Thursday, April 27, 2017

Review : Soft Structured Carrier ( SSC ) Tugeda Ideal

Entri #55 : Review : Soft Structured Carrier ( SSC ) Tugeda Ideal
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Bila sudah ada bayi ni banyak sangat aksesori diperlukan dan menjadi wajib pula jika kehadirannya memudahkan pergerakan dan pekerjaan kita.  Zaman abang dan kakaknya dulu seakan tidak perlu sangat penggendong bayi ni; lagipun rekaan yang dulu-dulu tu tak selamat digunakan.  Patutlah sakit bahu dan belakang bila dipakai.  Semenjak itu kami gunakan sahaja 'stroller', walaupun ia agak kurang praktikal di sesetengah tempat.

Gambar diambil semasa bawa 'baby Arfan' jalan-jalan di Perdana Park.Lena dia tidur

Suami menggunakan SSC Tugeda Ideal semasa balik Labuan baru-baru ni.Gambar semasa menaiki feri

Boleh tengok whatsapp lagi 😉 abahnya ni

Biasalah sebelum membeli, saya cuba selidiki dulu dengan bertanya kawan-kawan dan mencari maklumat melalui 'Google'.  Rupa-rupanya harga SSC boleh tahan mahal 😓 jika jenama tersebut daripada luar negara.  Agak kecewa juga pada mulanya tetapi cari punya cari akhirnya saya terjumpa jenama Tugeda dan yang unik dan bagusnya ia adalah buatan Malaysia.  Yang penting ia berada dalam bajet, selamat, ergonomik dan selesa dipakai.  Selain daripada itu, ia boleh dipakai dari bayi 'newborn' lagi iaitu anggaran berat bayi dalam 3.5 kg sehinggalah 20 kg ( anggaran umur 2 tahun ) tanpa perlu menambah apa-apa aksesori lain.  Sangat menjimatkan dan harganya tidak sampai pun RM 300.  Ia juga mudah dibawa ke mana-mana, mudah disimpan dan tidak berat.

Semasa saya menulis entri ini, saya sudah beberapa kali menggunakannya dan telah selamat pun dipakai hingga kampung kami di Labuan.  Boleh dikatakan 'baby Arfan' nyenyak tidur didalamnya.  Seronok agaknya dia, mungkin rasa seakan dipeluk.  Hanya beberapa kali sahaja dia menangis sebab sudah sampai masanya untuk menyusu.  Itupun sekejap.  Sebab itu pastikan dulu bayi kenyang, diaper yang dipakai bersih dan 'moodnya' dalam kedaan yang baik sebelum digendong.

SSC yang selamat dipakai mempunyai ciri-ciri berikut :

  1. Ergonomik/Mesra tubuh bayi
  2. Menepati saranan pakar dan diperakui oleh Pengajar Gendongan Bayi yang bertauliah
  3. Material yang sesuai untuk kulit bayi
  4. Menyokong tulang belakang bayi
  5. Tidak menyebabkan kepanasan
  6. Kukuh dan mengikut tubuh bayi
Seronok rupanya menggunakan 'baby carrier' sebab tangan kita kedua-duanya bebas bergerak.  Agak lucu 😄 juga sebab anak keenam barulah berkesempatan menggunakannya di kala ibu bapa lain telah menggunakannya sejak awal lagi.  Semoga artikel ringkas ini bermanfaat buat ibu bapa di luar sana yang tengah mencari 'baby carrier' yang mampu milik.


Ingin belajar membuat blog tapi tiada masa ke kelas ?

Mari belajar secara online dengan Akademi Bekerja Di Rumah ( ABDR )
Isikan maklumat DI SINI
Atau
Whatsapp/Telegram: 019 838 2601 ( Puan Mariam )



No comments:

Post a Comment