Monday, July 17, 2017

Resepi Cheesekut Nestum Sedap Pengikat Kasih Sayang

Entri #68 : Resepi Cheesekut Sedap Pengikat Kasih Sayang
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Setiap hari perlu disyukuri tidak kira cuaca di luar hujan atau panas, gembira ataupun duka.

Sudah agak lama juga tidak membuat juadah kek atas kesibukan diri sendiri dan emosi agak 'ke laut' semasa mengandung yang lepas.  Kali ini 'mood' sudah datang dan memanfaatkannya dengan satu resepi yang sangat mudah.  Anak-anak pun boleh buat sendiri kerana ia tidak perlu dibakar dalam oven atau dikukus dengan pengukus.


Bahan-bahan untuk membuat Resepi Cheesekut Nestum :

  • 250 g Cream Cheese ( Jenama Tatura )
  • Biskut Deluxe Cracker ( Jenama Hup Seng (  Original warna biru ) )
  • 3/4 tin susu pekat manis ( boleh kurangkan sukatan jika suka )
  • Susu segar kotak kecil ( Jenama HL )
  • Nestum
Bahan-bahan untuk membuat cheesekut

Dalam bekas Tupperware ( bawah cream cheese ) - susu pekat manis
Dalam bekas penutup ungu ( sebelah bekas Tupperware ) - Nestum
Susu segar HL saya beli yang besar sebab saya suka minum 😋

Nestum dalam bekas Vieta Moorlife.  Mudah sebab dapat sudu sekali.
Cara-cara membuatnya :
  1. Mula-mula masukkan cream cheese, susu pekat manis dan susu kotak ( 2 sudu besar ) dan gaulkan hingga sebati menggunakan mixer.  Jika tiada mixer, boleh sahaja gunakan blender.  Bila siap, ia akan membentuk krim.
  2. Sediakan acuan atau bekas, sebaiknya berbentuk segiempat supaya memudahkan penyusunan biskut.
  3. Celupkan biskut ke dalam susu kotak HL dan susunkan ke dalam acuan.  Jika ada ruang kosong, pastikan patah sedikit biskut supaya ia tidak berlubang dan nampak cantik apabila dipotong.
  4. Kemudian, sapukan krim ( langkah 1 tadi ) ke atas susunan biskut.  Taburkan nestum di atas lapisan krim.
  5. Ulangi langkah ketiga sehingga habis.  Susunannya ialah biskut, krim dan nestum.  Lapisan terakhir nanti tuang sahaja lebihan krim dan lebihkan nestum kalau suka.
  6. Apabila siap, simpankan di dalam peti ais 5-6 jam atau semalaman.
Tak sampai sehari dah tinggal separuh acuan 😂

Masa yang diambil untuk membuat satu acuan ini hanyalah 30 minit.  Mudah bukan? Tidak salah  kita membuatnya sesekali untuk keluarga.  Malah ia menjadi pengikat kemesraan dan kasih sayang.  Tak percaya, apa kata cuba dulu.  Selamat mencuba !


Testimoni Tuala Wanita Lexee, klik DI SINI

Friday, July 14, 2017

9 Kelebihan Fabrik Kapas ( Cotton )

Entri #67 : 9 Kelebihan Fabrik Kapas ( Cotton )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi Peribadi dan Google
Sumber inspirasi : THE BENEFITS OF COTTON 

Syukur Alhamdulillah

Perasan tak, kita banyak menggunakan kain kapas dalam aktiviti seharian.  Dari pakaian, tuala, cadar, tudung dan kain lap pun dari kain kapas asli atau campuran.  Mengapa agaknya ia menjadi pilihan ramai, apa kata kita sama-sama ambil tahu manfaatnya.

Imej dari wisegeek.com

TIDUR LEBIH LENA
Kajian mendapati fabrik kapas tidak memerangkap haba dan ia menggalakkan kulit kita dapat bernafas berbanding menggunakan fabrik sintetik.

KURANG PENCUCIAN DAN MENJIMATKAN TENAGA
Pakaian daripada fabrik kapas boleh dipakai berkali-kali kerana sifatnya yang kurang menyerap bau.  Jadi anda boleh jimat tenaga, air dan elektrik malah pakaian menjadi tahan lebih lama.

BOLEH DIPAKAI DI MANA SAHAJA 
Fabrik kapas ini tetap menarik dipakai pada apa sahaja majlis.  Dari pejabat, sukan dan santai-santai petang ia memenuhi kehendak anda.

TAHAN LASAK
Mempunyai gentian yang paling kuat.  Direndam dengan air panas sekalipun ia masih lagi utuh. Wajarlah ia menjadi pilihan di hospital-hospital.

KOS MURAH
Berbanding dengan fabrik yang lain, kain kapas mudah dibasuh.  Kekotoran yang terlekat pun mudah tanggal.

KEKAL BENTUK
Tudung atau baju dari kain kapas tidak mudah berubah bentuk.  Jika hendak memilih yang ada campuran fabrik spandeks, pilihlah yang kurang daripada 5%.  Terlalu banyak campuran spandeks akan menyebabkan pakaian mudah mengecut.

MENGEKALKAN PEREDARAN UDARA PADA SI PEMAKAI
Jika mahukan rasa kering dan sejuk semasa bersenam, gunalah pakaian sukan dari fabrik kapas.  Anda pasti selesa tanpa rasa basah berpeluh !

8 Lapisan Pada Tuala Wanita Lexee

YAKIN DENGAN KETRAMPILAN
Ia mampu meningkatkan keyakinan diri terutamanya jika anda mengalami kulit yang sensitif dan kerengsaan.  Kain kapas lembut pada kulit dan penyerap peluh yang baik.  Jika ada pakaian yang anda kurang selesa, mungkin peratusan fabrik kapas di dalamnya adalah kurang.

TIDAK BERBAU
Jika anda suka memasak, bau masakan mungkin boleh melekat pada pakaian walaupun sudah dicuci.  Dengan fabrik kapas, anda tidak perlu risau masalah ini.

Banyaknya manfaat kain kapas dan sebab itulah Tuala Wanita Lexee menggunakan 100% fabrik ini pada lapisan 1, 3, 5 dan 6 ( ada 8 lapisan semuanya ).  Orang di sebelah pun tidak perasan anda sedang datang bulan.  Tuala wanita Lexee adalah tuala wanita kesihatan dan ia dipatenkan untuk manfaat kita bersama.  Ayuh bersama Syarikat Redlife !.


Ingin menjana pendapatan tanpa had ?
Ayuh daftar pakej Kiosk
Isikan maklumat DI SINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

Thursday, July 06, 2017

Pantiliner Lexee Teman Akrab Jemaah Haji Wanita

Entri #66 : Pantiliner Lexee Teman Akrab Jemaah Haji Wanita
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Alhamdulillah

Saya tumpang gembira apabila kalian terpilih untuk mengerjakan haji tahun ini.  Impian ini memang tidak pernah padam pada diri saya dan suami.  InsyaAllah doakan kami dapat ke sana juga suatu hari nanti.  Buatlah persediaan dari segi mental atau fizikal kerana ia satu ibadah yang mencabar kedua-duanya sekali.  Hadiri kursus yang telah disediakan oleh pihak yang berkenaan seperti Tabung Haji dan cuba tanyakan kepada yang sudah mempunyai pengalaman sedemikian.  Saya pasti ia boleh membantu anda untuk mengharungi apa juga masalah dan cabaran di sana nanti.

Baiklah, entri kali ini adalah mengenai cabaran kecil buat jemaah wanita yang mengalami keputihan atau discaj.  Sebaiknya bagi yang agak teruk, berubatlah dahulu dengan doktor.  Jika keputihan yang biasa, apa kata anda gunakan Pantiliner Lexee di sepanjang anda di sana.  Satu pek Pantiliner Lexee mengandungi 30 keping.  Boleh dipakai sebulan jika anda menggunakan satu keping sehari, jika lebih ada baiknya anda bawa 2 hingga 3 pek.

Antara Pakej Keahlian Syarikat Redlife

Pembelian 13 pek Pantiliner Lexee ( Red Member ) terus daftar keahlian dan percuma kos pos 👌

Antara kelebihan Pantiliner Lexee ialah gamnya yang agak kuat.  Jarang teralih atau renyuk atau juga bergulung jika dipakai.  Lagipun gamnya dibuat daripada bahan makanan bukan bahan kimia seperti pantiliner jenama biasa.  Rasa sejuk dan beranginnya juga membantu anda tetap segar walaupun dalam keadaan panas dan berpeluh.

Semoga perjalanan haji anda dipermudahkan oleh Allah dan mendapat haji yang mabrur.


Nak order ?
Isikan maklumat DI SINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )