Thursday, December 15, 2016

Persediaan Bersalin Siri 2

Entri #36 : Persediaan Bersalin Siri 2
Teks dan Foto : Siti Mariam Morshidi

Assalammu'alaikum

Sudah 2 minggu berlalu cuti sekolah, rehat untuk anak-anak tetapi sibuk pula untuk umminya di rumah.  Walaupun begitu ada perkara yang boleh kita didik mereka lakukan di rumah yang mungkin di sekolah kurang ditekankan.  Aktiviti-aktiviti tersebut ialah seperti memasak, menyidai pakaian dan membersihkan bilik tidur.  Perkara seperti ini memang berkaitan dengan disiplin dan ia lebih mudah jika ia telah dibiasakan dari kecil.  Mungkin nampak seperti hal yang kecil tetapi percayalah ia akan menjadi kebiasaan bila sudah meningkat dewasa nanti.

Untuk siri kedua persediaan bersalin ini, ada dua perkara yang ingin saya tambahkan dari siri yang lepas.  Bukannya apa, untuk mengelakkan kelam kabut bila dah tiba masanya nanti.  Hati pun tenang bila dah lengkap segalanya.


Kain Batik
Saya lebih selesa berkain batik jika dalam pantang.  Bagi ibu-ibu yang lain saya tidak pasti, terpulang kepada keselesaan masing-masing.  Dengan berkain batik, ia memudahkan saya memakai barut atau bengkung, tidak panas dan mudah bila di tandas.  Kain batik pun ada pelbagai pilihan sama ada dari sudut jenama atau jahitan.  Ada yang sudah siap sedia dijahit dan ada juga yang belum. Malah, harganya pun berbeza-beza.  Ikutlah bajet masing-masing, jika nak pakai untuk jangka masa yang lama maka eloklah beli yang mahal sedikit.   Lagipun ia tahan luntur dan coraknya pun cantik.  Kain batik ini senang juga didapati di kedai-kedai biasa atau kedai kain.
  
Seluar Bersalin Mamapride


Seluar Bersalin Mamapride
Saya sangat bersyukur apabila seluar bersalin ini diperkenalkan.  Saya tidak teragak-agak untuk membelinya kali ini kerana ia membantu wanita muslimah terutamanya agar bersalin dengan lebih yakin dan tidak perlu membuka bahagian aurat yang tidak perlu.  Seluarnya boleh dipakai banyak kali dan tiada pembaziran berlaku.  Seluar bersalin ini mempunyai bukaan di bahagian tengahnya dan boleh ditutup semula.  Saiz, corak dan warnanya pun ada banyak pilihan mengikut kegemaran masing-masing.  Seluar ini boleh dibeli secara online atau melalui pengedarnya di setiap negeri.  Walaubagaimanapun seluar ini hanya boleh digunakan untuk wanita yang bersalin secara normal.  

Perancangan rapi perlu dilakukan bersama pasangan masing-masing supaya ia berada dalam rangka bajet.  Para suami juga perlu menyokong emosi si isteri seperti selalu bertanya tentang keperluannya.  InsyaAllah saya akan lanjutkan lagi persediaan bersalin ke siri yang seterusnya.


Jika anda mencari tuala wanita bersalin yang berkualiti dan boleh merawat sekaligus,boleh hubungi :
Whatsapp/Telegram : 019 838 2601 ( Puan Mariam )
  




No comments:

Post a Comment