Wednesday, May 24, 2017

Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 3

Entri #59 : Catatan Berpantang dan Tuala Wanita Lexee Siri 3
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Hari ini saya baru teringat tentang 'hutang' entri berkenaan semasa tempoh berpantang yang lepas.  Saya menulis entri ini ketika baby Arfan sudah 3 bulan.  Boleh rujuk dan klik Entri 1 dan Entri 2.  

Sambungan...

Seronok rasa hati bila sampai di rumah dan abang dan kakak si 'baby' teruja nak tengok.  Rasa macam baru dapat berehat dengan selesa.  Cabaran kali ini ialah berpantang tanpa orang tua dan pembantu untuk menjaga saya di rumah.  Apa yang mampu kami buat ialah melatih anak-anak yang sudah besar untuk membuat kerja-kerja rumah seperti menyidai pakaian, membuang sampah, menyapu, lap meja makan dan melipat pakaian.  Alhamdulillah mereka sudah biasa dan meringankan kerja kami.  Jika tak sempurna itu perkara biasa, yang penting mereka telah cuba melakukannya dan tidak lagi kekok.

Cabaran yang paling menguji saya sepanjang tempoh berpantang ialah ulang alik ke klinik untuk pemeriksaan kuning anak dan juga mendapat suntikan heparin selama 9 hari berturut-turut.  Pada hari ketiga bersalin sahaja 'baby Arfan' terpaksa mendapat rawatan fototerapi di Hospital Tuaran.  Lokasinya memang jauh, hampir sejam untuk sampai jika bertolak dari rumah.  Syukur tidak lama di hospital kerana bacaan kuningnya sudah turun.  Cuma perlu diteruskan pemeriksaan di klinik yang berdekatan.

Asyik terkejut-kejut baby Arfan semasa rawatan fototerapi.  Mungkin keadaan wadnya yang sejuk

Baby Arfan di dalam katil bayi.  Sebelahnya pula almari kecil warna 'pink' untuk meletak barang-barang

Pemandangan dari atas wad.  Kawasan permainan untuk kanak-kanak.  Masih dalam keadaan yang baik kerana hospital ini masih baru.

Bacaan kuning yang dipantau oleh doktor dan jururawat 

Memang agak letih juga berpantang kali ini, tetapi demi kesihatan sendiri dan 'baby', saya perlu tabah.  Di hospital, nak bertungku pun susah jadi tuala wanita Lexee lah sebagai penyelamat.  Tuala wanita Lexee memang membantu sangat meringankan kesakitan dan mengurangkan ulang alik ke tandas sama ada di rumah atau di hospital.  Tiada rasa lembap dan basah kerana penyerapannya yang cepat dan berkuasa.  Jadi janganlah ragu-ragu, ia memang pelaburan yang baik untuk kesihatan dalaman kita 👌.

Boleh rujuk juga testimoni wanita berpantang yang menggunakan Lexee DI SINI.

Tuesday, May 23, 2017

10 Persediaan Menyambut Ramadhan Buat Para Suri

Entri #58 : 10 Persediaan Menyambut Ramadhan Buat Para Suri
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum

Tinggal beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadhan.  Kena pula waktu cuti persekolahan anak-anak dan mungkin para ibu tertanya-tanya apakah aktiviti yang sesuai bagi mereka.  Masih belum terlambat lagi untuk kita membuat perancangan dan yang pastinya kita sendiri sebagai ibu pun perlu bersedia mental dan fizikal.  Agak rugi jika masa terbuang begitu sahaja memandangkan kita sendiri belum tentu lagi akan sampai atau tidak umur kita pada Ramadhan yang akan datang.

Antara persediaan yang kalian boleh buat bersama keluarga ialah :

1.  Mengajak anak-anak bersama-sama berdo'a agar diberikan kesempatan untuk bertemu pada bulan Ramadhan.


Lazimi membaca Al Quran

2.  Lazimi membaca Al-Quran dan memasang ayat-ayat Al Quran di rumah atau pun di dalam kenderaan.  Jika sebelum ini kita hanya membaca satu mukasurat, kali ini cuba gandakan.

3.  Mengurangi masa menonton televisyen atau melihat perkara yang kurang bermanfaat di media sosial seperti Youtube.  Perkara ini memang perlukan disiplin termasuk ibu bapa.  Kalau tidak anak-anak pun tidak dapat praktikkan dan terlalai sekali.

4.  Mempelajari atau mengulangkaji hukum hakam yang berkaitan dengan puasa.  Biasanya ceramah yang berkaitan bulan Ramadhan memang banyak, tinggal kita sendiri nak pilih nak pergi yang mana satu.

