Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair: Blogger Contest

Entri #48 : Lazada Malaysia Big Baby Fair : Blogger Contest
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Lazada

Alhamdulillah

Semalam semasa mencari sesuatu di Google, saya ternampak peraduan untuk blogger dan ditaja oleh pusat membeli-belah terkemuka iaitu Lazada.  Terujanya saya nak mencuba, sampai dijadikan 'to-do-list' hari ini, mana lah tahu rezeki 'baby' Arfan kan.  'Contest' ni bermula 27 Mac hingga 2 April 2017 ( 11.59 pm ) sahaja.  Hadiahnya berupa baucer sebanyak RM 500 untuk 6 blogger bertuah. Wow, menariknya hadiah ni, doa-doa la agar terpilih.  Yang nak masuk 'contest' ni cepat-cepat ya, nanti terlepas pula.  Ada yang menangis di bucu katil pula nanti 😂.

Senang ja syarat dia, kena jawab 3 soalan yang diberikan :

1.Apakah jenama diaper yang paling anda gemari untuk bayi anda ?


 Setakat ini jenama diaper pilihan saya ialah Drypers Classic ni.  Pakai lebih 3-4 jam pun tak bocor dan sesuai untuk kulit 'baby' Arfan. Satu pek mempunyai 82 keping da…

Jana Pendapatan Dari Blog

Entri #47 : Jana Pendapatan Dari Blog
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Sudah memasuki fasa terakhir berpantang, saya sudah memulakan rentak menulis blog dan berbisnes. Minggu-minggu terawal berpantang amat menguji stamina dan minda.  Jadi saya perlu fokus untuk berehat dan  menikmati proses berpantang.  Cerita berpantang pun belum lagi habis, bagi yang mengikuti blog ini mungkin sudah tahu.  InsyaAllah saya akan cuba nukilkan dalam masa yang terdekat.  Cerita yang biasa-biasa tapi bagi saya ia adalah nostalgia pengalaman yang indah dan bagi yang ingin tahu boleh klik DI SINI 😉.

Baru-baru ini saya dapat mesej melalui whatsapp dan prospek ini dapat tahu kebaikan tuala wanita Lexee melalui blog.  Kebetulan melalui Kempen Redlife Gold Rush, terus daftarkan pelanggan ini menjadi Red Member.  Wah, sungguh berbunga-bunga hati ini dan bertekad untuk meneruskan penulisan di blog.


Bagi surirumah yang tak dapat keluar rumah untuk mempromosikan bisnes, ayuh …

Kempen Redlife Gold Rush ( Mac-Mei 2017 )

Entri #46 : Kempen Redlife Gold Rush ( Mac-Mei 2017 )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum


Peluang perniagaan dengan menyertai Syarikat Redlife Sdn Bhd denganDISKAUN 50%yuran keahlian.  Promosi ini bermula bulan Mac hingga Mei 2017.

Tujuan kempen ini diadakan ialah untuk :

Memberi peluang perniagaan yang lebih meluas kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan yuran yang lebih rendah.Menggalakkan ahli yang sedia ada agar lebih aktif untuk meluaskan rangkaian.Menyebarkan manfaat tuala wanita Lexee pada semua wanita.Bagi ahli yang berjaya mendaftarkan sebanyak 10 pakej ( ahli ) dalam masa sebulan anda layak mendapat 1.5g emas.Bagi yang 'top-up' dan 'e-maintain' 3 bulan berturut-turut tanpa mengambil produk juga layak mendapat emas seberat 1.5g.
Produk yang laku keras dalam syarikat ini ialah Tuala Wanita Lexee.  Ia merupakan produk keperluan wanita setiap bulan, jadi tiada istilah tidak terjual kerana lambakan stok. Produk lain di …

Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 1

Entri #45 : Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 1
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum

Hari ke-18 berpantang baru berkesempatan untuk menulis di blog.  Di sepanjang minggu terakhir sebelum bersalin,saya banyak berjalan-jalan di dalam rumah.  Perkara ini memang saya lakukan sejak anak pertama lagi bertujuan memudahkan bersalin.  Alhamdulillah, pada tarikh 17 Februari iaitu hari Jumaat, tanda bersalin yang jelas iaitu darah sudah pun keluar sejak Subuh.  Selepas solat Subuh, saya dan suami pun bersiap-siap apa yang patut termasuk menghantar anak ke sekolah, beg bersalin dan beg yang mengandungi termos dan makanan.  Sakit kontraksi belum lagi rapat jaraknya, tetapi dari pengalaman biasanya bila dah keluar tanda ia bermakna bukaan mungkin sudah 2-3cm.

Walaupun tidak terlalu sakit, saya tetap ke hospital kerana risau jalan mungkin sesak memandangkan ia hari Jumaat. Mungkin ramai yang balik dan ke masjid.  Selesai mendaftar dan berjumpa doktor, saya dit…