Sunday, June 18, 2017

5 Tips Keselamatan Rumah Sebelum Balik Kampung

Entri #64 : 5 Tips Keselamatan Rumah Sebelum Balik Kampung
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Google

Assalammu'alaikum'

Saya percaya pertanyaan yang popular minggu ini ialah pertanyaan mengenai 'berhari raya di mana'.  Dalam hati mesti penuh keterujaan untuk balik kampung; semangatnya membuak-buak sehingga persiapan apa yang perlu dibawa untuk balik pun sudah ada.  Saya pun begitu kerana peluang untuk bertemu ibu bapa, keluarga dan sanak saudara kebiasaanya sukar dimasa yang lain melainkan di Hari Raya.

Apa pun sebelum balik, suka saya hendak mengingatkan diri sendiri dan anda supaya jangan mengabaikan keselamatan rumah yang kita tinggalkan.  Berikut ialah tips keselamatan yang boleh kita lakukan sebelum balik ke kampung halaman.

TIPS #1 :  Maklumkan kepada jiran

Cuba maklumkan kepada jiran terdekat tentang masa dan tarikh kita balik.  Apabila jiran sudah maklum, mereka akan tolong tengok-tengokkan.  Pastikan jiran kita ada menyimpan nombor telefon kita dan polis yang berhampiran.  Boleh juga serahkan kunci pendua untuk mereka.

TIPS #2 :  Tutup suis elektrik, gas dan paip

Suis penghawa dingin dan suis alatan elektrik yang lain antara yang kerap lupa ditutup.  Buat pemeriksaan sebanyak dua kali sebelum mengunci rumah.  Begitu juga dengan paip di dapur dan bilik air.  Sekiranya  ada kebocoran paip, sebaiknya dibaiki.  Kami pernah mengalami kebanjiran bilik air kerana paip bocor sedikit.  Rupa-rupanya ia terkumpul dan hampir melimpah ke bilik.  Syukur kami balik awal sedikit, jika tidak habislah bilik kami seperti kolam 😡.  Kepala gas juga sebaik-baiknya dicabut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

TIPS #3 : Simpan barang berharga dan wang tunai

Bagi wanita memang tidak sah tanpa barang kemas.  Seeloknya bawalah balik tetapi sekiranya ada bajet lebih, bolehlah menyewa tempat yang lebih selamat seperti di bank atau di peti simpanan khas untuk barang berharga.  Kebiasaannnya ada caj tertentu untuk ini.  Wang tunai juga simpanlah dibank atau bawa sahaja balik.  Kita pun tidak susah hati kan.

TIPS #4 : Buang sampah

Bersihkan rumah dan buangkan sampah terutamanya sampah yang basah.  Ini kerana sampah yang sudah lama boleh mengundang bau busuk, berulat dan tikus.  Pernah juga berlaku tikus boleh menyebabkan peralatan rumah rosak dan yang membimbangkan ialah ia boleh menggigit wayar elektrik seterusnya mengundang bahaya !


TIPS #5 : Berdo'a

Tips inilah yang paling utama buat kita amalkan.  Jangan diabaikan pengharapan  kita kepada Allah untuk menjaga harta benda dirumah.  Mudah-mudahan dengan terjaganya rumah kita, kejiranan kita pun berasa selamat dan aman.

Akhir kata,
- selamat menghidupkan malam terakhir Ramadhan
- dan jangan lupa bawa tuala wanita Lexee semasa musafir


Link video kehebatan tuala wanita Lexee,KLIK: DI SINI



No comments:

Post a Comment