Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Review : Soft Structured Carrier ( SSC ) Tugeda Ideal

Entri #55 : Review : Soft Structured Carrier ( SSC ) Tugeda Ideal
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Bila sudah ada bayi ni banyak sangat aksesori diperlukan dan menjadi wajib pula jika kehadirannya memudahkan pergerakan dan pekerjaan kita.  Zaman abang dan kakaknya dulu seakan tidak perlu sangat penggendong bayi ni; lagipun rekaan yang dulu-dulu tu tak selamat digunakan.  Patutlah sakit bahu dan belakang bila dipakai.  Semenjak itu kami gunakan sahaja 'stroller', walaupun ia agak kurang praktikal di sesetengah tempat.




Biasalah sebelum membeli, saya cuba selidiki dulu dengan bertanya kawan-kawan dan mencari maklumat melalui 'Google'.  Rupa-rupanya harga SSC boleh tahan mahal 😓 jika jenama tersebut daripada luar negara.  Agak kecewa juga pada mulanya tetapi cari punya cari akhirnya saya terjumpa jenama Tugeda dan yang unik dan bagusnya ia adalah buatan Malaysia.  Yang penting ia berada dalam bajet, selamat, ergonomik dan selesa dipakai.  Selain …

Testimoni Pengguna Lexee Siri 4

Entri #54 : Testimoni Pengguna Lexee Siri 4
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Syarikat Redlife

Alhamdulillah

Semakin bijak wanita sekarang kerana memilih tuala wanita Lexee untuk dipakai setiap bulan atau semasa berpantang.  Tahniah diucapkan kerana tidak berkira dengan kesihatan dan semoga setia bersama Lexee.  Sudah masuk siri ke 4 testimoni dan ia bermakna sambutan terhadap tuala wanita ini semakin meningkat dan meyakinkan para penggunanya.  Saya pasti selepas ini pasti ada lagi yang ingin berkongsi manfaatnya.  Kalian semua tunggu nanti entrinya ya, saya akan himpunkan lagi.






Dah nak bersalin dan ingin mencuba tuala wanita Lexee yang 'POWER' ini?

Isikan maklumat DI SINI
atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601

Panduan Memilih Tuala Wanita Yang Bagus

Entri #53 : Panduan Memilih Tuala Wanita Yang Bagus
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Syarikat Redlife dan Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum

Sudah lama saya ingin berkongsi cara-cara nak memilih tuala wanita yang bagus untuk kesihatan miss-v.  Hari ini baru berkesempatan menulis, syukur dapat memanfaatkan blog ini untuk kalian yang bernama wanita.  Dalam memilih tuala wanita yang baik jangan main langgar dinding ya, sebab dari tuala wanita yang kurang bagus kualitinyalah boleh menyebabkan pelbagai masalah sakit puan.

Kebiasaannya ada tiga jenis tuala wanita yang boleh dipilih berdasarkan aliran haid iaitu Overnight Use ( untuk aliran banyak, berat dan disarankan dipakai pada waktu malam ), Day Use ( untuk aliran sederhana dan disarankan dipakai pada waktu siang ) dan Pantiliner ( untuk kegunaan harian dan sewaktu haid nak habis ).  Selain itu, pilihan lain termasuk yang bersayap ( wing ) dan tiada sayap ( non-wing ).  Maksudnya bukanlah anda boleh terbang bila pakai ( he..he gura…

7 Sebab Mengapa Saya Menyertai Syarikat Redlife

Entri #52 : 7 Sebab Mengapa Saya Menyertai Syarikat Redlife
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum


Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya menyertai Syarikat Redlife ni.  Dari segi bahasa mudahnya mengapa saya nak jual sangat tuala wanita Lexee ni.  Sebenarnya pada awalnya saya hanyalah pengguna setia pantiliner Lexee ni sehinggalah satu hari saya sukar mendapatkan stoknya.  Setelah 'google' dan berfikir sejenak adakah ia patuh syariah atau tidak, akhirnya saya bertekad untuk mendaftar dan menyebarkan manfaatnya.  Syarikat Redlife adalah syarikat jualan langsung atau dengan kata lain MLM yang saya sangat alergik pada mulanya.

