Friday, July 14, 2017

9 Kelebihan Fabrik Kapas ( Cotton )

Entri #67 : 9 Kelebihan Fabrik Kapas ( Cotton )
Teks : Siti Mariam Morshidi
Foto : Koleksi Peribadi dan Google
Sumber inspirasi : THE BENEFITS OF COTTON 

Syukur Alhamdulillah

Perasan tak, kita banyak menggunakan kain kapas dalam aktiviti seharian.  Dari pakaian, tuala, cadar, tudung dan kain lap pun dari kain kapas asli atau campuran.  Mengapa agaknya ia menjadi pilihan ramai, apa kata kita sama-sama ambil tahu manfaatnya.

Imej dari wisegeek.com

TIDUR LEBIH LENA
Kajian mendapati fabrik kapas tidak memerangkap haba dan ia menggalakkan kulit kita dapat bernafas berbanding menggunakan fabrik sintetik.

KURANG PENCUCIAN DAN MENJIMATKAN TENAGA
Pakaian daripada fabrik kapas boleh dipakai berkali-kali kerana sifatnya yang kurang menyerap bau.  Jadi anda boleh jimat tenaga, air dan elektrik malah pakaian menjadi tahan lebih lama.

BOLEH DIPAKAI DI MANA SAHAJA 
Fabrik kapas ini tetap menarik dipakai pada apa sahaja majlis.  Dari pejabat, sukan dan santai-santai petang ia memenuhi kehendak anda.

TAHAN LASAK
Mempunyai gentian yang paling kuat.  Direndam dengan air panas sekalipun ia masih lagi utuh. Wajarlah ia menjadi pilihan di hospital-hospital.

KOS MURAH
Berbanding dengan fabrik yang lain, kain kapas mudah dibasuh.  Kekotoran yang terlekat pun mudah tanggal.

KEKAL BENTUK
Tudung atau baju dari kain kapas tidak mudah berubah bentuk.  Jika hendak memilih yang ada campuran fabrik spandeks, pilihlah yang kurang daripada 5%.  Terlalu banyak campuran spandeks akan menyebabkan pakaian mudah mengecut.

MENGEKALKAN PEREDARAN UDARA PADA SI PEMAKAI
Jika mahukan rasa kering dan sejuk semasa bersenam, gunalah pakaian sukan dari fabrik kapas.  Anda pasti selesa tanpa rasa basah berpeluh !

8 Lapisan Pada Tuala Wanita Lexee

YAKIN DENGAN KETRAMPILAN
Ia mampu meningkatkan keyakinan diri terutamanya jika anda mengalami kulit yang sensitif dan kerengsaan.  Kain kapas lembut pada kulit dan penyerap peluh yang baik.  Jika ada pakaian yang anda kurang selesa, mungkin peratusan fabrik kapas di dalamnya adalah kurang.

TIDAK BERBAU
Jika anda suka memasak, bau masakan mungkin boleh melekat pada pakaian walaupun sudah dicuci.  Dengan fabrik kapas, anda tidak perlu risau masalah ini.

Banyaknya manfaat kain kapas dan sebab itulah Tuala Wanita Lexee menggunakan 100% fabrik ini pada lapisan 1, 3, 5 dan 6 ( ada 8 lapisan semuanya ).  Orang di sebelah pun tidak perasan anda sedang datang bulan.  Tuala wanita Lexee adalah tuala wanita kesihatan dan ia dipatenkan untuk manfaat kita bersama.  Ayuh bersama Syarikat Redlife !.


Ingin menjana pendapatan tanpa had ?
Ayuh daftar pakej Kiosk
Isikan maklumat DI SINI
Atau
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )

No comments:

Post a Comment