5.  Menyambut bulan Ramadhan seperti menyambut Hari Raya.  Apa yang saya maksudkan ialah mungkin boleh hiasi rumah bersama anak-anak atau boleh juga membelikan mereka pakaian solat seperti telekung baru dan kopiah.  Lakukan secara sederhana dan mengikut kemampuan kerana ia bertujuan mendatangkan kegembiraan anak-anak ketika menyambut bulan yang penuh keampunan ini.

6.   Membuat jadual  atau checklist Ramadhan.  Kebiasaannya, di dalam jadual tersebut kita boleh tandakan ✔ untuk perkara yang dilakukan dalam sehari misalnya membaca Al Quran, sedekah, solat sunat, bersahur atau apa sahaja yang mendatangkan pahala.  Dari situ kita akan nampak apa yang kurang dan cuba untuk melakukan yang lebih baik pada esoknya.  Ia boleh dilakukan bersama anak-anak dan ditampalkan pada dinding.  Terpulang kepada kita sama ada hendak memberikan ganjaran atau tidak,

7.  Mengurangi senda gurau yang tiada manfaat di media sosial termasuklah di dalam group whatsapp atau telegram.

8.  Bagi ibu yang hamil atau menyusukan, cuba dapatkan maklumat yang berkaitan dengan puasa ketika mengandung atau menyusukan.  Pastikan kalian sihat dan mampu untuk berpuasa, jika tidak mampu sememangnya ada keringanan bagi kalian ☺.

9.  Rancang menu yang sesuai dan buat persediaan seawalnya agar tidak kelam kabut nanti semasa memasak.

10.  Sebaiknya, pakaian untuk disambut semasa Raya nanti dibeli sebelum Ramadhan supaya tidak mengganggu fokus ibadah kita.

Semoga entri kali ini sedikit sebanyak boleh membantu para surirumah khasnya untuk bersedia di bulan Ramadhan yang akan datang nanti.



Selalu senggugut semasa haid?

Mari cuba tuala wanita Lexee.

Sila order dan isi maklumat DI SINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Tuesday, May 16, 2017

16 Mei Yang Istimewa

Entri #57 : 16 Mei Yang Istimewa
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Jika disebut tarikh 16 Mei ini, apa yang terbayang ialah wajah-wajah guru yang telah mendidik kita sejak mengenal huruf A,B,C hinggalah kita dapat mencapai apa yang kita ada sekarang.  Bagi saya tarikh ini juga merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan kerana anak ke empat saya lahir pada tarikh ini pada tahun 2009.  Dua sambutan istimewa pada hari yang sama.

Sesungguhnya profesion perguruan adalah kerja yang sangat mulia kerana dari mereka terdidiklah anak-anak.  Merekalah insan yang mencurah bakti dan ilmu tanpa mengenal jerih dan payah.  Mengapa saya berani mengatakan demikian kerana saya sendiri pernah berpengalaman menjadi guru selama 2 tahun.  Dengan pelbagai latar belakang dan sikap pelajar sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Pernah satu hari dua orang pelajar lelaki hampir bergaduh di dalam kelas.  Masa itu kelas Matematik dan saya tengah menulis sesuatu di papan hitam.  Akibat tidak menjaga mulut, berlakulah rasa tidak puas hati dan masing-masing sudah berdiri dan pada masa itulah cepat-cepat saya berdiri di tengah untuk meleraikan mereka.  Jika difikirkan dengan saiz badan mereka itu yang lebih tinggi dan tegap, jika terjadi apa-apa memang sayalah dulu 'melayang' agaknya.  Syukur tidak terjadi perkara yang lebih teruk.

Satu lagi pengalaman yang manis bagi saya ialah bila pelajar mengucapkan terima kasih.  Terima kasih itu biasa-biasa sahaja bagi sesetengah orang tetapi ucapan terima kasih itu datang dari pelajar yang bermasalah.  Pelajar tersebut yang dikira selalu 'gagal' dan tidak fokus tetapi akhirnya dapat mencapai keputusan peperiksaan yang baik.  Dia datang pada saya dan mengatakan, "Jika cikgu tak bantu saya mendapatkan buku saya hari tu , tak taulah apa yang jadi pada saya."  Sebenarnya buku pelajar tersebut telah hilang tetapi saya hanya membantu fotokopi buku itu semula.  Ya, itu sahaja yang saya lakukan tetapi impaknya besar bagi dia, masya Allah.

Sempena sambutan Hari Guru di Malaysia hari ini saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih  buat guru-guru yang telah mendidik diri saya dan juga anak-anak saya.  Saya mendoakan agar para guru diberikan kesihatan yang baik dan meneruskan usaha mendidik insan agar berilmu dan berakhlak baik.

