Thursday, April 13, 2017

Panduan Memilih Tuala Wanita Yang Bagus

Entri #53 : Panduan Memilih Tuala Wanita Yang Bagus
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Syarikat Redlife dan Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum

Sudah lama saya ingin berkongsi cara-cara nak memilih tuala wanita yang bagus untuk kesihatan miss-v.  Hari ini baru berkesempatan menulis, syukur dapat memanfaatkan blog ini untuk kalian yang bernama wanita.  Dalam memilih tuala wanita yang baik jangan main langgar dinding ya, sebab dari tuala wanita yang kurang bagus kualitinyalah boleh menyebabkan pelbagai masalah sakit puan.

Kebiasaannya ada tiga jenis tuala wanita yang boleh dipilih berdasarkan aliran haid iaitu Overnight Use ( untuk aliran banyak, berat dan disarankan dipakai pada waktu malam ), Day Use ( untuk aliran sederhana dan disarankan dipakai pada waktu siang ) dan Pantiliner ( untuk kegunaan harian dan sewaktu haid nak habis ).  Selain itu, pilihan lain termasuk yang bersayap ( wing ) dan tiada sayap ( non-wing ).  Maksudnya bukanlah anda boleh terbang bila pakai ( he..he gurau aje 😉) tetapi ia bertujuan untuk melindungi bahagian tepi seluar dalam ( maaf terpaksa sebut ) dari kekotoran darah.  Jadi, pilihlah tuala wanita yang sesuai dengan aliran haid anda.

Untuk memilih tuala wanita yang baik sila periksa perkara ini :

  • Tarikh pengeluaran dan tarikh luput : Pastikan tarikh pengeluaran dan tarikh luput.  Jika tiada, baik lupakan sahaja kerana dikhuatiri ia telah tamat tempoh.  Satu lagi elakkan membeli pek kombo ( yang banyak-banyak tu ) kerana biasanya ia menghampiri tamat tempoh tuala wanita tersebut.  Mengapa ia penting, saya dah tulis mengenainya  DI SINI
  • Pembungkusan : Pilih tuala wanita yang dibungkus dengan baik   Sekiranya ada ruang terbuka, ia bukan pilihan yang bagus kerana serangga, bakteria dan habuk boleh mencemari tuala wanita tersebut.
  • Serapan : Tuala wanita yang baik tidak semestinya tebal.  Kebiasaannya yang tebal itulah mudah bocor.  Pilihlah yang nipis tapi serapannya bagus, malah ia lebih selesa dipakai.

  • Testimoni serapan Lexee yang bagus dan menjimatkan
  • Bahan yang digunakan : Kalau nak tahu kandungannya dari kapas asli atau tidak, cuba rendamkan ia ke dalam air.  Jika timbul, warnanya keruh dan berbau memang SAH bukan asli.  Boleh jadi ia daripada bahan terbuang dan warna putihnya itu telah melalui pemprosesan dengan menggunakan peluntur.  Bahaya sangat untuk dipakai.
"Tukar sahajalah kepada Tuala Wanita LEXEE.  Penyerapan bagus, tahan bocor, keluarkan darah beku, tak gatal dan berkualiti pulak tu ! 👍"

Ingin mendapatkan tuala wanita Lexee?
Isikan maklumat DI SINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

No comments:

Post a Comment