Skip to main content

Petua Mengatasi Rengat Selepas Bersalin

Entri #62 : Petua Mengatasi Rengat Selepas Bersalin
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : www.dailymail.co.uk

Alhamdulillah

Dapat diberi peluang untuk menulis blog adalah satu pencapaian bagi saya.  Manakan tidak, dengan rutin kerja dirumah dan mempunyai anak kecil yang masih menyusu sangat melelahkan.  Selalu pujuk diri, lelah yang ada nilai pahala bagi wanita dan ia pasti tidak sia-sia !  Terima kasih ya Allah.

Sepanjang pengalaman saya dalam pantang, saya terkena rengat yang agak teruk semasa bersalin anak yang kelima.  Memang menangis dan tak tahan sehingga terpaksa pergi ke klinik.  Rupa-rupanya sakit rengat ialah sakit seakan-akan senggugut selepas bersalin dan biasanya ia terjadi pada anak yang kedua dan ke atas.  Sakitnya pula bertambah berkali ganda jika penyusuan ibu dilakukan dan kalau tak tahan iman, memang rasa serik nak bagi susu.

Sebenarnya rengat ini terjadi apabila rahim mengecut dan sekiranya pengecutan lambat, tumpah darah boleh berlaku.  Na'uzubillah.  Proses penyusuan pula menyebabkan hormon oksitoksin dihasilkan dan ia membantu pengecutan rahim.   Sebab itulah hospital di Malaysia menyarankan ibu-ibu agar menyusukan bayi dengan susu ibu kerana ia akan mempercepatkan proses pengecutan rahim.


Antara petua lain yang boleh mengurangkan sakit rengat ialah :

  • Makan ubat penahan sakit ( seperti saranan doktor )
  • Mengosongkan pundi kencing
  • Teknik pernafasan yang betul
  • Meletakkan tungku / batu panas.  Dapatkan nasihatkan bidan mengenai teknik yang betul
  • Losyen panas juga boleh membantu
  • Gunakan tuala wanita yang berangin seperti tuala wanita Lexee
Sekiranya rengat tidak juga kunjung lega, saya nasihatkan berjumpalah dengan doktor untuk memastikan punca yang sebenar.


Dapatkan Set Berpantang Lexee sekarang



Comments

Popular posts from this blog

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )Nestum
Cara-cara membuatnya : Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  B…

Persediaan Bersalin Siri 3

Entri #40 : Persediaan Bersalin Siri 3
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi peribadi dan Google

Alhamdulillah

Masa untuk bersalin semakin hampir dan bolehlah saya menyediakan beg khas untuk ke hospital.  Sudah pasti persediaan awal ini bertujuan mengelakkan kekalutan bila dah sampai masanya untuk ke hospital.  Bagi saya pada minggu ke-36 kehamilan, ia adalah persediaan yang WAJIB sama ada diletakkan di kereta atau di bilik.

Mungkin persediaan bersalin untuk setiap orang adalah berbeza, jadi entri kali ini adalah persediaan saya sendiri berdasarkan pengalaman sebelum ini.  Terpulang kepada kalian nak mengikuti sepenuhnya atau pun tidak 👌.

Tempoh bersalin bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman ialah dalam 12 jam.  Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kesihatan ibu juga.  Jadi, para ibu jaga kesihatan ya terutamanya bila dah masuk minggu akhir.

BARANG PERSEDIAAN BERSALIN DI DALAM BEG

A.  Untuk Ibu :

Baju atau blouse yang sesuai untuk penyusuan : Baju khas di hospital sebenarnya s…

Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )

Entri #60 : Resepi Makaroni Bakar Philips Pressure Cooker Menu Iftar ( Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Lazada dan Koleksi Peribadi

Alhamdulillah

Sudah pun memasuki 6 Ramadhan hari ini dan syukur masih diberi kesempatan untuk menambahkan amalan di bulan yang penuh dengan keberkatan.  Kali ini anak-anak bercuti dan cabarannya ialah melayani karenah anak-anak berpuasa dan juga yang tidak termasuklah meneruskan penyusuan sepenuhnya susu ibu untuk 'baby Arfan'.  Di samping memenuhkan masa mereka dengan aktiviti supaya tidak terlalu lalai menonton televisyen.

Salah satu aktiviti yang boleh kita libatkan mereka ialah menyediakan makanan untuk berbuka.  Tentu mereka semakin seronok dan bersemangat untuk berpuasa dan pasti meninggalkan memori yang indah buat mereka apabila sudah dewasa nanti.  Memang tidak rugi pun kerana selain daripada mempelajari ilmu memasak ia dapat menambah kasih sayang dan mengeratkan lagi hubungan kita sebagai ibu dan a…