Siti Nur 'Afiifah semasa umur 1 tahun lebih

Koleksi testimoni LEXEE,klik sahaja DI SINI

Saturday, May 13, 2017

Kandi 5 Kafe Meraikan Semua Citarasa

Entri #56 : Kandi 5 Kafe Meraikan Semua Citarasa
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Memanfaatkan masa bercuti bersama keluarga dan mertua semasa cuti panjang yang lepas; kami bercadang mencari tempat makan yang sesuai untuk semua citarasa.  Bila dah ramai ni kalau boleh nak menyampaikan hajat semua sekali sebab ada yang minat makanan arab, ada yang suka menu bersambal, ada yang gemar bersup dan ada yang semata-mata nak minum air.  Ha..ha, anak saya yang kelima lah tu.

Boleh kata puas juga berpusing-pusing mencari tempat makan atau restoran yang sesuai.  Banyak yang tutup juga sebab cuti umum.  Akhirnya, mertua mencadangkan satu kedai makan yang agak jauh sedikit dari tempat tinggal kami.

Pandangan dari luar 

Kandi 5 Kafe terletak di Lorong Metro 3, Metro Town, Jalan Lintas tidak jauh daripada Avangio Hotel.  Tidak susah sangat ke sana kerana ia dekat dengan jalan utama.  Terdapat dua ruang makan iaitu satu mempunyai penghawa dingin dan satu lagi ruang berkipas.  Jadi, bolehlah pilih mana yang selesa dan kami pilih ruang ber'air-cond'.

Lorong Metro 3

Banyak juga pilihan menu dan yang paling menarik ia mempunyai menu ala Arab, menu ala kampung dan menu ala barat.  Tak perlu gaduh-gaduh nak makan apa 😉.  Selain itu, terdapat juga pemanis mulut seperti kek dan biskut serta minuman jus buah-buahan.

Layanan pun sangat bagus serta menutup aurat dan kebersihan dilabelkan A oleh pihak Majlis Perbandaran.  Tak perlu ragu jika makan di sini kerana ia halal. Kebetulan kami makan bersebelahan dengan pelancong-pelancong dan ia bermakna ia juga sesuai untuk semua tidak kira bangsa dan agama.

Kandi 5 Kafe

Ini sahaja yang saya sempat ambilkan gambar, maklumlah sambil menggendong 'baby Arfan'.  Layan ja lah gambar-gambar ni ya.







Nanti bolehlah cuba ajak suami atau bawa keluarga kalian di sini.  Memang sesuai untuk yang sudah berkeluarga kerana ruangnya yang luas.  Nak meraikan sambutan yang istimewa juga lagilah dialu-alukan.  Memang berbaloi 👍







Tuesday, May 02, 2017

Ada Apa Dengan Bunga Melur ?

Entri #56 : Ada Apa Dengan Bunga Melur ?
Teks : Siti Mariam Morshidi,Melur.com dan Wikipedia
Foto : Google

Alhamdulillah

Siapa tahu ini lirik lagu apa ?
" Pokok bunga melur tanam tepi batas.  Itik bertelur ayam menetas."

Haa, betul;lagu masa zaman kanak-kanak kita iaitu 'Air Pasang Dalam' ciptaan Allahyarham P.Ramlee.


Bunga Melur ( Sumber gambar:Google )

"  Istimewa sangat ka bunga melur ni ?  "
Jom, mari kita berkenalan dengan bunga melur ni ❤.

Bunga melur adalah bunga yang sangat sinonim dengan bangsa Melayu dan India terutamanya.  Melur mempunyai nama lain iaitu Jasmine ( English ), Melati ( Indonesia ), Jasminum ( Itali ), Mogra ( Hindi ), Sampaguita ( Tagalog ) dan Mallika ( Sanskirit ).  Di Malaysia, jenis bunga melur yang banyak ditanam ialah jenis Jasminum sambac dan ditanam sebagai pokok hiasan.

Pokok bunga melur ini mempunyai 200 jenis dan tumbuh subur di kawasan tropika dan beriklim panas.  Ia mempunyai bau yang kuat dan harum.  Patutlah jenama minyak wangi terkenal DKNY menjadikan ia salah satu wangiannya.  Malah,aroma bunga melur dipercayai dapat mengurangkan tekanan dan stress.  Bunga melur pernah tersenarai sebagai pilihan bunga kebangsaan Malaysia tetapi bunga raya telah memenanginya.  Di negara jiran kita Thailand, bunga melur melambangkan keibuan yang sejati.

Maka, tidak hairanlah haruman bunga melur terdapat pada tuala wanita Lexee.  Aromanya dapat menutup bauan yang kurang menyenangkan semasa haid.  Cubalah, pasti anda akan dapat merasai perbezaannya dengan tuala wanita biasa.


Ingin menjadi ahli seumur hidup Lexee ( Syarikat Redlife ) ?

Isikan maklumat anda DI SINI

Atau

Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )