Monday, June 19, 2017

Tuala Wanita Lexee Teman Baik Wanita Semasa Musafir

Entri #65 : Tuala Wanita Lexee Teman Baik Wanita Semasa Musafir
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Menempuh perjalanan berjam-jam malah berhari-hari adalah suatu cabaran bagi wanita yang sedang datang bulan.  Lagi-lagi apabila kena dengan hari pertama dan kedua haid.  Kebiasaannya masa itulah aliran agak berat sedikit berbanding hari-hari lain.

Antara kerisauan yang selalu dihadapi ialah :

 1.  Kebocoran
Kebocoran mudah berlaku apabila wanita sedang dalam posisi duduk.  Dalam perjalanan sama ada dalam kereta, kapal terbang atau mana-mana kenderaan, posisi inilah yang paling kerap.  Bila dah bocor, pakaian luar pun boleh terkena sekali dan itu sangat memalukan.

Bagaimana Tuala Wanita Lexee boleh membantu ?
Tuala wanita Lexee mengamalkan aliran masuk tetapi tidak membenarkan aliran keluar.  Anda akan rasa kering sehingga 8 jam walaupun dengan pelbagai posisi badan kita.

2.  Berbau
Tuala wanita yang dipakai pada tempoh yang lama boleh menyebabkan bau yang kurang enak.  Mungkin kita akan risau bauan tersebut boleh mengganggu orang yang berada dekat dengan kita.

Bagaimana Tuala Wanita Lexee boleh membantu ?
Keistimewaan tuala wanita Lexee ialah mempunyai bauan melur dan gel-gel organik yang menyerap bauan.  jadi, janganlah risau, orang di sebelah pun tidak perasan anda sedang datang bulan.

3.  Kegatalan
Aktiviti seperti berjalan pun boleh mengeluarkan peluh.  Musafir memerlukan wanita kerap berjalan lagi-lagi yang menaiki kenderaan awam seperti bas.  Perpeluhan apa lagi ditempat yang tertutup dan sulit boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan seterusnya menimbulkan kegatalan dan ketidakselesaan.

Bagaimana Tuala Wanita Lexee boleh membantu ?
Ion negatif dan nano silver yang terkandung di dalamnya dapat menghalang pertumbuhan bakteria.  Rasa berangin pudinanya juga membantu kita berasa segar sepanjang masa.  Malah lapisan pertamanya adalah dari kapas 100% yang lembut.  Umum telah mengetahui bahawa kain kapas adalah penyerap haba dan peluh yang terbaik.

Marilah bertukar kepada Tuala Wanita Lexee, kalian kan yakin dan perjalanan yang jauh pun terasa mudah dengannya.



Berminat ?

Isikan maklumat DI SINI

Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )
#FalahTeam

Sunday, June 18, 2017

5 Tips Keselamatan Rumah Sebelum Balik Kampung

Entri #64 : 5 Tips Keselamatan Rumah Sebelum Balik Kampung
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum'

Saya percaya pertanyaan yang popular minggu ini ialah pertanyaan mengenai 'berhari raya di mana'.  Dalam hati mesti penuh keterujaan untuk balik kampung; semangatnya membuak-buak sehingga persiapan apa yang perlu dibawa untuk balik pun sudah ada.  Saya pun begitu kerana peluang untuk bertemu ibu bapa, keluarga dan sanak saudara kebiasaanya sukar dimasa yang lain melainkan di Hari Raya.

Apa pun sebelum balik, suka saya hendak mengingatkan diri sendiri dan anda supaya jangan mengabaikan keselamatan rumah yang kita tinggalkan.  Berikut ialah tips keselamatan yang boleh kita lakukan sebelum balik ke kampung halaman.

TIPS #1 :  Maklumkan kepada jiran

Cuba maklumkan kepada jiran terdekat tentang masa dan tarikh kita balik.  Apabila jiran sudah maklum, mereka akan tolong tengok-tengokkan.  Pastikan jiran kita ada menyimpan nombor telefon kita dan polis yang berhampiran.  Boleh juga serahkan kunci pendua untuk mereka.

TIPS #2 :  Tutup suis elektrik, gas dan paip

Suis penghawa dingin dan suis alatan elektrik yang lain antara yang kerap lupa ditutup.  Buat pemeriksaan sebanyak dua kali sebelum mengunci rumah.  Begitu juga dengan paip di dapur dan bilik air.  Sekiranya  ada kebocoran paip, sebaiknya dibaiki.  Kami pernah mengalami kebanjiran bilik air kerana paip bocor sedikit.  Rupa-rupanya ia terkumpul dan hampir melimpah ke bilik.  Syukur kami balik awal sedikit, jika tidak habislah bilik kami seperti kolam 😡.  Kepala gas juga sebaik-baiknya dicabut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

TIPS #3 : Simpan barang berharga dan wang tunai

Bagi wanita memang tidak sah tanpa barang kemas.  Seeloknya bawalah balik tetapi sekiranya ada bajet lebih, bolehlah menyewa tempat yang lebih selamat seperti di bank atau di peti simpanan khas untuk barang berharga.  Kebiasaannnya ada caj tertentu untuk ini.  Wang tunai juga simpanlah dibank atau bawa sahaja balik.  Kita pun tidak susah hati kan.

