan.  Lagipun elok dipakai selepas bersalin supaya tidak masuk angin.  Sekiranya menunggu masa bersalin, stokin inipun boleh digunakan untuk solat.
  • Tudung jenis sarung : Tak perlu yang berfesyen sangat.  Cukuplah untuk melindungi aurat kita.
  • Seluar bersalin Mamapride : Yang ini sudah saya terangkan pada entri yang lepas kegunaannya.
  • Kain Batik : Boleh digunakan selepas bersalin nanti.
  • Bra menyusu untuk penyusuan : Memudahkan si ibu menyusukan anak 
  • Seluar dalam khas untuk selepas bersalin : Memudahkan pergerakan ibu dan menukar tuala wanita dalam keadaan selesa.
  • Tuala wanita bersalin : Sudah tentu saya pakai tuala wanita Overnight jenama Lexee 😉
  • Toiletteries : Ubat gigi, berus gigi, sikat rambut dan sabun seadanya.  Tak perlu bawa yang besar.  Sekiranya ada sabun hotel yang comel-comel tu, gunakan saja.  Tak perlu membazir beli yang baru.  Selain itu, bawakan juga tuala yang sederhana besar untuk kegunaan di sana nanti.
  • Mini telekung : Selagi belum bersalin dan kita masih larat, solatlah mengikut keadaan kita.  Jika tak mampu berdiri, duduk atau berbaringlah.  InsyaAllah semakin kita dekat pada Allah, semakin mudah kita bersalin.
  • Beg plastik besar : Untuk diletakkan baju kotor dan mengelakkan bercampur dengan barangan atau pakaian yang masih elok.
  • Buku rawatan klinik : Buku ini biasanya dimasukkan sebelum ke hospital.  Buku ini sangat PENTING untuk dibawa.Ada yang memanggil buku ini buku pink.
  • Powerbank telefon bimbit : Biasanya di hospital tidak dibenarkan mencas.  Bawalah ia supaya mudah kita berhubung dan mengelakkan kita terputus hubungan dengan keluarga.
  • Bengkung bersalin : Biasanya saya gunakan bila sudah dibenarkan discaj.  Saya dapat berjalan dengan selesa bila menggunakan bengkung.
  • Minyak angin : Mungkin boleh digunakan bila berasa pening atau lenguh-lenguh di badan.  Pilihlah botol yang kecil supaya mudah dibawa.
  • Untuk yang bersalin ke hospital kerajaan, asingkan juga di dalam plastik khas yang mengandungi : seluar dalam yang sesuai dan tuala wanita bersalin untuk di bawa ke Bilik Bersalin ( Labour Room ).  Sebaiknya labelkan plastik tersebut supaya jururawat mudah nampak.  Biasanya jururawat akan bertanya dan lebih menggalakkan kita menggunakan barang sendiri kerana tuala wanita di hospital adalah jenis yang bertali.
Beg Bersalin

B.  Untuk Bayi :
  • Lampin pakai buang : Elok bawa paket yang kecil.  Boleh juga belikan khas untuk 'Newborn' dan mempunyai satu ruang kosong untuk keselesaan pusat bayi.  Maksudnya bahagian depan diaper tersebut sudah dipotong siap-siap supaya tidak terkena bahagian pusat bayi yang sensitif dan belum tanggal.  Saya gunakan jenama Pet Pet kali ini.
  • Baju dan seluar tiga pasang : Bagi saya baju bayi yang berbutang di depan lebih memudahkan.  Baju bayi jenis romper atau jumper pun bagus.  Ikutlah kesukaan ibu masing-masing.  Nak bawa lebih pun tiada masalah.
  • Kain bedung : Biasa saya bawa dua helai sahaja.  Saya bawakan bedung jenis strap, jadi tak perlu pening nak 'adjust' sana sini 😊.
  • Tuala Mandi : Dua helai dah memadai bagi saya.    
  • Tuala kecil : Digunakan untuk lap lelehan susu di mulut bayi.  Boleh bawa 2-3 helai sebab bayi ni kuat juga muntah.
  • Tisu basah :  Boleh bawa 2 pek yang sederhana.  Kebiasaannnya di hospital, si ibu tak berapa kuat lagi untuk basuh bayi di sinki.  Tisu basah amat membantu.  Bagi yang kurang suka menggunakan tisu basah, saya cadangkan bawa botol spray yang kecil yang diisi dengan air dan tisu tandas untuk lap punggung bayi.
  • Stokin dan sarung tangan : Bawalah 3 pasang untuk kegunaan di hospital.
  • Minyak angin untuk bayi atau minyak telon : Boleh disapu pada bayi untuk mengelakkan kembung perut.  
  • Topi bayi : Melindungi bahagian ubun-ubun bayi yang masih lembut.
  • Losyen dan mandian bayi : Bawa yang jenis kecil supaya mudah diletakkan dalam beg.
  • Seperti juga untuk ibu tadi, asingkan juga di dalam plastik khas dilabelkan yang mengandungi : sepasang baju dan seluar bayi, sepasang sarung tangan dan stokin bayi, 2-3 keping diaper, bedung dan topi bayi untuk di bawa ke Bilik Bersalin ( Labour Room ).  
Plastik khas yang telah dilabelkan

Lampin pakai buang khas untuk bayi baru lahir dan mempunyai kelebihan untuk keselesaan untuk pusat bayi

BARANG LAIN YANG JUGA PENTING :
  • Termos : Digunakan untuk meletakkan air panas.  Biasanya air panas berada di luar bilik, jadi dengan adanya termos, kita tak perlu ulang alik keluar untuk minum.  Boleh pesan suami untuk membantu menyediakannya
  • Minuman segera seperti 3 dalam 1
  • Biskut atau bubur segera
  • Kurma untuk tenaga.
  • Sebotol air mineral
Semoga proses bersalin saya dan ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran kali ini dipermudahkan Nya.  Sekiranya kalian sukakan artikel ini, silakan kongsi dengan rakan anda di media sosial.


Koleksi TESTIMONI tuala wanita Lexee, SILAKAN klik: DI SINI

No comments:

Post a Comment