Saturday, May 13, 2017

Kandi 5 Kafe Meraikan Semua Citarasa

Entri #56 : Kandi 5 Kafe Meraikan Semua Citarasa
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Memanfaatkan masa bercuti bersama keluarga dan mertua semasa cuti panjang yang lepas; kami bercadang mencari tempat makan yang sesuai untuk semua citarasa.  Bila dah ramai ni kalau boleh nak menyampaikan hajat semua sekali sebab ada yang minat makanan arab, ada yang suka menu bersambal, ada yang gemar bersup dan ada yang semata-mata nak minum air.  Ha..ha, anak saya yang kelima lah tu.

Boleh kata puas juga berpusing-pusing mencari tempat makan atau restoran yang sesuai.  Banyak yang tutup juga sebab cuti umum.  Akhirnya, mertua mencadangkan satu kedai makan yang agak jauh sedikit dari tempat tinggal kami.

Pandangan dari luar 

Kandi 5 Kafe terletak di Lorong Metro 3, Metro Town, Jalan Lintas tidak jauh daripada Avangio Hotel.  Tidak susah sangat ke sana kerana ia dekat dengan jalan utama.  Terdapat dua ruang makan iaitu satu mempunyai penghawa dingin dan satu lagi ruang berkipas.  Jadi, bolehlah pilih mana yang selesa dan kami pilih ruang ber'air-cond'.

Lorong Metro 3

Banyak juga pilihan menu dan yang paling menarik ia mempunyai menu ala Arab, menu ala kampung dan menu ala barat.  Tak perlu gaduh-gaduh nak makan apa 😉.  Selain itu, terdapat juga pemanis mulut seperti kek dan biskut serta minuman jus buah-buahan.

Layanan pun sangat bagus serta menutup aurat dan kebersihan dilabelkan A oleh pihak Majlis Perbandaran.  Tak perlu ragu jika makan di sini kerana ia halal. Kebetulan kami makan bersebelahan dengan pelancong-pelancong dan ia bermakna ia juga sesuai untuk semua tidak kira bangsa dan agama.

Kandi 5 Kafe

Ini sahaja yang saya sempat ambilkan gambar, maklumlah sambil menggendong 'baby Arfan'.  Layan ja lah gambar-gambar ni ya.







Nanti bolehlah cuba ajak suami atau bawa keluarga kalian di sini.  Memang sesuai untuk yang sudah berkeluarga kerana ruangnya yang luas.  Nak meraikan sambutan yang istimewa juga lagilah dialu-alukan.  Memang berbaloi 👍







No comments:

Post a Comment