TIPS #4 : Buang sampah

Bersihkan rumah dan buangkan sampah terutamanya sampah yang basah.  Ini kerana sampah yang sudah lama boleh mengundang bau busuk, berulat dan tikus.  Pernah juga berlaku tikus boleh menyebabkan peralatan rumah rosak dan yang membimbangkan ialah ia boleh menggigit wayar elektrik seterusnya mengundang bahaya !


TIPS #5 : Berdo'a

Tips inilah yang paling utama buat kita amalkan.  Jangan diabaikan pengharapan  kita kepada Allah untuk menjaga harta benda dirumah.  Mudah-mudahan dengan terjaganya rumah kita, kejiranan kita pun berasa selamat dan aman.

Akhir kata,
- selamat menghidupkan malam terakhir Ramadhan
- dan jangan lupa bawa tuala wanita Lexee semasa musafir


Link video kehebatan tuala wanita Lexee,KLIK: DI SINI



Wednesday, June 14, 2017

Testimoni Pengguna Lexee Siri 5

Entri #63 : Testimoni Pengguna Lexee Siri 5
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Testimoni yang ingin saya kongsikan kali ini agak unik kerana testimoni ini antaranya ialah dari rakan niaga saya yang telah menggunakan tuala wanita Lexee lebih dari setahun.  Semuanya telah menyertai untuk menjadi pengguna yang bijak seumur hidup.






Untuk tempahan sila isikan maklumat di BORANG TEMPAHAN
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Tuesday, June 13, 2017

Petua Mengatasi Rengat Selepas Bersalin

Entri #62 : Petua Mengatasi Rengat Selepas Bersalin
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : www.dailymail.co.uk

Alhamdulillah

Dapat diberi peluang untuk menulis blog adalah satu pencapaian bagi saya.  Manakan tidak, dengan rutin kerja dirumah dan mempunyai anak kecil yang masih menyusu sangat melelahkan.  Selalu pujuk diri, lelah yang ada nilai pahala bagi wanita dan ia pasti tidak sia-sia !  Terima kasih ya Allah.

Sepanjang pengalaman saya dalam pantang, saya terkena rengat yang agak teruk semasa bersalin anak yang kelima.  Memang menangis dan tak tahan sehingga terpaksa pergi ke klinik.  Rupa-rupanya sakit rengat ialah sakit seakan-akan senggugut selepas bersalin dan biasanya ia terjadi pada anak yang kedua dan ke atas.  Sakitnya pula bertambah berkali ganda jika penyusuan ibu dilakukan dan kalau tak tahan iman, memang rasa serik nak bagi susu.

Sebenarnya rengat ini terjadi apabila rahim mengecut dan sekiranya pengecutan lambat, tumpah darah boleh berlaku.  Na'uzubillah.  Proses penyusuan pula menyebabkan hormon oksitoksin dihasilkan dan ia membantu pengecutan rahim.   Sebab itulah hospital di Malaysia menyarankan ibu-ibu agar menyusukan bayi dengan susu ibu kerana ia akan mempercepatkan proses pengecutan rahim.


Antara petua lain yang boleh mengurangkan sakit rengat ialah :

  • Makan ubat penahan sakit ( seperti saranan doktor )
  • Mengosongkan pundi kencing
  • Teknik pernafasan yang betul
  • Meletakkan tungku / batu panas.  Dapatkan nasihatkan bidan mengenai teknik yang betul
  • Losyen panas juga boleh membantu
  • Gunakan tuala wanita yang berangin seperti tuala wanita Lexee
Sekiranya rengat tidak juga kunjung lega, saya nasihatkan berjumpalah dengan doktor untuk memastikan punca yang sebenar.


Dapatkan Set Berpantang Lexee sekarang



Friday, June 02, 2017

Set Berpantang Lexee

Entri #61 : Set Berpantang Lexee
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum  wbt

Sepanjang saya bisnes tuala wanita Lexee ini, sebenarnya saya sudah mempromosikan set berpantang ini kepada rakan-rakan.  Malah saya sendiri menggunakannya semasa berpantang baru-baru ini.  Cuma hari ini baru berpeluang memperkenalkannya di blog.

SET BERPANTANG LEXEE 1 :

Anda akan dapat :
3 pek Overnight Use Lexee
2 pek Day Use Lexee
1 pek Pantiliner Lexee

HARGA : RM 110 ( Percuma Poslaju SELURUH MALAYSIA )

SET BERPANTANG LEXEE 2 :

Anda akan dapat :
2 pek Overnight Use Lexee
1 pek Day Use Lexee
1 pek Pantiliner Lexee

HARGA : RM 74 ( Tambahan caj poslaju : Semenanjung RM 10; Sarawak RM 9; Sabah RM 7 )

Sebenarnya ramai sudah dibantu dengan set ini kerana ia amat membantu mempercepatkan penyembuhan luka miss-v semasa bersalin dan mengeluarkan darah beku.  Malah respon mereka kebanyakannya merasa selesa dan kering.  Ibu-ibu yang terpaksa berpantang di hospital juga saya sarankan pakailah tuala wanita Lexee ini.  Sekurang-kurangnya ia membantu kalian berehat tanpa kerap ulang-alik ke tandas untuk menukar tuala wanita.


Nak tahu mengapa tuala wanita Lexee menjadikan anda ceria semasa berpantang ? Klik DI SINI

Untuk tempahan sila isikan maklumat di BORANG TEMPAHAN
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )








Thursday, June 01, 2017

Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )

Entri #60 : Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Lazada dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Sudah pun memasuki 6 Ramadhan hari ini dan syukur masih diberi kesempatan untuk menambahkan amalan di bulan yang penuh dengan keberkatan.  Kali ini anak-anak bercuti dan cabarannya ialah melayani karenah anak-anak berpuasa dan juga yang tidak termasuklah meneruskan penyusuan sepenuhnya susu ibu untuk 'baby Arfan'.  Di samping memenuhkan masa mereka dengan aktiviti supaya tidak terlalu lalai menonton televisyen.

Salah satu aktiviti yang boleh kita libatkan mereka ialah menyediakan makanan untuk berbuka.  Tentu mereka semakin seronok dan bersemangat untuk berpuasa dan pasti meninggalkan memori yang indah buat mereka apabila sudah dewasa nanti.  Memang tidak rugi pun kerana selain daripada mempelajari ilmu memasak ia dapat menambah kasih sayang dan mengeratkan lagi hubungan kita sebagai ibu dan anak.


Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker

Salah satu perkakas dapur yang amat memudahkan keluarga yang ramai seperti saya ialah periuk tekanan ' Philips Pressure Cooker ( PPC ) '.  Ia amat mempercepatkan kerja memasak di samping tidak mengotorkan dapur kalian.  Nak dapatkan periuk ni, senang sahaja sekarang kerana kalian boleh membeli belah tanpa keluarkan peluh iaitu di mana lagi kalau tak di Lazada 😊.

Gajet wajib bagi ibu-ibu.Klik DI SINI

Saya nak kongsikan menu istimewa Makaroni Bakar menggunakan periuk PPC langkah demi langkah ya :

Bahan-bahan :

1 bungkus daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar ( dipotong dadu )
2 ulas bawang putih ( dipotong dadu )
Sedikit lada sulah - jika suka
Sedikit lada hitam
30g mentega
1 tin sos pasta
300g makaroni

Cara-cara :

1.  Untuk menumis, tekan butang ' Bake ' pilih ' Fish ' dan terus tekan butang ' Start '.  Apabila sudah panas, masukkan mentega, bawang besar, bawang putih, rempah kari daging dan sos pasta.
2.  Apabila sudah naik baunya, masukkan daging kisar, garam, lada hitam dan lada sulah.
3.  Apabila sudah sebati, tekan butang ' Off  ' dahulu. Masukkan makaroni dan air separas makaroni tadi, gaul sekejap dan kemudian tekan butang ' Rice '.  Pastikan tombolnya di bahagian penutup berada di tengah ( seal ) .

Tunggu sahaja ia masak sampai ada bunyi ' beep '.  Senang kan guna PPC ni, tak perlu pun rebus makaroni seperti kebiasaan.  Kita pun boleh guna masa tersebut dengan aktiviti lain tanpa risau ia hangus.

Untuk makluman kalian, Lazada sekarang ada promosi dan diskaun sehingga 90% untuk bulan Ramadhan ini.  Sangat menjimatkan jika kita membeli belah di sana.  Malah ada kupon diskaun percuma pos menurut terma dan syaratnya lah.  Bahan-bahan makaroni pun ada di sana.  Antaranya ialah :

Makaroni San Remo

Serbuk Lada Hitam Kasar Tesco

Serbuk Lada Putih Tesco
Klik sahaja pautan ini untuk membeli-belah: LAZADA

Balik pada masakan kita tadi, apabila makaroni sudah masak masukkan lagi beberapa bahan berikut :

1 tin susu cair atau boleh gantikan dengan susu segar
2 biji telur ( pastikan dibasuh dahulu ya )
2-3 keping cheesedale

Cara-caranya :

1.   Masukkan susu dan telur kemudian gaulkan ia di dalam PPC.  Susunkan cheesedale tadi di atas makaroni.
2.  Tutup dan selaraskan tombol di bahagian kiri sekali ( bake ).  Tekan butang ' Chicken ', kemudian tekan butang ' Start '.
3.  Selesai sahaja nanti tunggu dulu makaroni sejuk sedikit baru dihidangkan.

Satu lagi kelebihan PPC yang saya suka ialah ia tidak melekit dan meninggalkan kerak jika dimasak dengan betul.  Memang berbaloi memilikinya.

Selamat mencuba dan semoga bertambah kasih sayang kalian sekeluarga !

Ramadhan Raya Blogger Contest 

Marhaban Ya Ramadhan