Mengapa saya alergik dengan MLM ialah kerana ia selalu sinonim dengan Skim Cepat Kaya.  Apa kata kita tengok satu persatu dulu sebab-sebab yang boleh membuka mata dan minda kerana kita mudah sangat mengatakan MLM ni haram semuanya.

1.  Dari segi produk
Semua produk Syarikat Redlife mempunyai Sijil HALAL daripada …

Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 4:Keahlian Syarikat Redlife Sdn Bhd

Entri #51 : Soalan dan Jawapan Mengenai Tuala Wanita Lexee Siri 3 : Keahlian Syarikat Redlife Sdn Bhd
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Edit dari Umiesue Studio

Soalan : Apakah ada keperluan untuk maintain jualan ?

Jawapan : Ya, ada.Untuk mendapat bonus jualan tambahan, anda perlu mengekalkan jualan sebanyak 25 bv sebulan.  1 pek pad/pantliner Lexee bersamaan dengan 1bv. ( 1 pek Lexee = 1 bv )
Atau
Boleh juga mendaftarkan seorang ahli di bawah struktur anda.

Soalan : Ada caj pos tak jika saya order lagi di HQ ?

Jawapan: Anda akan mendapat PERCUMA pengeposan produk jika lebih dari 50 bv.  Jika kurang dari itu, caj pengeposan dikenakan mengikut alamat pengeposan anda.
( 1 pek Lexee = 1 bv )


Soalan : Kalau tak capai target jualan, terbatal tak keahlian saya ?

Jawapan : Keahlian anda tidak terbatal jika tidak mencapai target jualan.  Keahlian anda tetap SAH seumur hidup 😊.

Soalan : Jika ada yang nak daftar pakej, perlu tak tambah caj pos ?

Jawapan : Penghantaran adalah PERCUMA terus ke alamat …

Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 2

Entri #50 : Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 2
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Cuaca cerah setelah dua hari hujan di Putatan dan saya hari ini saya nak sambung catatan berpantang setelah tertangguh.  Bagi yang belum lagi baca entri sebelum ni, klik SIRI 1.

Selesai Solat Asar di wad, dua orang doktor datang untuk melihat keadaan saya.  Oleh kerana baru sahaja selesai solat, saya tidak sempat untuk melipat sejadah.  "Baru first time saya tengok patient sembahyang.  Kamu sembahyang di mana?,"kata doktor Cina yang lebih senior sambil berjalan di tepi sejadah.  "Saya sembahyang di surau tingkat 6,"kata doktor pelatih yang lebih muda.  "Ooo, no wonder dia sembahyang di sini saja, jauh rupanya di tingkat atas,"doktor senior mengiakan dan bersetuju dengan tindakan saya solat di situ.  Alhamdulillah, doktor yang bagus dan bersifat terbuka dalam hal ini walaupun dia bukan muslim.

Sehingga waktu Maghrib, bukaan masih 3 cm.  Oleh kera…

4 Tips Legakan Senggugut Dengan Segera

Entri #49 : 4 Tips Legakan Senggugut Dengan Segera
Teks : Siti Mariam Morshidi dan Wikipidea
Foto : Google dan Koleksi Peribadi

Assalammu'alaikum

"Aduh,sakitnya datang bulan kali ni.  Pening,loya dan rasa nak berguling-guling pun ada." Boleh dikatakan seksanya rasa bila dah terkena senggugut.  Segala aktiviti seperti nak pergi ke kelas atau nak ke tempat kerja pun boleh terbatal dibuatnya.  Apa tidaknya, emosi pun kurang stabil dan ditambah lagi miss-v rasa berdenyut-denyut.

Apa itu senggugut ?
Senggugut atau dikenali juga sebagai Premenstrual Dysphoric Disorder Idysmenorhoea merupakan sakit yang disebabkan oleh kedatangan haid wanita.

Senggugut terbahagi kepada dua iaitu :

Senggugut Utama : Ia disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya.Senggugut Utama berlaku biasanya kepada remaja perempuan yang belum berkahwin dan biasanya berlaku pada hari pertama dan kedua haid.Senggugut Utama juga dikenali seba…